Thursday, May 31, 2012

Tak ada tajuk!!







I love you, not only for what you are, but for what I am when I am with you..... 






 My love to you is everlasting, it will never grow old and it will never fade away. I will forever love you..... 






 The first time I saw you, I knew it was true, that I'd love you forever, and that's what I'll do. You don't know what you do to me, you don't have a clue, you don't know what it's like to be, me looking at you..... 






 If you're asking if I need you, the answer is FOREVER. If you're asking if I will leave you, the answer is NEVER. If you're asking what I value, the answer is you. If you asking if I love you, the answer is I DO..... .















my all
























Tuesday, May 29, 2012

En Mimpi dan tafsir-tafsirannya........





Boleh dikatakan hari-hari kita akan mimpi, ni kategori mimpi tym tido malam ye, bukan mimpi  disiang hari ye, harap maklum….;). Tapi kekadang ada jugak kita mimpi tapi tak ingat cane mimpi tu. Kalau di kumpul la mimpi-mimpi yang pernah kita mimpi, fuh memang tak terkata banyak kot. Ye la lau kata umo aku 20 tahun (ehem ehem) hihi, ha kalau purata satu hari satu mimpi, dah bape kan. Jap nak kira. Fuh lebey kurang 7300 mimpi woooo….banyak an!



Bila cakap pasal mimpi la kan, kekadang kita mimpi yang pelik-pelik pun ada, kira macam-macam lah kan. Kadang mimpi benda-benda yang kelakar kita pun akan tergelak sampaikan kita memang betul-betul tergelak. Ini aku tak pernah plak jadi kan. Tapi memang gila seram kalau tetiba member kat sebelah tergelak sorang-sorang lam tido, mau larikkk kan…hehehe. Tapi kalau mimpi sedih dan menangis, bila terjaga aku betul-betul menangis memang pernah lah kan.



Kalau dah mimpi tu kadang-kadang wat tak tau je, tapi kadang cam terpikir la asal aku mimpi camtu ea? pastu nak gak tau ape maksud mimpi tu kan. Kadang-kadang kita share dengan orang plak pasal mimpi dorang. Ha ni memang tak lain tak bukan, mak aku, kitaorang memang suka share. Kekadang takde menda nak sembang atau  gosip kan, kitaorang cite pasal nih. Aku pun layan kan je la, sekali skala bukak topik ni pun best gak pe..hehe



Aku ada la terbaca pasal mimpi nih. Ni dari apa yang aku baca kat virtual friends ni la:-

"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya."
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.


Jadinya kalau kita mimpi yang baik-baik je la kita bagitau orang, lau sebaliknya elok la diam kan aje. 


***Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa. Bukti kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya :


"Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman", maksud Surah al-Fath, ayat 27.


Secara umumnya, mimpi berlaku apabila seseorang itu sedang tidur. Boleh juga berlaku dalam situasi lain, seperti ketika pengsan, mabuk, nazak dan sebagainya, dengan syarat physically unconscious or semi-conscious. 


Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata 'menjenguk' (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas. Ibarat seseorang yang kakinya berada dalam air tapi dari kepala sampai ke pinggang berada atas permukaan air. Atau, ibarat kaki kanan kat dalam air tapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang bermimpi, sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar tubuhnya. 


Manusia keseluruhanya bermimpi, hatta makhluk Allah swt. yang lain pun bermimpi, kucing dan sebagainya. Kadangkala mimpi itu menggembirakan dan kadangkala tidak, kadangkala mimpi itu tidak dapat difahami dan di tafsirkan, kadangkala mimpi itu juga penuh misteri dan simbolik sehinggakan agak sukar bagi kita sebagai umat manusia untuk menafsirkan makna di sebalik setiap kejadiaan mimpi tersebut.***




Betul kan, banyak kan kita bley jumpa tafsiran mimpi  ni, dari buku-buku (memang tak lah aku nak beli) pastu kat internet lagi la banyak. Tapi sekadar saja nak baca, sebab tak tau kan betul ke tidak. Yang penting, saja je nak amik tau, manusia kan ada sifat ingin tau yang amat mandalam dan semula jadi ni kan… =)




Ni la antara tafsiran mimpi yang aku pernah mimpi, just saja nak share kat sini. Mimpi yang aku ingat sampai la sekarang. Alkisahnya bermula bila sejak dari dulu aku memang cam teringin sangat nak ada baby, nak dapat adik memang da tak bley da…yang akan jadi pasti pun kalau amik anak angkat. Bukan mak aku yang amik anak angkat tapi aku. Kalau aku cite kat orang mesti dorang ingat aku tipu tapi percayalah, aku memang sampai ada niat nak amik anak angkat bagai. Ye amik anak angkat memang niat yang suci murni lagi tulus, tapi masalah nye tym tu aku baru belasan tahun yakni baru umo 13-15 tahun ma….




Dan lagi satu, kalau aku tengok @ baca pasal berita orang buang baby la ape la, aku sampai terpikir la (lam ati) lau dorang taknak baik bagi kat aku baby tu. Aku pun tak pasti apa yang aku terpikir kan tu sekadar cakap atau dah jadi niat aku. Sebab tu aku sampai termimpi aku buaikan baby, maksudnya aku tidokan baby kat lam buai, tapi muka baby tu aku tak nampak. Seingat aku, bukan sekali aku mimpi benda yang sama tapi dua tiga kali gak.




Ini dia tafsirannye: Jika anda bermimpi melihat, memelihara, mempunyai mendengar anak,
alamat suatu keuntungan akan segera datang kepada anda. Apalagi kalau
anda bermimpi mempunyai anak lelaki. Mimpi melihat anak-anak
bermain bermakna akan mendapatkan jodoh.
Nota kaki: aish asal la aku tak mimpi melihat anak-anak bermain kan…hihi



Lain-lain mimpi dan tafsirannya…….


Menurut satu pendapat orang bujang yang bermimpi mati menunjukkan dia akan berkahwin, sedangkan orang berkahwin yang bermimpi mati menandakan dia akan bercerai. Ini kerana jika terjadinya kematian akan terjadilah perpisahan. Begitu juga orang yang berkawan intim (pasangan kekasih) bemimpi mati menandakan mereka akan berpisah.


Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati tanpa didahului sesuatu penyakit dan hal-hal yang menyebabkan kematian, bererti umurnya masih panjang. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belum mati bererti sudah dekat ajalnya. Jika orang yang bermimpi itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak mati untuk selamanya, maka dia akan mati dalam perang sabilillah.


Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangis, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Bemimpi melihat tangisan mereka itu menunjukkan terjadinya sesuatu yang menggembirakan bagi mereka. Menurut satu pendapat bemimpi melihat matinya lagi orang yang sebenarnya sudah mati menunjukkan akan matinya salah seorang keluarganya.



Ok ni aku nak cite sikit pasal lagi satu mimpi yang memang betul-betul jadi. Waktu tu aku form 2. Waktu tu aku ada kat umah arwah nenek aku ( blah bapak ku).  Pastu datang la sorang atuk ni, dia ni kira sedara kitaorang gak la tapi dia memang rapat dengan arwah tok wan & arwak nenek aku. Waktu tu nenek aku ada lagi. Bila dorang ni dah sembang bagai tetiba dia bukak cite pasal mimpi dia. Dia cakap dia mimpi nampak orang gali kubur kat sebelah kubur arwah tok wan aku, pastu bila dia tanya sape yang meninggal, orang tu cakap, ‘orang yang terdekat’ maknanya dalam ahli keluarga kitaorang la kan. Bila aku dengar tu memang fuh tak tau nak kate ape dah kan, mmg seram+takut. Tym tu, aku takdelah join dorang sembang, aku ada la dekat-dekat situ, kes terdengar la ni kan…hihi. Nak pulak atuk tu setail cakap kuat-kuat punya, ala-ala orang kepoh bercakap…hehe. Pastu aku pun cite la kat mak aku, mak aku diam aje. So aku pun diam la kan, n da lupa pun pasal tu. 






Tapi nak dijadikan cite, tak bape lame (aku pun tak ingat bape lama tapi mungkin lam sebulan dua macam tu) pastu nenek aku sakit n meninggal. Masa tu aku teringatkan pasal mimpi atuk tu dan memang kubur arwah nenek aku kat sebelah kubur arwah tok wan aku. Mungkin ini kebetulan, hanya Allah je yang tau. Aku cuma nak share je pasal ape yang aku pernah alami kan.




Kesimpulannya, mimpi ni mungkin mainan tido semata atau mungkin juga satu petanda. Rasanya elok ler jangan terlampau taksub nak cari dan percaya dengan segala tafsiran, bukan pe, takut lain plak kan jadiknyer.Macam yang kita dah sedia maklum, semua kejadian dan takdir serta ajal maut adalah rahsia Allah swt. Kita boleh berdoa sebagai satu medium atau permintaan kita kepada-Nya. Wallahuallam.



Ni ada adab-adab ketika lepas bermimpi seperti mimpi tersebut amat menghantui kita, disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :

1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)

2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.

3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.

4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu) dan berdoalah agar kita dijauhkan dari musibah dan bencana serta mintalah yang baik-baik serta perlindungan dari-Nya.

Psst: no 1 & no 3 tu paling senang kita nak amalkan. Selamat beramal!!!








comel giler baby nih tido













Thursday, May 24, 2012

Mari Belajar Internet Slang Part 1










Apakah internet slang? Slang atau short form yang orang bese guna, lam chat ke, FB ke or mna2 la, senang dan cepat nak menaip la katakan….Ye nak tanak, kita kena gak amik tau pasal ni, take note, masuk exam okeh! Hahah. Tapi ni ku saja nak share kan info ni n untuk diriku sendiri gak kan….



Banyak okeh rupanya short form yang aku tak berapa nak tau. Ye la sekarang nih paling hebat pun guna FYI, ASAP, OMG, AKA bla bla pastu tau la gak maksud MIL, PIL, SIL, BIL………



Jadi marilah kita sama-sama belajar tenet slang ni ye ;)




B4YKI = Before You Know It



DIKU / DIKY = Do I Know You



DK = Don’t Know




G2K = Good To Know




GOK = God Only Knows




YIK = Yes I Know




YNK = You Never Know



YSK = You Should Know







Setakat ni dulu, nanti ku carik lagi ... cekidauuuut!


























Wednesday, May 23, 2012

Kasih Sayang Cinta Pengorbanan










Sebenarnya, aku pernah terbaca pasal kisah Norma & Talib waktu berblogwalking kat blog Filla  Pastu sejak aritu aku memang ikutlah perkembangan kisah dorang ni kat blog moon yang mana moon ni akak ipar kepada Talib dan biras kepada Norma sebabnya suami moon adalah abang kepada Talib….isk cam berbelit plak, tapi paham kan…hihi.


Okay, kenapa dengan kisah dorang ni? Dorang nih artis kah? Tak pun dorang ni pasangan kekasih yang sangat la romantik kalah cam Romeo & Juliet kah? Jawapannye TIDAK tapi LAGI HEBAT dari tu. Sebenarnya, dorang ni suami isteri, baru je la kahwin dalam 2 tahun lebih macam tu. Tapi dorang ni tak duduk sama sebab Norma ni cikgu, ngajar kat Johor lau tak salah n Talib keje kat KL, tapi lau tak salah Norma tengah dalam proses nak transfer sekolah kat area KL atau Selangor rasanya. Nak dijadikan cite, waktu Norma mengandungkan anak pertama dorang, waktu tu kandungan dia lam 7 bulan camtu (lau tak salah la sebab tak berapa nak ingat da, da lama da baca), dia mula sakit kepala camtu, sampai la bila dia da bersalin, tetiba doktor sahkan dia ada kanser.

Jadi bermula lah kisah Norma & Talib nih. Lepas je dapat tau hal tu, memang Talib sbg suami, dia la yang paling berat nak terima. Hidup dia dah berubah 360 darjah, mana nak jaga baby,  pastu isteri dia lagi yang kat hospital, kos rawatan lagi. Ye memang kalau nak diikutkan, memang Norma la lagi teruk sebab dia yang sakit. Tapi tak semua orang boleh sabar n redha macam Talib ni. Nasib baik ada famli yang amik berat, memang kagum gak la dengan famli dorang ni yang memang sapot each other kan. Memang kalau kita ada masalah, memang kita tak harapkan sapa lagi dah, memang famli je yang kita nak ada kat sisi kita.  Betul tak? huhu



Keadaan Norma memang tak menentu, kejap ok pastu kang tak ok. Seingat aku la, ada sekali tu kak moon cite yang Talib macam dah hangin cikit la n dia marah kat isteri dia sebab dia selalu buat tak tau kat anak dorang, macam tak nak pandang, pegang atau pun main dengan anak dorang ( time tu Norma macam ok sikit, boleh duduk atas wheel chair). Sebab bukannya apa, dia macam kesian kat budak tu, dah la dari lahir memang dah kurang kasih sayang mak, pastu isteri dia plak cam wat tak tau je. Mungkin la tym tu Talib bukan nak marah cane, cuma dia kesian kat anak dia tu n nak bagi Norma tu sedar sikit. Dan dari side Norma pulak kita tak tau ape yang dia rasa, mungkin dia rasa down n tak sampai ati nak pandang anak dia sebab dia rasa yang dia tak boleh bagi kasih sayang kat anak dia macam yang sepatutnya, pastu mungkin dia pikir yang dia mungkin tak lama lagi kat dunia. Tu apa yang aku rasa la, sebab kalau aku kat tempat Norma pun, mungkin aku rasa camtu, ye lah bila dalam keadaan macam  tu, macam-macam yang kita akan pikir.



Sebenarnya, sebab aku share kisah ni sebab aku memang tersentuh la dengan layanan Talib ni kat isteri dia. Maksudnya, walau apa pun yang jadi, dia tetap jaga n sayangkan isteri dia. Dia takde pulak nak abaikan atau tinggalkan isteri dia tu walaupun dia boleh je tinggalkan isteri dia camtu je kalau dia nak. Sebab benda ni dah jadi kat pakcik aku (adik mak aku). Tetiba pakcik aku jatuh n kena strok. Nak tau apa yang jadi, lepas je keluar hospital, isteri dia terus je bawak balik umah, bukan umah dorang tapi umah Opah aku (mak pakcik aku tu la), tau la dekat je dari Sungai Buluh ke Serdang tapi macam tak agak-agak je kan. Baru je dapat dugaan yang suami dia sakit, dah terus tak nak terima. Yang lagi zalim, isteri dia tak bagi pakcik aku jumpa anak-anak dia yang tym tu anak dia masih lagi kecik, lam umur 7-8 tahun ( 2 orang lelaki). Sampai la sekarang, dah dekat 10 tahun dah aku rasa, anak dia pun dah besar panjang. Padahal dulu, dorang ni bukan main lagi, cam loving kaple je, tapi bila jadi macam ni, haishh….yang paling tak tahan, isteri dia tu Nurse koooot! huhu.


Sebab tu, bila aku baca kisah Norma & Talib, aku tak sangka, yang ada jugak lagi orang yang baik macam Talib ni. Sebab masa kita sihat, memang semua akan suka, tapi bila kita dah sakit atau ada apa-apa dugaan, tak mustahil kalau orang-orang yang kat sekeliling kita ni tetiba ‘tak wujud’. Tak kira la, suami ke, boipren kah, BFF ke…..Dan aku pun sama jugak, ntah aku boleh ke bersabar n ada di sisi bila benda ni jadi kat mak n bapak aku, adik beradik aku, boipren ku ke, atau kawan2. Aku tak pernah pun pikir camni, memang kisah dorang ni dah buka mata aku.


Dan untuk makluman, sebenarnya Norma telah pun meninggal dunia, lam pukul 12-1 pagi tadi. Aku tau bila baca entry kat blog Filla pagi tadi. Semoga Talib, dan keluarga redha dan dapat hadapi dugaan ni.  Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh-Nya.






~ AL-FATIHAH ~













Monday, May 21, 2012

Ulang Tahun Hari Penting Tarikh Keramat



Bila cakap pasal ulang tahun, ada banyak versi kan…ulang tahun kelahiran ( birthday nama gelemer nye), Ulang tahun perkahwinan ke perhubungan  ke ( Anniversary nama diberi)…..lau birthday je konpem banyak nak kena ingat, mak, abah, akak, abang, anak-anak buah lagi, tapi aku tak tau plak tarikh birthday nenek aku ( opah diberi gelaran) aah kan,bla list kan nama- nama tadi baru aku  perasan, aku x pernah tau pun. Dah la, Opah tu je satu-satunya yang aku ada, wan dengan nenek belah abah semua dah xde, meninggal. Huhu….. 


Ha kan banyak tul kan orang yang ada kat sekeliling kita, pastu lagi orang yang paling ‘dekat’ dengan kita x len x bkn, mest la Mr Bf….;). Terus terang, kalau besday ma,pa, kakak & abang2 aku, aku bley ingat lagi tapi bila masuk bab anak-anak buah, memang aku x berapa nak ingat, yang aku sangat ingat bulan je, tarikh memang sangat lah konpius…lau besday Mr Bf plak senang je nak ingat, sebab nye tarikh kitaorang sama cuma bulan je lain. Selamaaaat haha


Lau anibeseri plak, lau sape yang dah kawen, lebey la sikit nak kena ingat sebab ade tarikh bertunang & kahwin segala. Lau yang single lg senang ckit sebab ade satu baru. Ni pun aku senang jer nak ingat sebab tambah dua hari je dari tarikh masing2 pastu bulan mesti lagi ingat sebab bulan tu bulan yang sama kitaorang abis program GEMS….lagi skali selamaaat aku….heheh


Tapi kan, orang cakap pompuan je yang suka sangat dan bersusah payah nak ingat dan lau bley mesti nak sambut hari-hari penting ni kan. Tapi memang  betul pun kan. Laki memang kekadang xbrape nak amik berat sangat. Tapi aku rasa famli aku nih memang jenis yang x amik mudah pasal benda ni. Dari kecik sampai besar, mesti parents aku xkan lupa punya, kami yang 4 beradik ni semua penah merasa wat besday party ‘besar-besaran’ la jugak. Xde la besar mana, lau dulu-dulu wat majlis makan-makan panggil sedara mara dan jiran tetangga tu dah kira besar da la bagi aku. Pastu merasa la dapat hadiah banyak kannn…. Kira paling tidak pun, pa akan beli kek tak pun ma akan masak best sikit sebagai ‘tanda’ sambut la jugak ari jadi kami adik-beradik. 


Bila dah besar ni, kol je la. Kira walau pun kami ni dah besar-besar pun ma&pa tetap ingat jugak cam tu sebaliknya, kitaorang pun akan ingat dan at least kol dorang.  Tapi yang kelakarnya, lau tym besday ma atau pun pa, dorang yang akan kol kitaorang sebabnya, kalau pakai maxis kan dapat free kol waktu besday kita kan….So dah jimat dah duit prepaid aku di situ, tapi lau besday aku, aku tunggu je dorang kol aku, gila penting diri aku nih kan…hehehe


Sebenarnya, kita bukan nak orang ingat besday atau tarikh penting len sebab nak orang bagi hadiah. Tapi tu menunjukkan yang sejauh mana orang tu hargai kita. Itu bagi aku la, cuma lau orang kasi hadiah, tu bonus tuh, xbaik ‘tolak’ rezeki kannn…=). Aku cukup xbley blah lau aku tanya orang pasal umo mak & abah dorang, dorang bley blur. Da la xingat besday, tahun pun xtau, ni dah kira kes parah ni bagi aku, sangat parah okeh!! Lau besday aweks @ balaks mereka, ingat pulak kan.. haish pe la ngan ini olang kan, sangat xde sifat kekeluargaan btul kan…huhu. 


Nasib baek Mr Bf ingat je kan. Ye la lau dia xingat memang nak carik nahas ke ape, mahu aku ngamuk n majuk sebulan…aku kan suka marah-marah haha.  Xde la sampai camtu kan, paling x pun aku wat senyap je,majuk lam diam kot,  Ntah la sebab xpenah kena lagi kan.
Jadi marilah kita sama-sama ingat mengingati tarikh-tarikh azimat lagi keramat nih lam idup kita. Jangan nanti bila orang tu dah xde, baru la nak nyesal. Menyesal dulu pendapatan, nak-nak lagi yang berkaitan dengan mak bapak kita. Hargailah dorang sementara masih ada peluang lagi ni kan. Ye, aku ingatkan tuk diri sendiri jugak….







Friday, May 18, 2012

Harapan Seindah Sakura



Sekarang ni tengah giler dengar lagu harapan.  Penyanyi nye tak kenal . Tak tau la lau dorang memang popular cuma aku je yang tak tau kan…hihi. Tu pun dengar lagu ni bila jadi OST tuk cite Seindah Sakura….Best gak cite ni, mula2 ingat tak best. Sebabnye cite ni dah lebih kurang macam cite kat cerekarama bulan lepas, Menara Cinta. Jalan cite tak best, pelakon pun tak berapa nak sesuai & serasi jek ( Fasha& Fahrin), pastu pengarah pun same, jadi nye  ingat dua-dua cite ni ade kaitan rupa-rupanya memang sangat lah berbeza, pelakon n pengarah jak yang sama.



Memang Seindah Sakura ni lagi best la, kelaka bila bab si fahrin asik la nak cari salah dan tak puas hati dengan fasha ni, pastu sedih dengan hidup  fasha  yang sangat la daif nye. Nak2 bila tengok scene yang member sekolah fasha bagi dia nasi lemak tapi dia cuma makan separuh, yang lebih dia simpan sebab nak bagi kat kucing dia katanya, aku ingat betul la kan, padahal dia nak bagi kat moyang dia. Gile sedih wei…=(……..Tapi minggu depan mesti da xbrape nak best sangat sebab nye fahrin da tau ‘kisah hidup’ fasha, mesti dia da tak cari ‘pasal’ dengan dia dah kan…. Tapi pape pun mintak2 la cite ni makin best.



Ku akhiri n3 ni dengan ost cite ni la ye aka lagu ~ HaRaPaN ~






pssstttt***Bila cakap pasal harapan ni, banyak betul harapan kita lam hidup nih, sbg manusia yang serba kekurangan ni memang normal la kot kan. Hanya bley berdoa dan usaha, harap tercapai hendaknya…aminnnnn




Monday, May 07, 2012

Seremban eh bukan, Melaka


Tajuk ala melatah ckit…hihi. Sebenarnya kan ari tu kunun nak g jejalan kat Seremban, tetapi  sesampai je kat Seremban, lantas tetiba bertukar arah ke Melaka……Lam kete tido bla terjaga sedar2 da kuar tol kat Ayer Keroh, pastu nampak lak sign board ‘Taman Rama-rama’…Fuh sangat la terkezut tapi menten ‘macho’ sbb takut Mr BF memain, wat2 lalu je kat situ, tetapi alih2 dia benti kat situ…..wink wink! excited gilak! Hihi I lap u ketat2 la u! =) ( Ye, bukan senang nak dapat bf yang memahami n sanggup duw nak g kat taman cam rama2 yang dah ala2 zoo nih okeh, bley bikin jatuh saham katanye)

Kunun nama Taman Rama-rama, tapi macam2 ade kot, buaya la, burung, ular sgala. Patut la tym nak masuk, dengar makcik tu cakap ‘kate taman rama2 tapi smua ade buaya, burung bla bla bla….) hihi. Ok la tu, all for 1….Tiket lagi murah dari Butterfly Park kat KL, tapi cam ntah pape sebab kamera pun kena caj, bek tipu je kate xbawak, lau guna kamera DSLR xpe gak kan sebabnye, dorang bukan check puun!

Tapi besh woo bla masuk lam ‘rumah’ rama- rama tu…bley ‘bergesel’ dengan rama- rama lagi…Tapi ku tengok ade gak orang yang takut@geli ngan rama-rama, xpaham akuh…Rama-rama je kot, bukan dia gigit, patuk, sengat or pape pun….sebab tu ai loikeeee!!! Pastu melawat plak vinatang len kura-kura, ikan, buaya n cam gerun ckit bla masuk ‘rumah’ ular, geli+cuak kang tetiba terlepas, nyesal xsudah nnti…hihi

Tapi bley kate best gak la tempat ni, tapi tula, dah r cam terkono den sebab beli fridge magnet 3 = RM20….bila g kat A Famosa, tanya harga 3 = RM10, yang 4 = RM10 pun ade gak. Tapi takpe, yang ku beli design rama-rama, so memang xde kat tempat len, jadiknye xde la rasa nyesal sgt kan….(owh nak gak sedapkan ati) ;)




Sian rama-rama ni dah mati 




ku dapat pegang okeh rerama tu ;)

 banyak woo ikan kat situ


mud bergambo lam gua

ni plak harus la mud ala modelll hihi

sesat! dia je yg gedik nak amik pic ngn musang :p

burung kekwat- nampak je org nak amik gamba dia, dan dan je nak kembang kan sayapnye, tau la cantik!

Red Indian


Versus


Hang Tuah



- sekian -