Thursday, June 27, 2013

This is a story about a girl named Lucky *cilok ayat Britney Spears*




Salam....Ada sape-sape dah tengok Pee Mak? haha Tak abis-abis pasal Pee Mak! Walaupun cite tak masuk akal tapi tak kira, asalkan memenuhi citarasa aku ....Kata nak tengok movie tuk bersuka ria, jadi harus movie tu membuatkan kita tertawa dan ceriaaaa. Tak macam citer Man of Steel, stress haku tengok cite ni. Waktu tengah tengok tu asik la dok rasa bila nak abis bila nak abis. Dah la durasi *duration* dia panjang, dua jam lebih....pasrah je aku kat dalam tu. Tapi tengok orang lain dok review cakap cite ni best. Owh mungkin aku ni bermasalah kot. Kalau sesapa berhajat nak tengok pegi jela, tak payah nak sentap dengan komen aku. Bukan cite ni tak best langsung, ok je pun, tapi aku memang cenggini, taste orang tuaaaa...haha  Pastu ari tu tengok citer MU ( Monsters University). Ni cite katun, best gak, not bad la..... Giler cite ni, monster pun ada universiti tuk melahirkan graduan yang scary! Modus operandi adalah untuk menakutkan umat manusia! Dasat tak dasat ni wei?! haha Waktu tengok cite tu, ramai gak orang dalam panggung.

Setel bab movie, ni nak cite, hati ku di kinabalu sekarang ni bercampur baur seperti di gaul-gaul oleh sesuatu.....Walau macamana tak nak dan trauma untuk menempuhinya tapi tetaaaap kena gak tempuh. Hidup oh hidup.........Tapi takpe la, kalau hidup xde masalah atau cabaran atau dugaan bukan manusia namanya kan?!


Ok sekarang nak memperkenalkan lagi seorang retis ni, namanya ialah Zee Avi...Best ok lagu-lagu dia. Stok-stok lagu macam Yuna + Liyana Fizi. Best ooooo! Dulu pernah dengar lagu Bitter sweet, tapi xtau dia yang nyanyi, dengar pun ntah kat mana, iklan mungkin? Pastu ada dengar lagu tajuk kantoi, pun rupanya dia jugak nyanyi, tapi yang tu aku xska, sebab macam ntah hape hape. Tapi bila layan lagu Bitter Sweet, Just You & Me, pastu The STory macam kat bawah ni, siyes layan mood, walaupun maksud terurat tersirat dalam lagu takde kena mengena pun dengan aku. Sila korang sila lah dengar lagu-lagu beliau. TQ Bubbbaiii!




Friday, June 14, 2013

Sapa tau ape tu Pee Mak?




Salam.......Cane eh nak bermukadimah....xde idea plak. Cuma semangat je berkobar-kobar nak share pasal Pee Mak ni. Sapa dah tengok? Ke ada yang tak tahu pasal Pee Mak ni natang apakah?! Tapi takpe, sebelum ni aku pun tak tahu, main terjah je nak tengok sebab dah takde pilihan. Tapi ini adalah pilihan yang sangaaaaaat bijak. Memula rasa cuak je gak nak tengok sebab kalau cite Siam nih kan kalau wat cite hantu memaaaaaang real pastu seram! Tapi cite ni memang beza gila. Dari mula cite sampai ke titisan terakhir memang lawaaaak je. Macam setiap masa nak gelak, kalau seram tu kekadang je, kira sikit je. Patut lah waktu kat dalam panggung tu punya ramai orang, penuh kot. Ingatkan sebab cuti sekolah rupanya sebab cite ni memang best n menjadi bualan ramai mungkin?!


Cite ni pasal 5 sekawan ni askar pastu pegi berperang. Masa tengah tengok tu patut la rasa macam kenal je geng ni, rupanya diorang belakon cite 'Phobia 2' ( dalam movie ni ada 4-5 cite pendek, kira dorang berlakon yang cite pasal kru shooting filem tu,  kira yang ni la paling lawak dan best, yang lelain tu seram). Ok berbalik pada cite,  salah sorang dari geng tu nama dia Pee Mak, orang panggil Mark@Mak. *Masa dia nak ajar kengkawan dia sebut Mark tu kelakar gila *sebut Mark sambil tekankan bunyi R tu*, dia ni ada bini ( Nak) kat kampung yang tengah sarat. Pastu dah habis perang, dorang pun balik umah si Mak ni, dan Mak offer kengkawan dia tu dok kat satu umah kosong kat depan umah dia. Masa sampai kampung tu sunyi gila sebab yela mungkin sebab perang kan, tapi padahal orang kampung semua takut kan Nak sebab kononya Nak ni hantu. Kecoh la pasal ni cuma Mak je xpercaya, sape nak percaya bini dah mati sedangkan dia jumpa elok je bini dia sihat walafiat kan. Tapi kengkawan dia yang lain ni la yang dapat agak. Masa dalam proses nak tau sapa sebenarnya hantu ni la yang paling klaka gila, orang ni teka dia ni, yang dia plak teka dia tu.

Antara part kelaka:

* Mak show off yang nama dia nama Inggeris, jadi kena sebut Mark *tekan 'r' lebih sikit
* Masa main game teka-teka tu, si Mak ni suka hati dia je main sebut ikut tekak dia padahal takde kena mengena pun dengan soklan ( Mak ni watak dia naif = lurus n bodo2 skit )
* Masa kengkawan suspek Nak ni hantu, dorang lari nek sampan ( rumah antara Mak n kawan2 dia ni terpisah dengan sungai jadik kena nek sampan ), puas berkayuh tapi tak sampai2 jugak asik dok berpusing-pusing sampan tu, punya cuak la dorang! Lawak bangaaat!
* Masa scene kat dalam rumah hantu kat fun fair
* Lagi yang masa dorang suspek Mak pulak hantu, jadi dorang lari beramai-ramai termasuk bini & anak Mak nek sampan, sampai nak tenggelam lah sampan tu *tengok sendiri tak tahu nak explain haha*

Eh banyak la, banyak sangat2 part2 yang lawak tahap dewa. Sesungguhnya memang tak rugi tengok, kalau yang malas nak gi tengok kat panggung, download sudaaah tapi kena tunggu sebulan dua lagi la kot. Tapi takpe, asalkan dapat tengok! Okay takat tu je la nak cite, sebab kesian kat sesapa yang tak tengok lagi, nanti dah xde feel kan. Sila lah tengok sebab memang best sangat2, aku rate 5/5 wa cakap lu. So pastu bley la tahu sapa sebenarnya hantuuuuuu...Eh rasa nak tengok lagi pun ada!
















Monday, June 10, 2013

Rock OoOoO Kapak Tiada Tandingannya ~




Assalamualaikum.....



Tak payah nak mukadimah sangat, stret to de point je lah kan, baru-baru ni, ntah kenapa aku macam layaaaan sangat dengan lagu-lagu rock kapak. Sebelum ni pun suka jugak tapi takde lah ke arah minat yang mendalam, dalam tak dalam sangat la tapi suka la...*gitu*

Kalau dulu kenal dengan lagu-lagu rock kapak bila mula berjinak-jinak dengan karaoke, sebab kengkawan (pompuan) masa tu suka sangat layan lagu-lagu spesis camtu, macam lagu Bidadari ( Lela) *konpiden siap bagitau artis skali* padahal tak kenal pun Lela tu sapa, kenal muka je la tu pun tengok kat music video lagu tu. Pastu Permaisuri ( Data ) pun tak kenal penyanyi ni, lagi, lagu Tika dan Saat Ini ( Medicine) , Cinta Kain Putih dan ntah ape lagi, aku pun tak tahu tajuk dia. Tapi yang pasti semua penyanyi aku tak kenal tapi lagu-lagu dia sangat layan. Kalau kata Awie, Amy search tu aku kenal la tapi kalau kat karok sapa la yang berani nak karok lagu-lagu mereka nih?! Buat malu kaum je kan!


Pastu sekarang ni suka plak lagu-lagu seperti Hanya Padamu ( Qiara ) *pergh ni paling sedap takat ni* , Mengulit Kenangan ( Data ), Untukmu Selamanya ( Visa ), Saling Merindu ( Leon ), Sampai Bila ( Lela ) pastu Ramalanku Benar Belaka ( Umbrella ) pun layan jugak.

Kalu dulu kat karok asyik nyanyi lagu-lagu pompuan tapi sekarang tidak lagi. Aku dengan bf bley kot dua-dua layan sesama. Kadang-kadang siap back up suara memasing kot! Bila beralih arah ni macam best plak, tambah-tambah bila berkongsi minat dengan yang tersayang *cewaaaah* ;)


Jadi entry kali ni diakhiri dengan :-



Hanya Padamu - Qiara *walaupun fesyen mereka tak menarik, tapi lagu ni sangat menusuk sehingga ke qalbu* =) 













Wednesday, June 05, 2013

Twain bukan Twin




Salam semua.....
Ye tajuk takde kena mengena dan takde maksud pun
Sebab dah tak tau nak letak tajuk apa






Lagipun memang terang lagi bersuluh n3 takde arah tujuan
Cuma nak berkongsi rasa  lagu sebab best dan layan di kala ini
Dah lama tak dengar lagu ni
Rasanya Shania Twain macam dah dilupakan kot
Tapi dua lagu kat bawah ni memang terbaik bagi aku dan mungkin korang jugak







You are still The One





Lepas dengar ni, dengar lagu kat bawah ni plak
Lagu ni pun menusuk perasaan jugak
Tapi aku lagi tertarik kat pompuan ni
Sebab dia sangaaaat lah cantik dalam ini video
Dress up dia menampakkan dia macam hindustan je dah



From This Moment On




Dah habis layan?
Best kan?!
Tapi dah dengar banyak kali mengundang padah jugak
Sebab mata buat perangai
Dah kata lagu pun syahdu je kan
haha
Sekian n3 mengundang padah 
Ikhlas dari lubuk hati saya 
=)










Tuesday, June 04, 2013

Lompat tikam ke Lompat katak?


Salam.....Yang kata post sebelum ni kunun nak pegi mencabut gigi tu kan, memang terbengkalai la kan. Sebabnya sabtu lepas kan cuti umum, klinik pun tutup! Ceh kengkonon frust la klinik tu tutup, padahal dalam hati legaaaaaa...wakaka. Walaupun memang nak cabut tapi dalam hati memang takut kooot. Cuba cakap sapa la manusia kat dunia ni yang tak takut pegi klinik gigi? Kalau ada pun, bilangan nya adalah sangat sedikit, memang patut kasi tabik skali la kat mereka-mereka nih!




tabik hormat Hairul Azreen



Ke nak versi yang ni?

Mejar David Teo pun boleyyy ;)


Ok sudah-sudah pasal gigi, tukar topik lain plak, nak tau, ahad lepas kan, masa jala-jalan kan, elok je baru mendaki 2-3 anak tangga nak masuk kat pintu kecik kat Sg Wang Plaza tu kan, bley plak aku terjatuh dengan penuh bergaya nye! Nak tau bergaya yang macamana??



Bukan macam ni





Tapi macam ni :(

Sebijik cani ye sebijik! huhu



Tak tahu lah macamana bley jatuh, mungkin sebab pakai selipar je kot? Sebab slalunya pakai kasut flat, pastu jalan plak nak kata laju pun tak tapi kelam kabut sikit lah sebab masa tu dah dekat pukul 10 malam, orang semua kalut nak balik kami kalut nak masuk kan. Memang sakit gila kot sebab waktu jatuh, dengan terer nya aku tampung badan yang sememangnya tak ringan ni dengan sebelah lutut je.  Kecederaan dari mata kasar tak la teruk sebab lebam sikit je tapi dari mata halus memang menusuk kalbu la. Sakit rasa macam nak nangis tambah-tambah bila nak kena naik atau turun tangga, sakit gilaaa kot?! tapi tak nangis la, kata macho! =( . 

Malu? Malu lah jugak tapi sakit lagi menguasai carta ! Lepas tu terus rasa pening-pening. Apa ntah nasib jatuh dihujung minggu di tengah-tengah kota raya?! Anda plak bagaimana? Tengok orang dok up kan citer + gambar bercuti je....Saya pun nak jugaaaak!!!










Owh terpukauuuuu =)