Friday, May 31, 2013

Raja segala rojak *mengigau* *gigi*


Assalamualaikum....sekarang tengah kebusanan, walaupun ada assignment nak kena siapkan *ehem tetiba jadi student kembali haha* tapi malas nak buat, dah kata arini ari jumaat kan, mood nak cuti telah menebal dalam diri....Tadi baca blog Kak Di pasal mengigau, kelaka okeh dia cite. Pasal laki dia kaki ngigau, dari memula kawen sampai sekarang! Macam budak2 plak kan. Tapi tu la, bukan kira tua ke muda ke,dah kalau memang ditakdirkan dia tu jenis tido mengigau, memang tak bley nak buat apa la kan. Seram kan, kalau tetiba orang kat sebelah kita elok tengah tido tetiba bercakap kan?! Nak plak ngigau dia tu siap berjalan n bley plak turun naik tangga. Ni bukan kes seram lagi dah, kot jatuh ke tersadung ke, xke naya?!

Aku pun dulu kecik-kecik ade je kot mengigau...tido petang pun ngigau. Nak-nak plak time tu elok je disaksikan dek mak n akak aku, memang kena bahan lah cukup-cukup *ai kan mangsa buli* sob sob. Sekarang ni tak tau la aku ada ngigau ke tak, sebab takde pun sesapa konplen...heheh

Ha tetiba teringat pasal gigi. Sape pernah cabut gigi geraham? Aku tensi okeh bila kol klinik tanya berapa kos nak cabut bla bla bla...Tapi nanti mesti dorang tanya, macamana kedudukan gigi, baring ke kanan @ kiri? Aku macam ape kah soklan, gigih plak aku tau gigi aku tu sedang baring ke tido ke terlentang ke kan! Memang la dorang kena tanya soklan bernas tapi bodo tu tapi sori lah ai tak tahu! Tapi memang kebanyakan memang mahal la, sebab kalau cabut biasa ok la, tapi kalau kena minor operate, rate dia adalah rm800 ke seribu okes! Pengsan! Dah la kompeni cover dental rm500 sahajo. Kalau nak wat kat kerajaan, kena ari biasa, dah tanya gak kat Klinik Kesihatan Keramat tapi weekdays je, malas plak aku nak menambahkan jumlah terkumpul mc tahun ni...kata nak jadi pekerja cemerlanggg ;)

Pastu dua tiga ari lepas, ma ada kol, cakap kat umah ada jiran kat belakang umah baru pas cabut gigi, rm40 sahaja...Ting! Selalu kan harga cabut sebatang rm80-100 kan? Ting! So esok mungkin aku akan selamat berada di klinik tu....mintak-mintak gigi geraham aku yang ntah kan baring ke duduk ni, murah harganya....Amin...


Ni kasi gambar budak comey sekeping wat bahan nak gelak! Anak sapeeee la nih comey sangaaaaaat!




agaknya budak ni ingat dia kat dalam buai agaknya, tu lena je tido tu....awak ni cute la =)









Monday, May 20, 2013

This is what we call.....











I had a heart before I met you
Then I gifted it to you
Hope you know how fragile it is
So take proper care considering this
I have given all I had to you
Now it is up to you to keep or throw
You are the one Allah made for me
You are the one with the key to my soul
And you have made me nurture this goal
No matter what comes and goes
I shall never leave my place beside you





This is what we call.....LOVE







Thursday, May 16, 2013

Bukit Bukau Yang Tinggi = Bukit Tinggi




Assalamualaikum. Prasan tak, tiga empat hari ni panaaaaaas gila. Walaupun sekali sekala ujan, tapi panas nye ya ampun tetap terik. Yang paling panas stakat ni ari ahad lepas. Tapi walaupun panaaas macamana skali pun tido petang pada hari ahad tu tetaaaap lena! heheehe.

Nak citer ni, aritu saya telah pun selamat sampai ke Bukit Tinggi Resort. Rasa teruja? Terrrruja la jugak bila dah nampak bangunan-bangunan yang bertemakan Ferrrancisss itu =)





Pastu pegi pulak Japanese Village. Ingat nak naik shuttle je tapi punya lah lama menunggu, siap ada persembahan tak berbayar lagi. Nak tau ape, ada la group tourist ni, rasanya Iranian kot, nyanyi secara berkumpulan siap bertepuk tangan lagi dashat tak dashat nye?! haha. Penat tunggu shuttle tetap tak gerak gerak, kami pun gi la balik tempat parking, naikajelah keta sendiri, lagi senang,cepat & menyelerakan! ;)


Bila dah sampai, ada pulak cabaran yang menanti, kena pulak panjat bukit, bley tahan tinggi & jauh jugak la. Memang masa di awal pendakian tu rasa macam nak turun balik je tapi rugi pula kan, maka pasrah je lah.....
Kat area Japanese Tea House ni memang cantik la. Ada banyak batu-batu, kolam , air terjun...Yang geramnya kat kolam ikan tu, anak-anak ikan tu ada banyaaak pastu dorang dok lepak-lepak kat tepi airr, rasa macam nak tangkap je, comey sangat!


Tapi yang paling saya suka adalah dekat Japanese Village. Sempat lah cuba pakai baju kimono...Kat situ korang bley jumpa dengan Puan Director Auntie Kimono. Kenapa dia bertitle kan Puan Director? Sebabnya dari awal aku jejak kaki kat umah tu nama ape ntah Japanese Tea House kot? dia mula 'tunjuk belang'. Aku gi kat dia untuk pilih baju tapi dia dah pegang siap-siap kimono kale merah, aku cakap aku nak tengok dulu yang lelain, dia cakap yang ni ok sesuai dengan u bla bla bla. Dalam ati aku eh dia ni suka ati aku lah kan, nak gak la aku tengok kot kot yang lain lagi cantik ke ape ke kan. Tapi memang betul pun, yang lelain ntah hape hape je, jadiknya aku kembali lah ke beliau untuk ambik kimono merah menyala itu! Tu la kan, derhaka ngan orang tua lagi! haha


Bila dah pakai dia cakap boleh ambil gambar kat dalam umah dan  kat luar bagi masa 10min jek. Kalau nak tahu sebenarnya  kimono tu kena caj tau, seorang RM20, bebudak pun bley, bukan tuk dewasa je. Mahal gak kan?! Tapi dah potensi nak sampai ke Jepun adalah sangat lah tipis dan kalau nak beli pun motif sangat, kira ok la jugak bayar doploh hengget, merasa katanyaaaaa......


Aku pun amik lah gambar dalam tu dengan berbusanakan kimono. Maluuu ooo orang yang lalu lalang kat situ tengok. Pastu auntie ni pun offer kan diri tulun amikkan pulak gambar kami pastu aku pulak jadi model terjun. Macam di paksa-paksa okeh. Ayat glamer dia adalah - 'kneel down kneel down' (melutut) , 'lutut lutut' (melutut tapi sebut lutut je), 'diri diri' (berdiri).....Itu je direction dia, tapi kira pandai lah jugak dia amik gambar dan tau angle mana yang cantik. Dia ni orang Malaysia aku rasa cuma tak fasih cakap BM....auntie auntie isk isk isk



Sebenarnya misi utama nak pegi kat Japanese Village ni sebab nak try pakai kimono tu je. Dah jalan-jalan sikit pastu balik. Memang mood pun dah tak brapa mendalam sangat nak explore, kitaorang ada kat situ dalam 4-5 jam je kot, ke kurang? Tapi tetapppp menjadi percutian yang menarik =)


nota kaki: bila taip entry ni, baru teringat pasal kolam yang ada swan tu, tak jumpa la pulak & tak ingat sebenarnya.....rugi rugi. Lepas ni kalau ada sapa sapa yang pegi, jangan sesekali tayang gamba korang bersama swan itu, bley bawak bergadoh okeh? haha Tetapi, mungkinkah itu adalah alasan untuk pegi lagi?! ;) cekidauuutt!

















Thursday, May 09, 2013

Kuasa Luar Biasa




Kuasa Luar Biasa KISAH CINTA..

Dalam badan kita banyak air...... tp bila terluka, darah yg akan mengalir..
Dalam hati kita banyak darah...... tp bila terluka, air mata yg akan mengalir..


Saja je nak share quote ni kat sini, sebab macam sesuatu sangat....semua orang perlukan cinta tp tak siapa mahukan kecewa ~







BTW, sapa ada tengok cite Kisah Cinta? Fazura & Sam tu memang gabungan mantap dan cite pun bestttt! Baru tengok episod 1 pun dah meroyan nak tengok episod seterusnya! Aish =)










quote ni ehsan dari FB Kisah Cinta Lestary TV3





Wednesday, May 08, 2013

Klebang Coconut Shake VS Perdana Siswa Coconut Shake








dari kiri KLEBANG coconut shake dan kanan PERDANA SISWA coconut shake




Salam...sape pernah minum dua-dua versi coconut shake ni?! Apakah ada persamaan?? Kalau yang tak tahu, Perdana Siswa tu kat Uni Malaya. Yang pasti Klebang lagi sedap sebab ada banyak isi kelapa tapi yang satu lagi ni walaupun kurang isi tapi tetap layannn~