Boleh dikatakan hari-hari kita akan mimpi, ni kategori
mimpi tym tido malam ye, bukan mimpi
disiang hari ye, harap maklum….;). Tapi kekadang ada jugak kita mimpi
tapi tak ingat cane mimpi tu. Kalau di kumpul la mimpi-mimpi yang pernah kita
mimpi, fuh memang tak terkata banyak kot. Ye la lau kata umo aku 20 tahun (ehem
ehem) hihi, ha kalau purata satu hari satu mimpi, dah bape kan. Jap nak
kira. Fuh lebey kurang 7300 mimpi woooo….banyak an!
Bila cakap pasal mimpi la kan, kekadang kita mimpi yang
pelik-pelik pun ada, kira macam-macam lah kan. Kadang mimpi benda-benda yang
kelakar kita pun akan tergelak sampaikan kita memang betul-betul tergelak. Ini
aku tak pernah plak jadi kan. Tapi memang gila seram kalau tetiba member kat
sebelah tergelak sorang-sorang lam tido, mau larikkk kan…hehehe. Tapi kalau
mimpi sedih dan menangis, bila terjaga aku betul-betul menangis memang pernah
lah kan.
Kalau dah mimpi tu kadang-kadang wat tak tau je, tapi
kadang cam terpikir la asal aku mimpi camtu ea? pastu nak gak tau ape maksud mimpi tu kan. Kadang-kadang kita share dengan orang
plak pasal mimpi dorang. Ha ni memang tak lain tak bukan, mak aku, kitaorang
memang suka share. Kekadang takde menda nak sembang atau gosip kan, kitaorang cite pasal nih. Aku pun
layan kan je la, sekali skala bukak topik ni pun best gak pe..hehe
Aku ada la terbaca pasal mimpi nih. Ni dari apa yang aku baca kat virtual friends ni la:-
"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang
menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya
kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka
citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia
mengucapkan Isti'azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi
itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya."
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.
Jadinya kalau kita mimpi yang baik-baik je la kita
bagitau orang, lau sebaliknya elok la diam kan aje.
***Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir
lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini
selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa.
Bukti kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya :
"Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman", maksud Surah al-Fath, ayat 27.
"Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman", maksud Surah al-Fath, ayat 27.
Secara umumnya, mimpi berlaku apabila seseorang itu sedang tidur. Boleh juga
berlaku dalam situasi lain, seperti ketika pengsan, mabuk, nazak dan
sebagainya, dengan syarat physically unconscious or semi-conscious.
Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma
yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali
dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata
'menjenguk' (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang
tidur masih bernafas. Ibarat seseorang yang kakinya berada dalam air tapi dari
kepala sampai ke pinggang berada atas permukaan air. Atau, ibarat kaki kanan
kat dalam air tapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang
bermimpi, sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi
berada di luar tubuhnya.
Manusia keseluruhanya bermimpi, hatta makhluk Allah swt.
yang lain pun bermimpi, kucing dan sebagainya. Kadangkala mimpi itu
menggembirakan dan kadangkala tidak, kadangkala mimpi itu tidak dapat difahami
dan di tafsirkan, kadangkala mimpi itu juga penuh misteri dan simbolik
sehinggakan agak sukar bagi kita sebagai umat manusia untuk menafsirkan makna
di sebalik setiap kejadiaan mimpi tersebut.***
Betul kan, banyak kan kita bley jumpa tafsiran mimpi ni, dari buku-buku (memang tak lah aku nak
beli) pastu kat internet lagi la banyak. Tapi sekadar saja nak baca, sebab tak
tau kan betul ke tidak. Yang penting, saja je nak amik tau, manusia kan ada sifat
ingin tau yang amat mandalam dan semula jadi ni kan… =)
Ni la antara tafsiran mimpi yang aku pernah mimpi,
just saja nak share kat sini. Mimpi yang aku ingat sampai la sekarang. Alkisahnya bermula bila sejak dari dulu aku
memang cam teringin sangat nak ada baby, nak dapat adik memang da tak bley da…yang
akan jadi pasti pun kalau amik anak angkat. Bukan mak aku yang amik anak angkat
tapi aku. Kalau aku cite kat orang mesti dorang ingat aku tipu tapi percayalah,
aku memang sampai ada niat nak amik anak angkat bagai. Ye amik anak angkat
memang niat yang suci murni lagi tulus, tapi masalah nye tym tu aku baru
belasan tahun yakni baru umo 13-15 tahun ma….
Dan lagi satu, kalau aku tengok @ baca pasal berita orang
buang baby la ape la, aku sampai terpikir la (lam ati) lau dorang taknak baik
bagi kat aku baby tu. Aku pun tak pasti apa yang aku terpikir kan tu sekadar
cakap atau dah jadi niat aku. Sebab tu aku sampai termimpi aku buaikan baby,
maksudnya aku tidokan baby kat lam buai, tapi muka baby tu aku tak nampak. Seingat
aku, bukan sekali aku mimpi benda yang sama tapi dua tiga kali gak.
Ini dia tafsirannye: Jika anda bermimpi melihat, memelihara,
mempunyai mendengar anak,
alamat suatu keuntungan akan segera datang kepada anda. Apalagi kalau
anda bermimpi mempunyai anak lelaki. Mimpi melihat anak-anak
bermain bermakna akan mendapatkan jodoh.
alamat suatu keuntungan akan segera datang kepada anda. Apalagi kalau
anda bermimpi mempunyai anak lelaki. Mimpi melihat anak-anak
bermain bermakna akan mendapatkan jodoh.
Nota kaki: aish asal la aku tak mimpi melihat anak-anak bermain kan…hihi
Lain-lain mimpi dan tafsirannya…….
Menurut satu pendapat orang bujang yang bermimpi mati
menunjukkan dia akan berkahwin, sedangkan orang berkahwin yang bermimpi mati
menandakan dia akan bercerai. Ini kerana jika terjadinya kematian akan
terjadilah perpisahan. Begitu juga orang
yang berkawan intim (pasangan kekasih) bemimpi mati menandakan mereka akan
berpisah.
Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati tanpa didahului
sesuatu penyakit dan hal-hal yang menyebabkan kematian, bererti umurnya masih
panjang. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belum mati bererti sudah dekat
ajalnya. Jika orang yang bermimpi itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak
mati untuk selamanya, maka dia akan mati dalam perang sabilillah.
Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangis, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Bemimpi melihat tangisan mereka itu menunjukkan terjadinya sesuatu yang menggembirakan bagi mereka. Menurut satu pendapat bemimpi melihat matinya lagi orang yang sebenarnya sudah mati menunjukkan akan matinya salah seorang keluarganya.
Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangis, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Bemimpi melihat tangisan mereka itu menunjukkan terjadinya sesuatu yang menggembirakan bagi mereka. Menurut satu pendapat bemimpi melihat matinya lagi orang yang sebenarnya sudah mati menunjukkan akan matinya salah seorang keluarganya.
Ok ni aku nak cite sikit pasal lagi satu mimpi yang memang
betul-betul jadi. Waktu tu aku form 2. Waktu tu aku ada kat umah arwah nenek
aku ( blah bapak ku). Pastu datang la
sorang atuk ni, dia ni kira sedara kitaorang gak la tapi dia memang rapat
dengan arwah tok wan & arwak nenek aku. Waktu tu nenek aku ada lagi. Bila
dorang ni dah sembang bagai tetiba dia bukak cite pasal mimpi dia. Dia cakap dia
mimpi nampak orang gali kubur kat sebelah kubur arwah tok wan aku, pastu bila
dia tanya sape yang meninggal, orang tu cakap, ‘orang yang terdekat’ maknanya
dalam ahli keluarga kitaorang la kan. Bila aku dengar tu memang fuh tak tau nak
kate ape dah kan, mmg seram+takut. Tym tu, aku takdelah join dorang sembang,
aku ada la dekat-dekat situ, kes terdengar la ni kan…hihi. Nak pulak atuk tu setail
cakap kuat-kuat punya, ala-ala orang kepoh bercakap…hehe. Pastu aku pun cite la
kat mak aku, mak aku diam aje. So aku pun diam la kan, n da lupa pun pasal tu.
Tapi nak dijadikan cite, tak bape lame (aku pun tak ingat bape lama tapi
mungkin lam sebulan dua macam tu) pastu nenek aku sakit n meninggal. Masa tu
aku teringatkan pasal mimpi atuk tu dan memang kubur arwah nenek aku kat sebelah kubur arwah tok wan aku. Mungkin ini kebetulan, hanya Allah je yang
tau. Aku cuma nak share je pasal ape yang aku pernah alami kan.
Kesimpulannya,
mimpi ni mungkin mainan tido semata atau mungkin juga satu petanda. Rasanya
elok ler jangan terlampau taksub nak cari dan percaya dengan segala tafsiran,
bukan pe, takut lain plak kan jadiknyer.Macam yang kita dah sedia maklum, semua
kejadian dan takdir serta ajal maut adalah rahsia Allah swt. Kita boleh berdoa
sebagai satu medium atau permintaan kita kepada-Nya. Wallahuallam.
Ni ada adab-adab ketika lepas bermimpi seperti mimpi tersebut amat menghantui kita, disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :
Ni ada adab-adab ketika lepas bermimpi seperti mimpi tersebut amat menghantui kita, disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :
1.
Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)
2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.
4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu) dan berdoalah agar kita dijauhkan dari musibah dan bencana serta mintalah yang baik-baik serta perlindungan dari-Nya.
2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.
4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu) dan berdoalah agar kita dijauhkan dari musibah dan bencana serta mintalah yang baik-baik serta perlindungan dari-Nya.
Psst: no 1 & no 3 tu paling senang kita nak amalkan. Selamat beramal!!!
No comments:
Post a Comment