Friday, December 28, 2012

보고싶다.....I Miss You.....Saya Rindu Kamu











Sekarang tengah ikut cite ni. Best sangat tapi tak bley lawan cite Take Care of Us Captain( Yes Captain ). Sebabnye cite Yes Captain ni bukan saja best tapi lagu-lagu pun best, semua stok bley layan lah. Tapi cite yang ni best jugak tapi lagu-lagunye ntah pape. Kekadang dalam drama @ movie ni, lagu pun penting jugak  sebab boleh menimbulkan feeeeel bila menontonnya. Kalau nak rate cite ni aku bagi 4.5/5 ( yg kurang 0.5 tu pun sebab lagu tak mengancam). Jadi sempena cuti di hujung minggu ni, bley lah anda-anda semua menontonnya ye...=)




Title: I Miss You
Genre: Melodrama, Romance
Episodes: 20
Actor: Park Yoo Chun as Han Jung Woo
Actress: Yoon Eun Hye as Lee Soo Yeon / Zoey















Tuesday, December 18, 2012

Dulu kini dan dot dot dot


Assalamuaikum. Mungkin lambat lagi nak masuk ke tahun 2013 tapi rasanya sekarang nih kan aku rasa sekejap je masa berlalu tau-tau je eh dah awal bulan, kelip-kelip mata sekali lagi eh dah ujung bulan. camtu lah hendaknye...... 

Tapi kan, walau bagai mana pun, aku rasa untuk pertama kali nya dalam hidup, aku nak mengumpulkan sedikit list untuk azam di masa mendatang. Owh nampak sangat selama ini aku xde azam kan *sabarjelah*. Bila usia semakin menginjak *aku xde lah tua sangat ye anda anda sekalian* baru aku rasa yang azam ni sangat lah penting. Bukan azam sangatlah tapi lebih kepada apa yang kita target atau nak tuk diri kita. Sebelum ni aku bukan takde langsung perasaan nak buat atau dapatkan sesuatu tapi aku ni jenis yang takut sangat aku akan kecewa bila tak dapat. Ye aku ni mungkin lah keras hati tapi aku tak bley trima kalau ape yang aku nak tak dapat. Sebab tu aku set kan siap-siap dalam kepala otak aku nih jangan mengharap apa-apa yang tak pasti dapat ke tidak. Tapi slalunya bila aku yang takde pape tapi persekitaran yang memaksa. Pening okeh!. 

Jadi sempena tahun baru yang bakal menjelma, aku tak kira aku nak list kan jugak ape yang aku nak, dan nak cuba lalu aku akan memastikan yang ianya akan menjadi nyata. InsyaAllah...amin. Tapi ape yang aku nak tu tak dapek lah nak dikongsikan disini kerana ianya sangat lah peribadi... Tapi aku tahu kamu - kamu di luar sana pun rasa cam yang aku rasa kan, ye lah setiap manusia mesti lah nak yang terbaik untuk diri sendiri. Dah penat tengok orang bahagia lagi berjaya, kita pun nak gak merasainya kannn. Ok jom kita berdoa bersama-sama.



Berikut adalah kronologi hidup sahaya


ni masa umo beberapa hari...saja mengedit sedikit supaya hasilnya tampak lebih comel ;)





ini plak umo 2-3 tahun kot bersama-sama abang yang tersayang bergambar dihapan umah tok wan yang  amat kami sayangi






ini plak bersama kakak yang bley tahan sayang lah dgn rakan-rakan taulan. kami sepakat memilih port depan rumah untuk mengabadikan kenangan zaman kanak-kanak kami. *Aku adalah yg plg kanan itu*






Pastu kemana plak gamba-gamba di kala umo mencecah belasan tahun? takde lah pulak dalam simpanan, balik nanti baru nak geledah sgala album yang ada. Tapi yang pasti semua perubahan dalam diri adalah fizikal sahaja. *hadoi ape pun takde*




Kepada anda semua jika ingin mengongsikan sepatah dua azam, niat anda amat dialu-alukan. Jadi silalah meluahkannya di ruangan komen ya.  ~Salam ~
















Wednesday, December 12, 2012

Saya Sayaaaaang Kucing Saya

1. Biyu ( nama pelat tuk biru)
Ni kucing omputih sebab bulu putih bersih pastu mata dia plak kale biru. Biyu ni mati tatau kenapa tapi dia mati atas pangkuan kakak ke mak aku ntah, dah lupa dah. Tapi yang paling aku ingat akak aku gila2 punya menangis masa biyu ni mati. Aku pun sedih gak la skit tapi takde lah nangis2 sgala, lagipun sebab xberapa sempat nak 'kenal' ngan biyu ni, umo dia kurang dari sebulan. Masa ni aku baru belajar-belajar nak bela kucing, nak pegang pun geli lagi. Tapi bila pegang anak ayam tak geli plak...haha Eh tapi aku bukan macam kakak aku, jumpa lipas jerit, cicak pun jerit, kira aku nih 'hebat' lah ckit muahaha


2. Nin (nama manja bagi kuning)


 

Yang ni memang aku sayang gila. Nin ni kale dia kuning keemasan +  putih. Kat kaki2 dia ada tompok putih macam pakai stoking putih (sila rujuk gamba di atas). Sangat lah comel. Dia ni pernah hilang sampai 2-3 ari, abislah kitaorang cari dia satu taman, sampai taman sebelah pun kitaorang pegi cari tapi tak jumpa. Satu malam tu, sebelum tido, aku punyalah betul2 doa, mintak Nin ni balik. Dengan kuasa Allah, tak sampai berapa jam tu, dia balik, semua satu umah bangun. Nin ni pun pegi kat setiap orang pastu gesel2 manja punya nak gtau yang dia dah balik. Memang sangat kesian sebab dia dah kebulur, pastu bulu dia penuh sawang2, kitaorang syak dia tersesat pastu terkurung kat mana2 agaknya. Kali kedua dia hilang pastu tak kembali dah........:(.

3. Cantoy ( ekor pendek + katik)
Dia nih kecik + pendek+ katik sbb tu digelar cantoy...comeyy je. Sukaaaaa sangat menyepahkan umah. Kalau nampak je paper kat bawah meja  kat ruang tamu, mesti dia koyak-koyak kan pastu abis berterabur segala atas lantai. Yang paling tak tahan nye, dia wat 'projek' ni bila xde orang. Kan pepagi smua g sekolah n keje, tinggal ma je lah. Bila ma dok sibuk memasak, bila g depan tetengok rumah dah selerak, ape lagi kena lah tempik. Pastu ma citer kat kitaorang, punya lah rasa nak gelak guling-guling. ye lah ma cakap waktu kitaorang kecik-kecik dulu pun umah tak selerak camni, ni baru bela kucing umah dah slerak * ye lah ma dulu garang kot, kalauada yang tak kena je, cubit, tak pun penampar sedas, jadi sape yang berani wat onar? hihi*.  Pastu dia pun jejak langkah Nin, keluar rumah tak balik-balik, tatau hidup ke mati ke

4. Cheeta (bukan cheetah ye)
Cheeta ni, kira antara kucing yang hansem lah, belang-belang dah macho macam cheetah pastu bulu plak warna perang. Memang di sukai ramai lah. Dia ni abang kepada cantoy. Kalau si cantoy keluar, dia akan tunggu cantoy ni depan pintu, pastu bila cantoy balik, dia akan terkam pastu cam bising-bising *gaya cam marah si cantoy ni asal lambat balik*. Kucing pun pandai jaga adik..Pastu satu ari tu dia eksiden, ekor dia kena langgar, memang hancur, tinggal separuh je...Sampai 'sistem pembuangan' dia terjejas, dia xbley kawal tuk buang air kecik n besar. Sian sgt, bawak g klinik elok je duduk dalam cage, redha je orang nak bwk dia, mungkin sebab sakit n dia tau tuan dia nak tolong pulihkan. Tapi sayangnya memang tak dapat nak pulihkan, beberapa lama kemudia, dia mati...gila tragik kisah mamat cheeta nih...
Kira cheeta ni la last kitaorang bela kucing, pastu dah malas dah, satu hal nak bagi makan sampai bergaduh-gaduh manja dengan kakak aku sape punya turn kena bagi makan sgala, pastu bila dah bela kena lah sayang, bila dah sayang, kalau jadi pape mcm sakit ke hilang ke tak pun mati ke, kang satu hal nak sedey plak kan. so keputusan tuk tidak membela lagi adalah keputusan yang terbaik lagi muktamad. Sejak dah tak takde kucing, bapak aku slalu je citer kat ma, tadi terjumpa kucing kat pasar, comey lah kesian lah. Ma wat dek je, kang kalau layan kan, harus dia bawak balik kucing-kucing seperti yang diceritakan beliau. muahaha
Ini je lah kisah kucing-kucing peliharaan ku, kalau korang pun ade pengalaman bela kucing atau pun nak share pasal kucing peliharaan anda, silalah, memang amat dialu-alukan =)
 u sehmat lah bro ;)
pic: google image

Wednesday, December 05, 2012

Mari Kita Tonton Zaiton Ceritaku



 
 
 
 
 

Ari tu tengok muvi Zaiton Ceritaku. Bukan sebab aku peminat tegar zaiton sameon, tapi sbb nak tahu kisah hidup dia, nak-nak yang pasal dia n anak dia eksiden yang mengorbankan anak leleki dia tu. Tapi memang hidup dia berubah 360 darjah lepas kejadian tu. Sian + sedey. Kena tipu hidup-hidup dengan adik beradik lah, n memacam dugaan lah itu semua sebab utama adalah DUIT. Kalau sape yang tak tengok lagi, silalah tengok, gugel je. ~Sekian~



nota kaki: tp suka plak dengar lagu yang nadia aqilah nyanyi masa intro muvie ni, sedap okeh! tak tahu tajuk dia, tapi ni lagu fofular zaiton lah