Tuesday, April 30, 2013

Ada apa dengan ~ LEGOLAND ~








Assalamualaikum wbt.....apa kabaran semua. Nak bagitau siap-siap, n3 kali ni hanyalah bersifat gambar lagi banyak dari perkataan.....untuk makluman anda-anda saya telah pun selamat kembali dari Legoland hihi. Asyik baca orang punya review pasal legoland tapi tak terniat pun nak gi *eksen* tapi bila ada orang paksa-paksa suh pegi baru terbuka hati nak pegi *ini semua poyo*! haha

Benda pertama yang kena pikir semestinya harga tiket. Harga untuk dewasa RM140 tapi kalau warganegara Malaysia, maknanya kena tunjuk ic masa nak beli tu, dapatlah diskaun RM20 jadi RM120 + voucher makan RM10. Tapi kami cuma kena bayar RM91 SAHAJA sebab ada baucer diskaun 35% dari MAMEE MONSTER. Sangat berbaloi disitu.

Perkara kedua haruslah penginapan. Ni yang paling tak bley blah nak pilih sebab haruslah nak yang paling jimat tapi selesa. Kami dengan konpiden nye g la kat Tune Hotel, Danga Bay tapi malangnya tahap konpiden kitaorang tak berapa tinggi, terpaksa hampa sebab bilik semua penuh! Jadi beralih lah kami dari Tune ke Golden Leaf Hotel, tak jauh pun, sederet je dengan Tune. Yang kat sini memang hotel budget la pastu ada bilik tuk backpacker. Harga starting RM48 sampai berapa tak tahu la. Tapi rasanya bawah RM100 kot.

Setel bilik, marilah kita pergi ke Legoland @ LL!!!!

Dari hotel nak ke LL ni dekat je tak sampai 15min je pun. Masa sampai-sampai tu rasa macam gila low profile, memang macam tak menarik je, macam indah khabar dari rupa. Pastu orang pun tak ramai, siap parking pun bersepah lagi tempat kosong, punya sikit keta. Kitaorang bley plak decide, cuba tengok & intai-intai dulu dari luar, kalau tak berapa best, nyah je dari situ! haha

Tapi bila dah sampai kat pintu masuk LL, ternyata meleset, ramai je orang pastu cam happening lah jugak. Jadik kami pun seraya lah ke kaunter tiket, bagi baucer mamee tu pastu bila dah masuk dalam, g lak kat customer service, tuk amik wristband bercop legoland. Yang ni  musykil sikit, asal kitaorang je yang pakai menda alah tu sedangkan orang lain tak pakai pun, ke sebab dorang semua tak tahu atau malas nak pakai *menjadi tanda tanya sampai sekarang*



~MiNiLaNd~




Antara GAME yang ada:

1) Dragon Apprentice -
 Ini roller coaster mini, tapi gayat gak

2) The Dragon 
Yang ni lagi tinggi tapi boleh tahan gayat kot. Ni bagi orang yang gayat macam aku ni memang apa pun tak boleh. Nak tercabut jantung rasanya! Eh bukan tu je, rasa macam nak melayang je

3) Lego Technic - Project X 
Aku tak naik sebab gila gerun, dah la ada 4 seater je, memang tak lah aku nak naik!

4) Dino Island
Game paling last kami main. sebab nya ia adalah sangat merbahaya, sesiapa pun dilarang meniru aksi bla bla bla *tiru ayat abang aaron*. Bukan ape, yang ni memang wajib basah lah, walaupun ada je orang yang nak naik tu ye ye je pakai baju ujan sorang satu, tapi tetappp basah! Tapi tak mengapa sebab BEST! Tapi waktu mula-mula gerak tu, kita akan tempuh gua dan dalam tu ada la patung dinasour gerak-gerak sikit....Lepas tu kalau nak keringkan baju boleh je pegi kat mesin pengering, kena caj RM5, tapi xpayah pun takpe, sebab sekejap je, pastu bukan bley kering pun, last-last kena jugak pegi toilet tadah la baju n sluar semua kat hand dryer.

Pic atas kanan tu la Dino Island

5) Lost Kingdom
Bendalah ni sebenarnya main tembak-tembak guna laser. Aku mula-mula masuk dalam tu punya cuak ingat kan menda lah kan, kot umah antu ke kan, sebab gelap je lagipun sebelum masuk memang main beratur je,ikut orang ramai dok beratur, kitaorang pun join sekaki. Pastu sebenarnya kat seat tu ada lah skrin tunjuk markah yang kita dapat. Aku punya markah? tak payah tanya, sebab ingatkan sesaja je, dah nak keluar baru prasan rupanya ada markah! 

***Nota kaki: Setiap game di atas ni ada je camera amik gambar kita, kalau berkenan bley lah beli, tapi percaya tak, semua gambar aku naik menatang ni merujuk pada game 1,2 & 4, semua gambar aku mest tutup muka, badan senget-senget. Tengok-tengok jap gambar kat skrin, pastu cecepat blah, malu kot!

6) 4D Movie 
Best la jugak, dia macam panggung wayang la, tengok movie 4D pendek, citer katun, Legend of Chima. jadik semua orang dapat lah sorang satu spek 3D. Yang ni real la jugak, kalau ujan, kita pun akan merasa lah kena pancutan hujan, pastu ada buih lah, sejuk kot, dah la beraircond pastu ada plak angin, tapi ok gak bley lah jugak bagi kering kebasahan yang dialami itu.

7) Lego Tower

Ini view dari Lego Tower


Fakta atau Auta

1) Orang cakap LL ni tak best - Auta
    Sebab nya aku rasa best kooot! Kalau orang compare kan dgn USS memang lah jauh panggang, agak-     agak la, konsep pun beza, USS lagi besar pastu lebey pada karaktor katun n movie siap ada lost world  harus keterujaan tu lebih tapi yang ni bertemakan LEGO semata

2) Game tak mencabar - Fakta
Kalau rasa nak mencabar sini bukan lah tempatnya, sila lah ke Genting. Dekat sini kira tuk parents bawak bebudak tapi kekita pun ok je, lain dari yang lain, dunia lego gitu. Kalau yang gila bergambar tu sesuaiii bangat!

3) Orang beratur panjang kat Kaunter Tiket - Auta
    Nak tahu tak, masa kami datang tu memang kosong kaunter dia, lagi pun berderet je kaunter yang buka, tapi tak pastilah mungkin kami datang pun dah lambat, kalau pepagi mungkin lah kot ramai, jadi datang je lah pukul berapa yang anda suka.

4) Barangan mahal - Fakta
Memang menjadi lumrah lah kalau tetempat camni barang dia konpem mahal. Harga FM ada la dalam RM50 sekeping.

 5) Khidmat Cameraman - Fakta
Kalau nak tangkap gambar, jangan segan-segan, memang bersepah ada cameraman yang boleh tolong ambilkan guna kamera kita, tapi dorang pun akan amik juga guna kamera dorang untuk korang beli tu pun kalau nak la. Tapi nak mintak tolong ambilkan gambar tu memang tak menjadi masalah malah free sahaja!

6) Toilet bersih - Fakta
Memang boleh tahan lah tahap kebersihan, memalukan lah kan kalau tandas kat situ kotor

7) Medini Mall tak best - Fakta
Mall ni kecik je pun, ada lah secret recepi, kepsi n butik-butik pakaian yang branded beberapa buah. Tapi ye lah, motif dia nak buat besar-besar kang orang fokus nak bershophing lak dari masuk LL

8) Beli tiket online lagi murah - Auta
Tapi yang ni tertakluk pada terma & syarat lah ye. Tapi kalau sesapa plan nak pegi dalam masa terdekat ni boleh la beli pek mamee monster banyak-banyak yang harga RM3 camtu bley dapat baucer 35%, jimat banyak kot tapi yang ni sampai bulan Ogos je kalau tak salah. Tapi untuk satu baucer bley claim untuk satu tiket sahaja



Sekian lah sahaja dari saya untuk anda semua. Boleh lah kot jadikan bahan bacaan kot2 korang tengah mood tak baik, bley gak release, ke makin kusut?! haha


















Friday, April 26, 2013

Senyum, tak perlu kata apa-apa



Assalamualaikum......disebabkan sekarang ni tengah panas membahang nye lah sangat demam ngundi, jadi saya tujukan khas video ni kepada anda2 semua terutamanya yang kali pertama nak ngundi macam saya.....vid yang kelaka tapi penuh maksud tersirat lagi tersurat......senyum seindah suria yang membawa cahaya ~ lalalala













Friday, April 05, 2013

Adakah ramalan ku benar belaka?!....




Salam....Korang, ahad ni ABPBH kan, jom main teka-teka nak sapa yang bakal menang nanti *gigih*. Ala saja suka-suka, mana tau, ramalan ku dan kita-kita benar belaka ;)


Senarai Top 5 ABPBH 2012

Artis Baru Wanita Popular
1. Ainan Tasneem

2. Emma Maembong  * ada potensi

3. Hanez Suraya

4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal



Artis Baru Lelaki Popular
1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam * pun ade potensi
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar


Penyanyi Wanita Popular
1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna 
* wlu pun shila up skrg tp ttp xbley kalahkan yuna


Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz * byk menang award thn lps
5. Hazama


Artis Duo/Berkumpulan Popular
1. Black & Malique * pun sbb lagu hits giler
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif


Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah * sbb saya sukaaa 
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha


Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy  * tolonglah kalahkan AA

4. Fahrin Ahmad
5. Johan As’ari


Pelakon Filem Wanita Popular
1. Lisa Surihani  * sbb filem Istanbul Aku Dtg

2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin


Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak * konpem


Artis Komedi Wanita Popular
1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak  *mungkin
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira


Artis Komedi Lelaki Popular
1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak * sangat konpem


Pengacara TV Wanita Popular

1. Adibah Noor

2. Didie Alias

3. Fara Fauzana *konpem kuasa dua
4. Neelofa

5. Sharifah Shahira
Pengacara TV Lelaki Popular
1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak *pasti boleh


Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana  * konpem kuasa tiga
4. Linda Onn
5. Raja Azura


Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Ag
2. Faizal Ismail  *xsure ntah2 johan
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

Bintang Popular 2012
Zizan Razak  * saya pasti!

Itulah dia senarai pemenang mengikut firasat ku. Anda pula bagaimana?