Tuesday, November 27, 2012

Liyana Fizi vs Natalie Imbruglia = Torn




 
Liyana Fizi


vs



 
Natalie Imbruglia




Dua lagu yang sama tapi result nye berbeza sebab dinyanyikan oleh orang yang berbeza. Ternyata aku lagi lah suka bila liyana yang nyanyi, versi akustik gitu, lagi best. Betul tak? =)












Friday, November 23, 2012

Al-Fatihah





Salam. aku baru dapat tau yang mama kepada kawan baik aku (ina), telah kembali ke rahmatullah. Aku tau pasal ni pun dari member. Tadi try kol ina, tak jwb, aku whatsapp dia, smbil taip menitik2 air mata kuar, sgt sedey. Dia xbls pun tapi aku nmpk status dia tgh typing tp xde pe pun satu msj dari dia. Aku phm dia mgkin sgt sdey n xtau nak bls camne. Yang paling sedih, ina tengah menghitung hari bahagia dia, awal bln dpn dia nak bertunang n bln 3 plak, nikah. Tak tdpt bygkan camne dia rasa skrg n harap dia redha dgn ketentuan Allah swt. Aku stalk kat fb adik dia, wan, rupanya mama dorg pegi pkl 12 lbey tgh mlm, n dorg sdar pukul 3 pagi, mungkin mnggal dlm tido. Wallahualam.Ya Allah kau cucurilah rahmat ke atas rohnya, tempatkan dikalangan org yang beriman. 
~Al-Fatihah ~





















Detik-detik terakhir kewafatan Nabi Muhammad SAW - Ustaz Don Daniyal Don Biyajid






Semalam jalan-jalan kat you tube, ni lah hasil penemuan....~Selamat menonton ~








sumber : you tube

Thursday, November 22, 2012

kamoo yg bernama lelaki part 2












Assalamualaikum...okay ni saja lah nak berkongsi cerita benar yang sebenar-benarnya. Ye ia adalah berkaitan dengan lelaki. Atau pun untuk pompuan pun boley, itupun kalau dia adalah perokok tegar ye kawan-kawan. Pada suatu hari tu, kitaorang dok bersembang-sembang kat pantry dengan opis mate termasuklah salah sorang bos laki nih. Melayu-umo 40an-berkahwin-anak tatau bape org-lulusan luar negara. Ceyh detail gila kan. ok xpe, menambah pengetahuan tu namanya. Bila sembang2 tu ntah macamana, tercakap pasal merokok. Dia cakap dia dah lama gak smoking dari darjah bape ntah, tapi sekarang xmerokok dah TAPI depan bini je lah dia dah tak merokok, bila belakang bini, apelagi merokok ler .  Kenapakah? Tentunya bersebab. Sebab nye, dia dah terlanjur berjanji dengan bini dia nak berhenti merokok masa mereka menjadi tunangan. Jadi sebelum kawen kena lah benti. Bila dengar tu memang tergelak lah. Tapi gelak2 gak dalam ati dok pikir, sesungguhnya lelaki dan rokok memang tidak dapat dipisahkan......moral of the story? Jangan paksa dorang suh benti tapi mulakan dengan mengurangkan kuantiti, tapi kalau tu pun tipu gak tak tau lah. Hanya Allah dan dia sajalah yang tahu...gitu......






Monday, November 19, 2012

Liyana Fizi vs Beto Kusyairy



Assalamualaikum wbt....Sekarang ni ade masalah baru, susah tul nak tido. Kalau letak pale bley tido kira alhamdulillah ye itu memang bukan masalah lah, masalah bermula bila kang tetengah malam akan terjaga pastu susah nak tido balik jadi persoalannya sekarang, apakah? Susah lah camni, dah lama tak jadik cani, camne nak kembali kepada normal ye? Sape - sape ade tips bernas tulun lah share.

Tapi takpe, tolak tepi jap permasalahan sahaya itu ye, yang penting hati berkobar-kobar nak citer pasal dua orang seperti nama yang diatas itu ( sila rujuk tajuk n3 ni ). heheh



Beto Kusyairy

Owh sya mula suka kat mamat nih bila tengok citer aku dia & tong sampah....Best citer ni, aku rasa dia nih bakal pengganti Aaron Aziz. Memang kool + macho habis okeh dia nih blakon. =)


Dalam citer nih dia ada nyanyi satu lagu tatau tajuk ape. Tapi inilah video nye, Terus cair bila dengar! hahaa



Lalu  bila tengok citer nih tetiba terperasan satu lagu. Sedap! Pastu tengok citer Hatiku di Kinabalu pun ada lagu nih. Citer ni dah dua kali tengok tapi kenapa tak prasan pun aa lagu sedap nih. Nak tau lagu apekah? 


Jatuh - Liyana Fizi

Best an? Tapi rasanya kalau part yang dia nyanyi ' tak ku mampu tak ku mampu' tu xde pun lagi baik, tapi mungkin dia nak wat unik skit kot, tapi masih bley diterima. Kalau dengar part tu mesti tringat lagu Penakut - Yuna 'Ini tidak adil tidak adil' hah gitu lah gaya nya...haha Terus gugel lagi lagu-lagu dia...Memang best - best okeh macam lagu This feeling & Light writing. Okeh da bley masuk lam list artis pujaan selepas Yuna =)

























Wednesday, November 14, 2012

Oh My Metro - Berang isteri kerja




Salam. Bila baca metro tadi siyes rasa terkejut. Macam-macam sangat sekarang ni. Pasal bini pegi kerja pun nak jadikan isu sampai pukul2 sgala. Tapi mungkin ada sebab lain yang kita tatau, hanya Allah, si isteri n si suami ajelah yang tahu...


"KUALA LUMPUR: Berang isterinya bekerja pada hari minggu, seorang lelaki berusia lewat 30-an bukan saja menumbuk, malah turut menyepak terajang wanita terbabit dalam kejadian di rumah mereka di Pandan Ria, di Ampang Jaya, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pembantu pengurus di sebuah syarikat swasta disambut suaminya di rumah dengan maki hamun sebelum memukul wanita terbabit hampir 10 minit.Menurut sumber, mangsa terpaksa keluar bekerja pada hari berkenaan disebabkan ada masalah di pejabatnya.
“Si suami (suspek) yang pulang ke rumah kira-kira jam 8 pagi (Ahad) berang selepas mendapati isterinya tiada di rumah.
“Lelaki terbabit menghubungi wanita berkenaan sebelum dimaklumkan mangsa bahawa dia berada di pejabat bagi menyelesaikan beberapa masalah,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang pulang ke rumah kira-kira jam 11 malam menambahkan kemarahan suaminya itu.
“Sebaik tiba di rumahnya, mangsa dimaki hamun suaminya itu. Biarpun cuba ditenangkan wanita berkenaan, suspek yang hilang pertimbangan terus menumbuk dan menyepak terajang wanita terbabit."


Gitu lah petikan pasal berita tu dari metro. Kalau nak tau lebih lanjut silalah bukak website my metro onlie ye. 

~Sekian ~



















sumber : hmetro.com.my 2012/11/14

Mimpi Cinderella








Kalau sesape yang rajin tengok citer Mimpi Cinderella kat tv3 tu tau lah lagu ni. Best kan lagu nih, citer tu plak ok lah, tuk mengisi masa lapang sessuai lah tengok. Apepun layan kan aje lah lagu nih ~

Wednesday, November 07, 2012

sejarah tak mungkin berulang ~ Mimaland







Assalamualaikum......Tajuk etry arini adalah Mimaland. Ada sesape tau pasal Mimaland? Kalau sesapa yang seangkatan dengan aku yakni baru je tau pasal ni,  memang syabbas, kita serupa, tapi kalau yang tak tau tu, pun syabbas jugak... :P 


Mimaland ni nama singkatan bagi Malaysia In Miniature Land. Al kisahnya Mimaland ni di bina pada tahun 1970an....ni lah taman rekreasi paling ohsem lagi popular dulu. Aku syak mak n abah aku mesti pernah pegi ngedate kat sini haha. Ataupun paling kurang penah la plan nak ngedate kat sini tapi tak kesampaian ke, pun bley jadi jugak. Macam aku la, sampai sekarang tak sampai2 genting lagi. Dari zaman studi dulu, plan bagai nak rak tapi tak jadi atau pun memember pegi tapi aku yang tak jadi pegi. owh sgt sadis disitu....Tapi xpe, nanti bila balik aku nak selidik sikit kat mak pak. Tapi mak aku tak pernah plak citer pasal nih. Ntah pun pernah tapi aku je tak ingat...huuuh. Eh tapi mak aku ni rajin tau cerita kat aku pasal kisah hidup+cinta dia dulu, nak2 pasal cane dia kenal abah, cane kat mana dorang ngedate n macam2 lagi lah, bley buat entri kot?! 


Tapi kan kalau nak tau, kira hebat jugak lah Mimaland ni sebab ada kolam renang yang terbesar di Asia Tenggara pastu ada papan luncur air gergasi lagi *bley tahan tinggi lah gak tapi tegak je, takde simpang siur mcm sunway lagoon*dan ada jugak tasik, kat situ bley lah buat aktiviti bersampan, mancing dan yang paling cam terkesima sebab ade Giant Maze, tak tau lah cane lah gambaran nye kan, tapi mesti best kan, pusing-pusing cari jalan keluar macam video klip kumpulan Tilu yang ade neelofa tu n rasa-rasanya aku tak jumpa lagi Giant Maze kat mesia ni. Ke ade? Tapi yang paling pemes mesti lah Taman Haiwan Prasejarah. Owh ni dikatakan paling popular lah masa tu sebab ada dinasour sgala.




Tapi setakat itu jelah cerita Mimaland sebabnya pastu kena tutup sekitar tahun 1994. Ingatkan sebab tak berapa laku rupanya sebab ade lah kejadian yang tak disangka. Ada sorang warganegara Singapore maut masa naik papan luncur air gergasi tu kalau tak salah. Bila dah ragut satu nyawa, jadi plak tanah runtuh pastu dorang pun terpaksa lah tutup. Kalau tak, mesti Mimaland ni wujud lagi kan. Tapi sebenarnya memang wujud lagi Mimaland ni cuma terbiar cam tu je. aish memang tak patut....

 Pastu kalau korang pernah tengok citer Tuan Besar, Gila-gila Remaja, Mekanik & Tempo 88 tu, mesti korang akan ternampak lokasi Mimaland ni jadi tempat shooting. Ye la time tu tengah pemes dan menjadi sebutan ramai maka haruslah menjadi pilihan pengarah pada masa itu....



aku penah lah tengok cite Gila-gila remaja ni tapi tak pernah nye tengok sampai abis....muahaha



gambar atas blah kiri tu lah pintu masuk Mimaland


Itu aje lah nak citer, kalau nak tau lbey lagi pasal nih, pepandai lah tanya mak pak, nenek moyang, mesti dorang akan rancak bercerita, ntah-ntah terkeluar rahsia g kat situ ngan skandal...hahaha
~Sekian ~


















sumber : arkib negara