Thursday, May 16, 2013

Bukit Bukau Yang Tinggi = Bukit Tinggi




Assalamualaikum. Prasan tak, tiga empat hari ni panaaaaaas gila. Walaupun sekali sekala ujan, tapi panas nye ya ampun tetap terik. Yang paling panas stakat ni ari ahad lepas. Tapi walaupun panaaas macamana skali pun tido petang pada hari ahad tu tetaaaap lena! heheehe.

Nak citer ni, aritu saya telah pun selamat sampai ke Bukit Tinggi Resort. Rasa teruja? Terrrruja la jugak bila dah nampak bangunan-bangunan yang bertemakan Ferrrancisss itu =)





Pastu pegi pulak Japanese Village. Ingat nak naik shuttle je tapi punya lah lama menunggu, siap ada persembahan tak berbayar lagi. Nak tau ape, ada la group tourist ni, rasanya Iranian kot, nyanyi secara berkumpulan siap bertepuk tangan lagi dashat tak dashat nye?! haha. Penat tunggu shuttle tetap tak gerak gerak, kami pun gi la balik tempat parking, naikajelah keta sendiri, lagi senang,cepat & menyelerakan! ;)


Bila dah sampai, ada pulak cabaran yang menanti, kena pulak panjat bukit, bley tahan tinggi & jauh jugak la. Memang masa di awal pendakian tu rasa macam nak turun balik je tapi rugi pula kan, maka pasrah je lah.....
Kat area Japanese Tea House ni memang cantik la. Ada banyak batu-batu, kolam , air terjun...Yang geramnya kat kolam ikan tu, anak-anak ikan tu ada banyaaak pastu dorang dok lepak-lepak kat tepi airr, rasa macam nak tangkap je, comey sangat!


Tapi yang paling saya suka adalah dekat Japanese Village. Sempat lah cuba pakai baju kimono...Kat situ korang bley jumpa dengan Puan Director Auntie Kimono. Kenapa dia bertitle kan Puan Director? Sebabnya dari awal aku jejak kaki kat umah tu nama ape ntah Japanese Tea House kot? dia mula 'tunjuk belang'. Aku gi kat dia untuk pilih baju tapi dia dah pegang siap-siap kimono kale merah, aku cakap aku nak tengok dulu yang lelain, dia cakap yang ni ok sesuai dengan u bla bla bla. Dalam ati aku eh dia ni suka ati aku lah kan, nak gak la aku tengok kot kot yang lain lagi cantik ke ape ke kan. Tapi memang betul pun, yang lelain ntah hape hape je, jadiknya aku kembali lah ke beliau untuk ambik kimono merah menyala itu! Tu la kan, derhaka ngan orang tua lagi! haha


Bila dah pakai dia cakap boleh ambil gambar kat dalam umah dan  kat luar bagi masa 10min jek. Kalau nak tahu sebenarnya  kimono tu kena caj tau, seorang RM20, bebudak pun bley, bukan tuk dewasa je. Mahal gak kan?! Tapi dah potensi nak sampai ke Jepun adalah sangat lah tipis dan kalau nak beli pun motif sangat, kira ok la jugak bayar doploh hengget, merasa katanyaaaaa......


Aku pun amik lah gambar dalam tu dengan berbusanakan kimono. Maluuu ooo orang yang lalu lalang kat situ tengok. Pastu auntie ni pun offer kan diri tulun amikkan pulak gambar kami pastu aku pulak jadi model terjun. Macam di paksa-paksa okeh. Ayat glamer dia adalah - 'kneel down kneel down' (melutut) , 'lutut lutut' (melutut tapi sebut lutut je), 'diri diri' (berdiri).....Itu je direction dia, tapi kira pandai lah jugak dia amik gambar dan tau angle mana yang cantik. Dia ni orang Malaysia aku rasa cuma tak fasih cakap BM....auntie auntie isk isk isk



Sebenarnya misi utama nak pegi kat Japanese Village ni sebab nak try pakai kimono tu je. Dah jalan-jalan sikit pastu balik. Memang mood pun dah tak brapa mendalam sangat nak explore, kitaorang ada kat situ dalam 4-5 jam je kot, ke kurang? Tapi tetapppp menjadi percutian yang menarik =)


nota kaki: bila taip entry ni, baru teringat pasal kolam yang ada swan tu, tak jumpa la pulak & tak ingat sebenarnya.....rugi rugi. Lepas ni kalau ada sapa sapa yang pegi, jangan sesekali tayang gamba korang bersama swan itu, bley bawak bergadoh okeh? haha Tetapi, mungkinkah itu adalah alasan untuk pegi lagi?! ;) cekidauuutt!

















8 comments:

  1. Assalamualaikum yang. sheila tak pernah pergi sana tau. huwaaaaaaaaaaaaa nanti nak pergilah. bestnya awak jejalan time panas2 ni. hehehe ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Sheila....try la pegi, bestt oooo...ha tu la, 'sronoook' sgt jejalan masa panas! haha

      Delete
  2. wahhhh bestnyaaaaaaaaaaaa... comel je sis pakai kimono tuuuuu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel ke MD, bkn nmpk lg mengembang ke? hehe

      Delete
  3. wah..melancong sakan nampak..pasni da bole jd tourist guide la plak kan..:P

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. ye, xjemu mata memandang...hihi

      Delete