Friday, December 28, 2012

보고싶다.....I Miss You.....Saya Rindu Kamu











Sekarang tengah ikut cite ni. Best sangat tapi tak bley lawan cite Take Care of Us Captain( Yes Captain ). Sebabnye cite Yes Captain ni bukan saja best tapi lagu-lagu pun best, semua stok bley layan lah. Tapi cite yang ni best jugak tapi lagu-lagunye ntah pape. Kekadang dalam drama @ movie ni, lagu pun penting jugak  sebab boleh menimbulkan feeeeel bila menontonnya. Kalau nak rate cite ni aku bagi 4.5/5 ( yg kurang 0.5 tu pun sebab lagu tak mengancam). Jadi sempena cuti di hujung minggu ni, bley lah anda-anda semua menontonnya ye...=)




Title: I Miss You
Genre: Melodrama, Romance
Episodes: 20
Actor: Park Yoo Chun as Han Jung Woo
Actress: Yoon Eun Hye as Lee Soo Yeon / Zoey















Tuesday, December 18, 2012

Dulu kini dan dot dot dot


Assalamuaikum. Mungkin lambat lagi nak masuk ke tahun 2013 tapi rasanya sekarang nih kan aku rasa sekejap je masa berlalu tau-tau je eh dah awal bulan, kelip-kelip mata sekali lagi eh dah ujung bulan. camtu lah hendaknye...... 

Tapi kan, walau bagai mana pun, aku rasa untuk pertama kali nya dalam hidup, aku nak mengumpulkan sedikit list untuk azam di masa mendatang. Owh nampak sangat selama ini aku xde azam kan *sabarjelah*. Bila usia semakin menginjak *aku xde lah tua sangat ye anda anda sekalian* baru aku rasa yang azam ni sangat lah penting. Bukan azam sangatlah tapi lebih kepada apa yang kita target atau nak tuk diri kita. Sebelum ni aku bukan takde langsung perasaan nak buat atau dapatkan sesuatu tapi aku ni jenis yang takut sangat aku akan kecewa bila tak dapat. Ye aku ni mungkin lah keras hati tapi aku tak bley trima kalau ape yang aku nak tak dapat. Sebab tu aku set kan siap-siap dalam kepala otak aku nih jangan mengharap apa-apa yang tak pasti dapat ke tidak. Tapi slalunya bila aku yang takde pape tapi persekitaran yang memaksa. Pening okeh!. 

Jadi sempena tahun baru yang bakal menjelma, aku tak kira aku nak list kan jugak ape yang aku nak, dan nak cuba lalu aku akan memastikan yang ianya akan menjadi nyata. InsyaAllah...amin. Tapi ape yang aku nak tu tak dapek lah nak dikongsikan disini kerana ianya sangat lah peribadi... Tapi aku tahu kamu - kamu di luar sana pun rasa cam yang aku rasa kan, ye lah setiap manusia mesti lah nak yang terbaik untuk diri sendiri. Dah penat tengok orang bahagia lagi berjaya, kita pun nak gak merasainya kannn. Ok jom kita berdoa bersama-sama.



Berikut adalah kronologi hidup sahaya


ni masa umo beberapa hari...saja mengedit sedikit supaya hasilnya tampak lebih comel ;)





ini plak umo 2-3 tahun kot bersama-sama abang yang tersayang bergambar dihapan umah tok wan yang  amat kami sayangi






ini plak bersama kakak yang bley tahan sayang lah dgn rakan-rakan taulan. kami sepakat memilih port depan rumah untuk mengabadikan kenangan zaman kanak-kanak kami. *Aku adalah yg plg kanan itu*






Pastu kemana plak gamba-gamba di kala umo mencecah belasan tahun? takde lah pulak dalam simpanan, balik nanti baru nak geledah sgala album yang ada. Tapi yang pasti semua perubahan dalam diri adalah fizikal sahaja. *hadoi ape pun takde*




Kepada anda semua jika ingin mengongsikan sepatah dua azam, niat anda amat dialu-alukan. Jadi silalah meluahkannya di ruangan komen ya.  ~Salam ~
















Wednesday, December 12, 2012

Saya Sayaaaaang Kucing Saya

1. Biyu ( nama pelat tuk biru)
Ni kucing omputih sebab bulu putih bersih pastu mata dia plak kale biru. Biyu ni mati tatau kenapa tapi dia mati atas pangkuan kakak ke mak aku ntah, dah lupa dah. Tapi yang paling aku ingat akak aku gila2 punya menangis masa biyu ni mati. Aku pun sedih gak la skit tapi takde lah nangis2 sgala, lagipun sebab xberapa sempat nak 'kenal' ngan biyu ni, umo dia kurang dari sebulan. Masa ni aku baru belajar-belajar nak bela kucing, nak pegang pun geli lagi. Tapi bila pegang anak ayam tak geli plak...haha Eh tapi aku bukan macam kakak aku, jumpa lipas jerit, cicak pun jerit, kira aku nih 'hebat' lah ckit muahaha


2. Nin (nama manja bagi kuning)


 

Yang ni memang aku sayang gila. Nin ni kale dia kuning keemasan +  putih. Kat kaki2 dia ada tompok putih macam pakai stoking putih (sila rujuk gamba di atas). Sangat lah comel. Dia ni pernah hilang sampai 2-3 ari, abislah kitaorang cari dia satu taman, sampai taman sebelah pun kitaorang pegi cari tapi tak jumpa. Satu malam tu, sebelum tido, aku punyalah betul2 doa, mintak Nin ni balik. Dengan kuasa Allah, tak sampai berapa jam tu, dia balik, semua satu umah bangun. Nin ni pun pegi kat setiap orang pastu gesel2 manja punya nak gtau yang dia dah balik. Memang sangat kesian sebab dia dah kebulur, pastu bulu dia penuh sawang2, kitaorang syak dia tersesat pastu terkurung kat mana2 agaknya. Kali kedua dia hilang pastu tak kembali dah........:(.

3. Cantoy ( ekor pendek + katik)
Dia nih kecik + pendek+ katik sbb tu digelar cantoy...comeyy je. Sukaaaaa sangat menyepahkan umah. Kalau nampak je paper kat bawah meja  kat ruang tamu, mesti dia koyak-koyak kan pastu abis berterabur segala atas lantai. Yang paling tak tahan nye, dia wat 'projek' ni bila xde orang. Kan pepagi smua g sekolah n keje, tinggal ma je lah. Bila ma dok sibuk memasak, bila g depan tetengok rumah dah selerak, ape lagi kena lah tempik. Pastu ma citer kat kitaorang, punya lah rasa nak gelak guling-guling. ye lah ma cakap waktu kitaorang kecik-kecik dulu pun umah tak selerak camni, ni baru bela kucing umah dah slerak * ye lah ma dulu garang kot, kalauada yang tak kena je, cubit, tak pun penampar sedas, jadi sape yang berani wat onar? hihi*.  Pastu dia pun jejak langkah Nin, keluar rumah tak balik-balik, tatau hidup ke mati ke

4. Cheeta (bukan cheetah ye)
Cheeta ni, kira antara kucing yang hansem lah, belang-belang dah macho macam cheetah pastu bulu plak warna perang. Memang di sukai ramai lah. Dia ni abang kepada cantoy. Kalau si cantoy keluar, dia akan tunggu cantoy ni depan pintu, pastu bila cantoy balik, dia akan terkam pastu cam bising-bising *gaya cam marah si cantoy ni asal lambat balik*. Kucing pun pandai jaga adik..Pastu satu ari tu dia eksiden, ekor dia kena langgar, memang hancur, tinggal separuh je...Sampai 'sistem pembuangan' dia terjejas, dia xbley kawal tuk buang air kecik n besar. Sian sgt, bawak g klinik elok je duduk dalam cage, redha je orang nak bwk dia, mungkin sebab sakit n dia tau tuan dia nak tolong pulihkan. Tapi sayangnya memang tak dapat nak pulihkan, beberapa lama kemudia, dia mati...gila tragik kisah mamat cheeta nih...
Kira cheeta ni la last kitaorang bela kucing, pastu dah malas dah, satu hal nak bagi makan sampai bergaduh-gaduh manja dengan kakak aku sape punya turn kena bagi makan sgala, pastu bila dah bela kena lah sayang, bila dah sayang, kalau jadi pape mcm sakit ke hilang ke tak pun mati ke, kang satu hal nak sedey plak kan. so keputusan tuk tidak membela lagi adalah keputusan yang terbaik lagi muktamad. Sejak dah tak takde kucing, bapak aku slalu je citer kat ma, tadi terjumpa kucing kat pasar, comey lah kesian lah. Ma wat dek je, kang kalau layan kan, harus dia bawak balik kucing-kucing seperti yang diceritakan beliau. muahaha
Ini je lah kisah kucing-kucing peliharaan ku, kalau korang pun ade pengalaman bela kucing atau pun nak share pasal kucing peliharaan anda, silalah, memang amat dialu-alukan =)
 u sehmat lah bro ;)
pic: google image

Wednesday, December 05, 2012

Mari Kita Tonton Zaiton Ceritaku



 
 
 
 
 

Ari tu tengok muvi Zaiton Ceritaku. Bukan sebab aku peminat tegar zaiton sameon, tapi sbb nak tahu kisah hidup dia, nak-nak yang pasal dia n anak dia eksiden yang mengorbankan anak leleki dia tu. Tapi memang hidup dia berubah 360 darjah lepas kejadian tu. Sian + sedey. Kena tipu hidup-hidup dengan adik beradik lah, n memacam dugaan lah itu semua sebab utama adalah DUIT. Kalau sape yang tak tengok lagi, silalah tengok, gugel je. ~Sekian~



nota kaki: tp suka plak dengar lagu yang nadia aqilah nyanyi masa intro muvie ni, sedap okeh! tak tahu tajuk dia, tapi ni lagu fofular zaiton lah








Tuesday, November 27, 2012

Liyana Fizi vs Natalie Imbruglia = Torn




 
Liyana Fizi


vs



 
Natalie Imbruglia




Dua lagu yang sama tapi result nye berbeza sebab dinyanyikan oleh orang yang berbeza. Ternyata aku lagi lah suka bila liyana yang nyanyi, versi akustik gitu, lagi best. Betul tak? =)












Friday, November 23, 2012

Al-Fatihah





Salam. aku baru dapat tau yang mama kepada kawan baik aku (ina), telah kembali ke rahmatullah. Aku tau pasal ni pun dari member. Tadi try kol ina, tak jwb, aku whatsapp dia, smbil taip menitik2 air mata kuar, sgt sedey. Dia xbls pun tapi aku nmpk status dia tgh typing tp xde pe pun satu msj dari dia. Aku phm dia mgkin sgt sdey n xtau nak bls camne. Yang paling sedih, ina tengah menghitung hari bahagia dia, awal bln dpn dia nak bertunang n bln 3 plak, nikah. Tak tdpt bygkan camne dia rasa skrg n harap dia redha dgn ketentuan Allah swt. Aku stalk kat fb adik dia, wan, rupanya mama dorg pegi pkl 12 lbey tgh mlm, n dorg sdar pukul 3 pagi, mungkin mnggal dlm tido. Wallahualam.Ya Allah kau cucurilah rahmat ke atas rohnya, tempatkan dikalangan org yang beriman. 
~Al-Fatihah ~





















Detik-detik terakhir kewafatan Nabi Muhammad SAW - Ustaz Don Daniyal Don Biyajid






Semalam jalan-jalan kat you tube, ni lah hasil penemuan....~Selamat menonton ~








sumber : you tube

Thursday, November 22, 2012

kamoo yg bernama lelaki part 2












Assalamualaikum...okay ni saja lah nak berkongsi cerita benar yang sebenar-benarnya. Ye ia adalah berkaitan dengan lelaki. Atau pun untuk pompuan pun boley, itupun kalau dia adalah perokok tegar ye kawan-kawan. Pada suatu hari tu, kitaorang dok bersembang-sembang kat pantry dengan opis mate termasuklah salah sorang bos laki nih. Melayu-umo 40an-berkahwin-anak tatau bape org-lulusan luar negara. Ceyh detail gila kan. ok xpe, menambah pengetahuan tu namanya. Bila sembang2 tu ntah macamana, tercakap pasal merokok. Dia cakap dia dah lama gak smoking dari darjah bape ntah, tapi sekarang xmerokok dah TAPI depan bini je lah dia dah tak merokok, bila belakang bini, apelagi merokok ler .  Kenapakah? Tentunya bersebab. Sebab nye, dia dah terlanjur berjanji dengan bini dia nak berhenti merokok masa mereka menjadi tunangan. Jadi sebelum kawen kena lah benti. Bila dengar tu memang tergelak lah. Tapi gelak2 gak dalam ati dok pikir, sesungguhnya lelaki dan rokok memang tidak dapat dipisahkan......moral of the story? Jangan paksa dorang suh benti tapi mulakan dengan mengurangkan kuantiti, tapi kalau tu pun tipu gak tak tau lah. Hanya Allah dan dia sajalah yang tahu...gitu......






Monday, November 19, 2012

Liyana Fizi vs Beto Kusyairy



Assalamualaikum wbt....Sekarang ni ade masalah baru, susah tul nak tido. Kalau letak pale bley tido kira alhamdulillah ye itu memang bukan masalah lah, masalah bermula bila kang tetengah malam akan terjaga pastu susah nak tido balik jadi persoalannya sekarang, apakah? Susah lah camni, dah lama tak jadik cani, camne nak kembali kepada normal ye? Sape - sape ade tips bernas tulun lah share.

Tapi takpe, tolak tepi jap permasalahan sahaya itu ye, yang penting hati berkobar-kobar nak citer pasal dua orang seperti nama yang diatas itu ( sila rujuk tajuk n3 ni ). heheh



Beto Kusyairy

Owh sya mula suka kat mamat nih bila tengok citer aku dia & tong sampah....Best citer ni, aku rasa dia nih bakal pengganti Aaron Aziz. Memang kool + macho habis okeh dia nih blakon. =)


Dalam citer nih dia ada nyanyi satu lagu tatau tajuk ape. Tapi inilah video nye, Terus cair bila dengar! hahaa



Lalu  bila tengok citer nih tetiba terperasan satu lagu. Sedap! Pastu tengok citer Hatiku di Kinabalu pun ada lagu nih. Citer ni dah dua kali tengok tapi kenapa tak prasan pun aa lagu sedap nih. Nak tau lagu apekah? 


Jatuh - Liyana Fizi

Best an? Tapi rasanya kalau part yang dia nyanyi ' tak ku mampu tak ku mampu' tu xde pun lagi baik, tapi mungkin dia nak wat unik skit kot, tapi masih bley diterima. Kalau dengar part tu mesti tringat lagu Penakut - Yuna 'Ini tidak adil tidak adil' hah gitu lah gaya nya...haha Terus gugel lagi lagu-lagu dia...Memang best - best okeh macam lagu This feeling & Light writing. Okeh da bley masuk lam list artis pujaan selepas Yuna =)

























Wednesday, November 14, 2012

Oh My Metro - Berang isteri kerja




Salam. Bila baca metro tadi siyes rasa terkejut. Macam-macam sangat sekarang ni. Pasal bini pegi kerja pun nak jadikan isu sampai pukul2 sgala. Tapi mungkin ada sebab lain yang kita tatau, hanya Allah, si isteri n si suami ajelah yang tahu...


"KUALA LUMPUR: Berang isterinya bekerja pada hari minggu, seorang lelaki berusia lewat 30-an bukan saja menumbuk, malah turut menyepak terajang wanita terbabit dalam kejadian di rumah mereka di Pandan Ria, di Ampang Jaya, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pembantu pengurus di sebuah syarikat swasta disambut suaminya di rumah dengan maki hamun sebelum memukul wanita terbabit hampir 10 minit.Menurut sumber, mangsa terpaksa keluar bekerja pada hari berkenaan disebabkan ada masalah di pejabatnya.
“Si suami (suspek) yang pulang ke rumah kira-kira jam 8 pagi (Ahad) berang selepas mendapati isterinya tiada di rumah.
“Lelaki terbabit menghubungi wanita berkenaan sebelum dimaklumkan mangsa bahawa dia berada di pejabat bagi menyelesaikan beberapa masalah,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang pulang ke rumah kira-kira jam 11 malam menambahkan kemarahan suaminya itu.
“Sebaik tiba di rumahnya, mangsa dimaki hamun suaminya itu. Biarpun cuba ditenangkan wanita berkenaan, suspek yang hilang pertimbangan terus menumbuk dan menyepak terajang wanita terbabit."


Gitu lah petikan pasal berita tu dari metro. Kalau nak tau lebih lanjut silalah bukak website my metro onlie ye. 

~Sekian ~



















sumber : hmetro.com.my 2012/11/14

Mimpi Cinderella








Kalau sesape yang rajin tengok citer Mimpi Cinderella kat tv3 tu tau lah lagu ni. Best kan lagu nih, citer tu plak ok lah, tuk mengisi masa lapang sessuai lah tengok. Apepun layan kan aje lah lagu nih ~

Wednesday, November 07, 2012

sejarah tak mungkin berulang ~ Mimaland







Assalamualaikum......Tajuk etry arini adalah Mimaland. Ada sesape tau pasal Mimaland? Kalau sesapa yang seangkatan dengan aku yakni baru je tau pasal ni,  memang syabbas, kita serupa, tapi kalau yang tak tau tu, pun syabbas jugak... :P 


Mimaland ni nama singkatan bagi Malaysia In Miniature Land. Al kisahnya Mimaland ni di bina pada tahun 1970an....ni lah taman rekreasi paling ohsem lagi popular dulu. Aku syak mak n abah aku mesti pernah pegi ngedate kat sini haha. Ataupun paling kurang penah la plan nak ngedate kat sini tapi tak kesampaian ke, pun bley jadi jugak. Macam aku la, sampai sekarang tak sampai2 genting lagi. Dari zaman studi dulu, plan bagai nak rak tapi tak jadi atau pun memember pegi tapi aku yang tak jadi pegi. owh sgt sadis disitu....Tapi xpe, nanti bila balik aku nak selidik sikit kat mak pak. Tapi mak aku tak pernah plak citer pasal nih. Ntah pun pernah tapi aku je tak ingat...huuuh. Eh tapi mak aku ni rajin tau cerita kat aku pasal kisah hidup+cinta dia dulu, nak2 pasal cane dia kenal abah, cane kat mana dorang ngedate n macam2 lagi lah, bley buat entri kot?! 


Tapi kan kalau nak tau, kira hebat jugak lah Mimaland ni sebab ada kolam renang yang terbesar di Asia Tenggara pastu ada papan luncur air gergasi lagi *bley tahan tinggi lah gak tapi tegak je, takde simpang siur mcm sunway lagoon*dan ada jugak tasik, kat situ bley lah buat aktiviti bersampan, mancing dan yang paling cam terkesima sebab ade Giant Maze, tak tau lah cane lah gambaran nye kan, tapi mesti best kan, pusing-pusing cari jalan keluar macam video klip kumpulan Tilu yang ade neelofa tu n rasa-rasanya aku tak jumpa lagi Giant Maze kat mesia ni. Ke ade? Tapi yang paling pemes mesti lah Taman Haiwan Prasejarah. Owh ni dikatakan paling popular lah masa tu sebab ada dinasour sgala.




Tapi setakat itu jelah cerita Mimaland sebabnya pastu kena tutup sekitar tahun 1994. Ingatkan sebab tak berapa laku rupanya sebab ade lah kejadian yang tak disangka. Ada sorang warganegara Singapore maut masa naik papan luncur air gergasi tu kalau tak salah. Bila dah ragut satu nyawa, jadi plak tanah runtuh pastu dorang pun terpaksa lah tutup. Kalau tak, mesti Mimaland ni wujud lagi kan. Tapi sebenarnya memang wujud lagi Mimaland ni cuma terbiar cam tu je. aish memang tak patut....

 Pastu kalau korang pernah tengok citer Tuan Besar, Gila-gila Remaja, Mekanik & Tempo 88 tu, mesti korang akan ternampak lokasi Mimaland ni jadi tempat shooting. Ye la time tu tengah pemes dan menjadi sebutan ramai maka haruslah menjadi pilihan pengarah pada masa itu....



aku penah lah tengok cite Gila-gila remaja ni tapi tak pernah nye tengok sampai abis....muahaha



gambar atas blah kiri tu lah pintu masuk Mimaland


Itu aje lah nak citer, kalau nak tau lbey lagi pasal nih, pepandai lah tanya mak pak, nenek moyang, mesti dorang akan rancak bercerita, ntah-ntah terkeluar rahsia g kat situ ngan skandal...hahaha
~Sekian ~


















sumber : arkib negara 

Wednesday, October 31, 2012

DIY Body Scrub





Assalamualaikum......Nak cite ni, osmet aku ada la sorang yang keje kat spa....Tetiba satu hari tu dia bawak balik body scrub. Natang itu di perbuat daripada garam bukit+herba. Salah satu herba tu adalah serai wangi & halia. Tapi bau wangi okeh. So dia pun kasi lah sikit kat aku suh try. Aku pun gigih lah ni scrub diri sendiri, lama okeh, stgh jam jugak la aku terperuk lam bilik air gigih nak scrub badan yang memang xpenah scrub...hihi


Aku syak mungkin aku akan pening dengan bau scrub tu kan, tapi bila je pakai bau tu macam buat aku rasa cam wah segarnyeee ~ bestnyeee !!! Sikit pun tak rasa yang scrub tu berasaskan herba ke hape! siyes aku xtipu! Penat wei nak sapu benda alah tu satu badan, stakat sapu je xpe lah, ni kena urut2 sikit kan, baru lah meresap keseluruh kulit....tihiihii.

Tapi penat saya rasa amatlah berbaloi sebab nye selepas itu kulit saya rasa sangat lah lembut licin n wangiiii je. Pastu eksaited punya pasal *sebab kulit dah lebih kurang baby* aku pun asyiklah nak pegang2 rasa kulit sendiri...boleh? haha

Itu je lah nak cite, almaklumlah ini pengalaman pertama menggunakan scrub, tu pun buat sendiri, xmampu nak wat kat spa....:( Kalau korang rasa tringin nak wat body scrub, silalah ke Tanamera Wellness Spa Sentre bertempat di Sooka Sentral kat KL Sentral tu kan. Kalau nak beli produk dia pastu buat sendiri pun boley *macam saya*, lagi jimat cermat gitu. Okey baiklah saya mahu ngundurin diri dulu ya....~bebai~


nota kaki: rupa scrub tu lupa pula saya nak snap ke hape kan, dia berpasir 'sama je macam garam biasa' tapi kale pink n suwiiit sgt!






Wednesday, October 24, 2012

berKORBAN apa saja



Amalan disukai Allah SWT Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari al-Nahr (10 Zulhijjah) daripada menyembelih sembelihan (korban), sesungguhnya ia akan datang pada hari akhirat nanti bersama tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya darah yang jatuh daripada sembelihan korban itu sampai kepada Allah sebelum daripada jatuh ke atas tanah maka sempurnakanlah sembelihannya.”


Assalamualaikum.....lagi berapa ari je kan nak raya haji. Macam ayat kat atas tu, amalan KORBAN sangat lah mulia disisi Allah swt. Insya' tahun ni ku berpeluang tuk melakukan ibadah korban bersama-sama keluarga, mak abah kakak abg2 cukup lah 7, keluarga aku kan kecik je, balik-balik muka tu je tengok kan...hahah. Waktu kecik dulu rasa 4orang tu cam dah ramai gila rasa rimas je kan, tapi bila dah tua, tetiba plak rasa cam aish nape lah kitaorg ni berempat je, lau ramai kan besh! Perasaan ni bila time raya baru muncul lah. Sebab time nih je yang best tuk berkumpul. Sib baek abg n akak aku tu kalau raya gilir-gilir, xde lah rasa sgt kan tp raya tahun ni semua ada, raya puase aritu pun kebetulan smua adik bradik ada maksudnya raya pertama tu kami dapatlah raya sesama pastu masing-masing pun beredar lah ke rumah mentua memasing kan. Tuk raya haji ni harus lah smua balik kan sbb dah nak buat korban. Owh aku mmg suka cite lari tajuk tetiba citer psl adik bradik kennn


Aku pun tak pernah tgk depan-depan orang sembelih nih. Jadik nye saye berazam nak g tengok cane proses dia kan. Nanti kalau ade ape-ape info yang aku dapat bley lah share ngn korang kat cni kan. Tapi jujurnya aku tak pernah terpikir pun nak buat korban, sebab bila raya haji je tau-tau je dah dapat daging orang anta kan kat umah. Tapi bila mak n abah menyuarakan niat dorang so kami adik bradik pun sepakat lah nak join, lagipun bila lagi kan, sementara mampu.


Mungkin ade je antara korang ni plan nak wat korban raya kali ni kan. Aku wat n3 ni pun bukan nak riak ke ape kan, sekadar berkongsi cerita, ape pun niat tu yang penting kan. Tapi bagi aku, kalau kat mesia nih orang tak berape heran sangat nak dapat daging ni sebab kebanyakan nye mampu je nak makan daging nih slalu. Cuba kalau kat Kemboja, sebab aku pernah tgk kat tv, cite pe ntah, majalah 3 kot, rakyat kat sana kemain susah kot, nak dapat makan sedap-sedap tu memang mimpilah, sangatlah daif. Jadiknya bila raya haji orang buat korban, masa ni lah yang dorang tunggu-tunggu. Kiranya setahun skali lah baru dorang merasa dapat makan daging. Banyak je kan orang buat program tuk buat korban kat Kemboja n negara-negara lain. Bersyukur lah dapat duk kat mesia ni kan....


Untuk itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha in advance kerana esok saya mula bercuti!!!!











sumber: Berita Harian Online






Monday, October 22, 2012

To Whom It May Concern









I dont mind if you wanna stay
With that smile upon your face
Hang around for a little while
Please dont drive away even for a mile

Different continents
It is not a thing
Coz i know that we’ll be okay
Endless borders,countless days
Our love will pave the way

I’ll be your wall
For you to lean on
When you fall just try to hold on
I’ll be back in your arms
Toegther we’ll always be
For what may come
For what may come

I dont mind if you are far away
I’ll be waiting for you anway
Under the sky of sunshine o rain
I know ‘m gonna be in your arms again

Different continents
It is not a thing
Coz i know that we’ll be okay
Endless borders,countless days
Our love will pave the way

I’ll be your wall
For you to lean on
When you fall just try to hold on
I’ll be back in your arms
Together we’ll always be
For what may come

Together we’ll always be
For what may come
Together we’ll always be
For what may come
For what may come





Thursday, October 18, 2012

Lagu yang paling SADIS!





Salam. Aku kalau nak dunlod lagu baru, mesti aku g tgk kat carta hot fm 30 & fly 30 kat fly fm , motif? sebab kalau masuk carta lagu-lagu dia mesti best kan. Bila aku tengok list kat carta hot fm tu terjumpa lah lagu sayang- ungu. Ku pikir pasal lagu sayang menyayang kan, tapi bila dengar owh ini ke lagu nya, memang agak kuang ajo di situ bila tajuk kemain sayang tapi lirik dia nak mintak putus rupanya, memang kalau ade sesapa lah dapat lagu nih dari boipren, memang *@$*# kan....

Aku memang slalu lah jugak dengar lagu ni kat radio tapi tak tau tajuk, slalu memang camtu, sebab tu jalan penyelesaian nye carik kat carta. Tapi pape pun, aku layan kan aje lagu ni sebab best cuma tak hingin lah nak jadik seperti 'perempuan' yang dimaksudkan dalam itu lagu kan....




Entah harus darimana ku memulai kata-kataku
Resah gelisah tak menentu, dari jauh lubuk hatiku

Bukan, bukan keinginanku tuk mencoba meninggalkanmu

Namun tak bisa ku jelaskan, aku takut menyakitimu


Berat rasanya, berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski melawan hati

Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus

Berat rasanya, berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski melawan hati

Sayang maafkan aku ingin putus

Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus
Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus





Nota kaki: mungkin ni salah satu cara lelaki nak mintak putus, lagi-lagi bila 'terpaksa' putus. Tapi aku tetap tak suka 'cara' nih! 











Wednesday, October 17, 2012

nikmat selepas musibah........





Assalamualaikum.......dah lama tak wat entri berunsur ilmiah kan...byk psl hiburan je kan...


Aritu ade terbaca pasal "Bersangka baik terhadap nikmat, musibah". Firman Allah SWT: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216) 



Ok, ni memang dah lumrah manusia, termasuk lah aku kan. Macam ayat kat atas tu, bila kita benci@tak suka sesuatu, slalu akan mengeluh n cakap aish nape lah jadi kat aku bla bla bla....sebab tu orang slalu cakap, semua nya terjadi mesti ada hikmah, datang dalam bentuk yang kita tak suka tapi ia akan jadi sesuatu yang bermakna di kemudian hari...*cewah ayat tak kalah* tapi betul kan?!  n ada satu lagi, orang tua-tua cakap jangan benci sangat dengan laki kang esok2 kau kahwin dengan dia!. Pergh ini ayat memang tak bley terima langsung, dah lah benci gila kat dia, pastu bley plak nak kawen ngan dia??? mintak simpangggg malaikat 44! Tapi berbalik pada topik, mungkin betul lah kan, kita benci padahal ia amat baik untuk kita, kita tak tau kan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Allah pun dah tetapkan jodoh yang terbaik tuk kita, mana tau mula2 je benci pastu sayangg....Aku jamin mesti ada punya yang jadik camni...


Sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada seorang Muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya.” (Riwayat Muslim) 


Aku percaya semua orang mesti pernah dan akan ada masalah, tinggal kita je kena pandai nak atasi kan. Sebab setahu aku, Allah tak kan timpa kan kita sesuatu musibah kalau kita tu tak cukup kuat nak menanggung nye *betulkan klu aku salah*. Tapi memang betul la, contoh macam kawan aku yang meninggal baru-baru ni, yang pernah ku buat n3 pasal dia, macam yang mak arwah cite, dia sgt lah kuat n redha dgn ape yang jadi n macam tu jugak mak dia, sgt redha dgn pemergian anak kesayangan, ko bayangkan anak yang dah  berpuluh tahun ade depan mata skali jadi macam ni, ye walau pun aku belum kawen lagi tapi aku paham ape yang mak arwah rasa. ~Al-Fatihah untuk arwah~


Jika kita berdoa kepada Allah SWT, maka hendaklah bersangka baik jika hajat tidak dimakbulkan. Mungkin Allah SWT mahu memberi yang lebih baik daripada apa yang kita minta. Doa adalah ibadah zikir yang Allah SWT suka. Diriwayatkan daripada Ibn an-Najjar: “Sesungguhnya malaikat Jibril diserahkan (tanggungjawab) memenuhi hajat-hajat Bani Adam. Apabila seorang kafir itu berdoa, Allah SWT berfirman: Wahai Jibril, sempurnakan hajatnya, sesungguhnya Aku tidak suka mendengar permohonannya. Dan apabila seorang hamba mukmin itu berdoa, Allah SWT berfirman: Wahai Jibril, tahan dulu hajatnya, maka sesungguhnya Aku suka mendengar permohonannya.” Semuanya pasti ada hikmah tersembunyi. Marilah kita berdoa supaya termasuk dalam golongan orang berbaik sangka terhadap Allah SWT dan sesama manusia. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang terbaik dalam perhubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia manusia.


N3 kali ni sebenarnya lebih kepada diri sendiri, nak 'memujuk' diri supaya sentiasa positif tuk menempuhi liku-liku hidup. Insyaallah..................
























sumber : Berita Harian Online

Friday, October 12, 2012

Cyrano Agency





Salam......nak cite psl wiken lepas *owh berkurun simpan, arini baru nak cite* ku cam bese tgk movie lah kan. Tajuk dia Cyrano Agency, korean movie ye kwn2...hihi.

Waktu dunlod cite ni ingat cite dia cam penyiasatan pastu ade keganasan ke hape ke kan *aku mmg xbrape suka cite spesis ni* tapi aku tetap jugak dunload. Dan sememangnye tak rugi, memang cite ni BEST tau!

Cite ni pasal satu geng yang terdiri drpd 4 orang (salah sorg tu bos aka pengarah) ni minat dalam lakonan n cita-cita nak buka teater tapi sebabkan kos yang tinggi pastu dorang buka agensi tuk org yang nak tackle aweks. Dorang guna props yang ada tuk transform opis dorang yang dinamakan Cyrano Agency. Mission dorang ni ialah bagi 100% jaminan tuk orang jatuh cinta. Jadi nya dorang buat lah mcm2, make over client, pastu buatkan satu insiden yang kunun kebetulan tapi sebenarnya dah plan siap dah, siap ada antara geng dorang nih jadi pelakon extra lagi. Tapi sebelum tu dorang praktis dulu n suh client hafal skrip...Pastu cite mesti ada suspen sikit kan, tetiba ada plak sorg client ni minat kat sorg awek nih, nak jadikan cite, pompuan tu ex awek salah sorang geng ni yakni bos tuk agensi nih. So macam2 lah jadi sbb laki ni masih syg giler kat ex awek dia tu....pastu lau nak tau ape yg jadik, silalah g tgk sendiri ye....

Memang best lah tengok cite ni, sebab lain dari yang lain....aku bg 4/5 Bintang =)















Wednesday, October 10, 2012

PMR tak kenal usia








PMR tak kenal usia? Tajuk yang ntah pape kan. Tak kisah lah kan, yang penting nak cite pasal En Nordin yang nak tebus kesalahan 35 tahun dulu lalu dia mengambil exam PMR bersama calon2 pelajar form3 yang lain....Kira respect kan kat pakcik ni, sesungguhnya usia bukan penghalang tuk realisasikan ape yang kita nak asalkan UsAhA.....sekian



nak tau lebih, baca nih MyMETRO







sumber : My Metro

Tuesday, October 02, 2012

~ Cinta Butterfly ~











Layankan aje lah shortfilm hasil karya dari CST Production. Patutlah tengok plakon nye cam agak keras rupanya.....tgk sendirilah ye, baru tahu =)

















Monday, October 01, 2012

Friday, September 28, 2012

Al - Fatihah Buat Arwah




Assalamualaikum wbt......Pagi semalam aku dikejutkan dgn berita yang xdisangka-sangka....Kawan yang aku pernah kenal lebih kurang 2 tahun lalu, Ain telah kembali ke rahmatullah. Sebenarnya arwah menghembuskan nafas terakhir pada pkl 6ptg hari rabu tapi semalam baru ku tahu. Aku sepantas kilat kol kawan-kawan lain maklum kan psl hal ni, n terus mintak el pastu balik umah tukar baju semua n zass pegi ke rumah arwah. Dengan tak tau alamat semua tapi pernah lah pegi open house masa raya 2010 dulu. Apalagi aku pun sibuk kol n stalk kat fb arwah n sangat kebetulan aku dapat detect sorg yang dari segi cara komen dia macam dia sangat rapat dengan arwah, xsalah aku nama dia Irene trus aku pm tanya full address. Sib baik dia pantas je balas. Setel pasal alamat.


Irene tu bagitau yang time tu dorang tengah siap-siap nak ke kubur tuk dikebumikan, kitaorang pun rush lah. Tapi malang tak sempat sebab kitaorang tersesat lah pulak. N akhirnya kitaorang terus je lah pegi rumah arwah. Waktu sampai tu rupanya parents n sedara mara baru je sampai dari kubur.


Aku pegi ngan member, putri n tunangnya khairil. So kitaorang pun masuk lah umah n jumpa dengan mak arwah kat ruang tamu. Aku rasa cam serba salah jugak nak tanya ape sebenarnya yang jadi kat mak arwah (auntie) tapi aku tengok muka auntie tenang je, macam sangat redha n macam dah 'bersedia' je. 


Rupa-rupanya arwah dah menderita sakit jantung dah lama lah jugak. N yang paling xsangka auntie cakap jantung arwah xberfungsi langsung, hanya bergantung pada bateri semata!!! Ya Allah....Dalam bulan mac arwah start guna bateri tuk pam kan jantung nya. Lepas tu pernah warded dalam sebulan camtu tapi kami sikit pun xtau. N memang dia tak nak orang tau kecuali kawan-kawan terdekat n mungkin opis mate dia. 


Yang paling aku xbley lupa, auntie cakap yang arwah pernah lah pesan kat ibu dia, "Ibu if u meet my friends, please say that I love u sooo much !!"Plus, auntie pun cakap, dia slalu sangat citer pasal kawan2 terutama kitaorang yang pernah keje kat Tm dulu. Arwah ada sebut nama tapi auntie dah xingat. Aku dengar time tu macam, Ya Allah dia sempat lagi ingat kitaorang saat-saat akhir dia. 


Auntie cakap yang anak dia ni sangat lah strong sbb wlupun sakit tapi tetap jugak pegi keje n kadang kalau dia betul2 xlarat, dia akan mintak tolong ibu @ abah dia hantarkan. Lateli ni, arwah asyik berhalusinasi bak kata auntie lah, arwah kerap cakap sorang -sorang kekadang macam bersembang dengan member lah. Pastu ada sekali tu arwah cakap 'eh nape dengar bunyi air ni, ada sungai ke ibu?'.  Arwah pun slalu jugak tanya ibu dia, ibu redha tak kalau ain 'pegi' ain dah redha tapi ain kesian nak tinggal ibu sorang-sorang...........' Boleh bayang kan tak keadaan dorang time nih?! :'(


Aku dimaklumkan penyakit arwah ni disebabkan lifestyle dia....suka makan fastfood pastu sangat liat nak bsenam *owh peringatan tuk diri sendiri ni*....berat badan arwah yang terkini adalah 180kg, sebab badan dah dipenuhi air sebab kan kegagalan jantung nye berfungsi. Kulit badan pun merekah n kuar air macamana ntah ku pun xdpt nak bayangkan bila auntie citer.


Sebenarnya auntie tak berkesempatan ada kat sisi arwah saat arwah hembuskan nafas terakhir. Hari Rabu, petang tu dalam pkl 5.30, auntie ada wat tuition kat umah tuk bebudak sekolah rendah rasanya. Sebelum auntie nak turun bawah ( umah dua tingkat n bilik arwah kat tgkat atas* , autie siap pesan, tunggu ibu g bawah kejap je nanti dah habis tuition ibu naik balik. Dalam pukul 6 camtu auntie rasa tak sedap ati suruh cucu dia tengokkan n bila cucu nye cakap yang arwah terbaring 'tidur', lagilah autie tak sedap hati terus naik atas pegi tengok. Tuk makluman jugak, arwah tak boleh tidur terlentang, kena mengiring @ duduk sebab nak elak sesak nafas. Bila autie datang, time tu arwah dah xde......Itu yang auntie asyik cakap yang dia terkilan sangat sebab tak dapat tengok arwah waktu saat2 akhir arwah..........


Sebelum balik, masa salam peluk cium dengan auntie, dia cakap kalau ada apa-spa salah ain pada kami, mintak tolong maafkan lah dia....owh makin rasa nak menangis  *aku mmg sgt susah menangis*. Kami pun bagitaulah kat auntie yg anak auntie ni baik sangat, dia xde wat salah ape pun dgn kami.........Auntie gigih jugak bangun nak antar kami waktu nak balik tu.........


Untuk arwah ain, semoga diampunkan segala dosa & ditempatkan dikalangan orang yang beriman........~Al- Fatihah ~






notakaki: Auntie ni sangat baik & penuh dengan sifat2 keibuan, sambil duduk bercerita tu, dia asiklah usap2 tangan aku n aku pun peganglah balik tangan dia walaupun baru dua kali jumpa tapi rasa cam dah kenal lama. Semoga auntie tabah, n aku respect sgt sbb auntie ni begitu tenang n redha dgn pemergian anak beliau






























Wednesday, September 26, 2012

rm7??!! Apekah???





Arini kan hujan, tetiba teringat kisah 2-3mggu lepas.. Satu ari tu time lunch lah kan, aku g la menapau sengsorang kat perdana, bila aku dah kluar dari bangunan opis, baru ku sedar yang hujan bakal turun so aku cepat2 lah jalan bajet klu aku pantas menapau, akan ku terselamat dari terkena hujaaaan.

Akan tetapi, perkiraan aku tadi ternyata salah, bla aku kuar je dari cafe tu, ujan mencurah2 punya lah lebat padahala ku rasa ku amik masa lam 5min je kot nak menapau tuh. Aku pun tguu lah kat tepi cafe tu, 5 min ok lagi, minit yang ke 10, aku pun da xbley blah dah. Aku check lah wallet aku, tggl 6 hinggit saja sbb aku cuma bwk rm11 je, beli mknn rm5, kan kalau g tapau aku mmg bwk duit plg byk pun sploh hinggit je....

Nak kol member sbb yg len dah kuar lunch ntah ke mana, yg geng aku sorg cuti, yg lagi sorang plak puasa 6, so aku pun xsampai atilah nak suh dia trun bwh semata2 nak bwk kan aku payung... Aku pun masuk lah kedai koop 1 mesia, sblah cafe je pun, tgk2 payung kot2 ade harga rm6, skali yang plg murah 7hinggit daaa. aku pun wat muka xmalu g je kat kaunter ckp ngn akak tu aku cuma ada rm6, bley x lau aku hutang rm1 je, pasni aku dtg blk byr baki nye tu....sib baek lah akak tu okay je...fuh, mmg lega je rasa cam nak puji sratus kali lah kata akak ni baik giler ;)

Aku pun balik lah opis dgn slamatnye tapi basah gak lah sbb hujan sgtlah lebat......Patutlah orang wat peribahasa ' sediakan payung sebelum hujan', memang betul lah sesangat, bukan stakat nak sdiakan payung je, tapi smua perkara termasuklah duit..........






ni lah payung rm7 itu, cantik gak, tapi kualiti mmg sepadan lah  dgn harganya dia nye frame besi tu halus jek cam lidi, lau ujan ribut xtau lah cane *sigh*


















Monday, September 24, 2012

menggoda encik sempurna LAH SANGAT!!





Assalamualaikum wbt...........arini ari isnin, silalah buat2 arini macam ari jumaat spy mood akan menjadi lebih baik & bsemangat untuk bekerja...haha.

Nak cite semalam tgk movie nih. Best gilak, klaka n 'membuka mata' jugak lah sbb bila dah abis tgk kita mesti akan terpikir sesuatuuu.....Lau xcaye cuba2 lah tgk atau mungkin ada yang dah pernah tgk.


Seducing Mr Perfect 




nota kaki: Laki nih ansem okeh ~ lalalalala ~








Wednesday, September 19, 2012

I Won't Give Up










When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
There's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up

I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not
And who I am

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up
Still looking up.

I won't give up on us (no I'm not giving up)
God knows I'm tough enough (I am tough, I am loved)
We've got a lot to learn (we're alive, we are loved)
God knows we're worth it (and we're worth it)

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up