Wednesday, August 28, 2013

Poliandri vs polident



















Salam
Ape perkabaran
Aku baik baik aja
Semangat plak nak update pepagi lah pulak kan
Sebabnya aku terbaca satu artikel 'menarik' skali
Pasal Poliandri
Apekah?
Korang tau x?
Mesti korang tak tau kan kan
*bajet orang tatau padahal aku je yang bru tau*haha
Poliandri tu adalah terma untuk wanita berkahwin dua
Aku tau lah kewujudan pompuan kawen dua tapi tak tahulah pulak aku nama nya poliandri nih
Kira hari ni bertambah la satu kosa kata baru
hahaha
Ni kes kat luar negara lah kan
Ada sorang pompuan ni dia berhubungan dengan 2 lelaki serentak
Pastu tatau nak pilih mana satu
Yang 2 laki tu nak tak nak kena lah berbaik and sepakat nak berdamai dan BERKONGSI isteri
Pastu nafkah isteri dan anak-anak dorang akan biaya sama-sama
Tak kiralah anak tu hasil dari laki A atau laki B
Bagus kan dorang punya semangat kesukanan 
'Tabik spring' 14kali kat perempuan BERTUAH itu
;P



Contohnya macamni lah kot? hihih
Gambar sekadar hiasan sajooo



nota kaki: aku share ni bukan sebab aku SETUJU atau SUKA dengan fenomena poliandri ni, tapi saja nak share. Dan harap maklum ye, ni tuk golongan BUKAN ISLAM sahaja...dunia hari ini kan macam-macam












Friday, August 23, 2013

Adab ziarah menziarahi



Assalamualaikum...
berspempena hari ni jumaat pastu elok pulak aku terbaca artikel ni jadi marilah aku kongsikan
Kalau sebelum ni sesapa yang suka konsep terjah dan belasah bila nak gi ziarah ke rumah orang
Lepas ni, kena lah alert sikit

Begini ceritanya:
Pertama: Meletakkan niat ziarah kerana Allah SWT untuk mengeratkan lagi hubungan, silaturahim tidak kira antara orang kaya ataupun miskin.

Kedua memilih waktu yang sesuai untuk berziarah sama ada menziarahi orang sakit, jiran tetangga, adik-beradik atau sahabat handai. Elak daripada mengunjungi pada awal pagi, tengah hari dan tengah malam. Hal ini kerana pada kebiasaan waktu tersebut adalah waktu beristirahat atau persiapan untuk keperluan ahli keluarga.

Ketiga apabila bertemu dengan tuan rumah, digalakkan untuk mendahului dengan mengucapkan salam dan seterusnya berjabat tangan dengan tuan rumah

Keempat bertanya khabar dan tidak bercakap perkara yang mencemarkan kesucian menyambut Aidilfitri sehingga menimbulkan rasa tidak senang orang yang dikunjungi.

Kelima memelihara diri daripada perlakuan dan tindakan yang tidak baik sewaktu menziarahi kerana perbuatan tersebut boleh mengganggu atau tidak disenangi oleh tuan rumah.

Keenam elakkan daripada bersikap sombong, riya’, takabbur dan bongkak. Sewajarnya perasaan bangga diri dan bersikap menunjuk-nunjuk kesenangan yang ada.



Acaner? Kalau rasa diri memang beradab seperti di atas, baguslah tapi kalau rasa ada je yang tertinggal, takpe masih ade je lagi peluang...nanti kalau pegi ziarah umah orang tak kira la musim raya, ziarah orang sakit atau pape je lah k...Ini pun tuk diri sendiri jugak la sebenar-benarnya. Semoga info ni berguna tuk korang jugak ~




sumber ini dipetik dari BH 

Thursday, August 22, 2013

dah tengok blum *Miracle in cell no 7*




salam...
sana sini orang dok sebut pasal tragedi kat genting tu kan
memang ngeri kalau tengok
ada gambar yang tunjuk mangsa-mangsa tu bertindih-tindih antara satu sama lain
sedih simpati
Al fatihah~
Mintak-mintak la kejadian cenggini tak jadi lagi
Pihak yang berkenaan tu tolong lah check ckit apa yang patut
takde lah sampai kenderaan yang uzur pun eksen & takde rasa bersalah bergerak lagi atas jalan raya *sigh*
Sebenarnya aku tau pasal ni pun sebab mak aku kol malam semalam
padahal sebelum tu dah kol sembang tak henggat
tetiba kol lagi
aku ingat nape lah kan
rupanya nak citer pasal ni
mak aku ni memang
kalau ada apa2 citer tu suka update
mak sapa lah yang comel tu kan? hihi


Eh korang dah tengok blum citer Miracle in cell no 7
aritu ada orang post kat fb cakap movie korea baru tu best
so aritu aku tengok lah
Memang best pun citer dia
Hero dia adalah aku tak kenal
Tapi memang sangat masyuk ngan karakter, bodo je nampak
Sebab dia jadi sorang bapak yang tak berapa cerdik, ada sorang anak pompuan yang super comel
Pandai budak tu berlakon
Dalam cite Yes Captain ada budak ni
Tengok trailer pun dah tau citer dia cane kan
Bapak dia ni kena masuk penjara sebab dituduh rogol n bunuh sorang budak pompuan
Nak tau selanjutnya cane bley dituduh sedemikian n anak pompuan dia bley lepas masuk skali kat dalam cell no 7 tu, silalah tengok
ada je kat you tube
Sedih, lawak nak mams smua ada
memang bley lah dpat rate 4.5/5 star















Wednesday, August 21, 2013

Tetiba IU



Ohhhooiiii
tetiba plak skrg ni tersuka kat k-pop versi perempuan
gila xbley blah tgk kecomelan tahap gaban yang aku rasa macam dibuat-buat
tapi bila aku tetiba terkenal kat IU, aku berubah
Ia nya terjadi bila aku tengok citer running man ni la
ada satu episod tu si IU ni jadi guest, episod brapa tak ingat, rasanya ep 77
pastu dia ada nyanyi 2 lagu
dua-dua sedap di halwa telingaku ketika itu *eceh*
pastu dah lepas tgk cite tu, aku pun dah lupa kat beliau ni
sampai lah semalam aku tgk blk RM ni, bersua balik dgn IU
lantas aku pun trus la pegi gugel n download lagu-lagunya
stakat ni memang dua lagu tu je yang aku suka
Yang lelain dengar sikit sikit tapi cam tak best
Begitulah ceritanya mengapa kenapa dan bagaimana aku tersuka kat IU
Jangan tanya aku IU tu shortform tuk apa
sebab aku suka lagu n gaya dia je
Selebihnya aku tak berminat plak nak tahu
Pendek kata aku tak fanatik pun
Cani pun bolehhhh
=)

Mempersembahkan



Good Day


You & I





Monday, August 19, 2013

Aidilfitri 2013



Salam semua....
Selamat Hari Rayaaaaaa! Maaf Zahir Batin kot ada tersalah silap harap dimaafkan lah ye....
Ohhoiiii!!! Ni dah raya ke brapa baru ada mood nak up citer raya gue di tahun ini
Bukan sebab malas nak menaip tapi sebab malas nak pillih pilih dan edit edit gamba bagi nampak senonoh sikit kan
Tapi ye ye je nak pilih sgala padahal raya kali ni, gambar yang aku tangkap memang xpayah susah-susah nak kira, memang sikiiiiit sangat!
Sebab di pagi raya, kami cuma beraya berlima, mak abah, akak n anak dia (laki dia keje) dan aku, pastu abang & famli dia beraya kat umah mertua dia dulu
Jadiknya, memang dah dapat bayangkan camna lah kan suasana hari raya di pagi syawal tu
Konon esoknya bila dah ramai berkumpul, abang n famli dia pun dah ada, niat nak amik gambar bersama tapi terkubur macam tu saja bila semua pun lupa........... apekah lah kan....
Tapi takpe lah, kira setakat 2-3 keping gambar yang ada ni pun kira ok lah, ada jugak tuk dijadikan kenang-kenangan
Pastu kira kami semua (berlima) ni memasing pakai plak kale sama, kira tema pagi itu adalah biru. jadik adalah jugak mood raya tu kan
Tapi bila pikir-pikir balik ( time raya jelah tetiba baru nak terpikir benda ni kan), sebenarnya kalau adik beradik ramai ni best jugak kan, baru terasa meriah, dapat berkumpul semua, baru lah terasa disorga, ini setakat adik beradik kitaorang yang sekerat ni, bila sorang xde, rasa macam separuh keriuhan & kemeriahan tu hilanggg....
Ok lah berbalik pada cerita di pagi syawal tu, cam bese la pepagi bangun panaskan lauk segala, siap hidang-hidang semua pastu amik amik gambar jap trus makan. Dah tu baru lah sesi bermaaf maafan pulak
Pastu kali ni takde sapa pun yang drama queen nak menangis ke hape ke, smua relaks je, macam bukan salam raya...punya takde feel raya! hehehe
Pastu patut lepas tu pegi ziarah kubur, tapi tak pegi sebab daun pandan ke, bunga sekuntum pun xde, jadinya postpone ajelah keesokkannya harinya...



ni lah bonda saya ;)



ni pula ayahanda saya =)  *port amik gamba tak best langsung, kat kerusi malas jugak yang dipilih huhu*


ini pula anak buah saya yang tersayang :)


dengan beliau lagi....




Pastu raya ketiga *tetiba cite raya ketiga* baru lah kitaorang pegi ziarah sedara mara semua, yang memang hanya raya je baru bley jumpa, kalau takde raya memang tak jumpa lah


Raya keempat plak kitaorang berkonvoi *2 kereta je pun* pegi penang, sebab anak angkat abah bertunang. Patutnya dia wat raya ketiga (sabtu) tapi disebabkan ada masalah teknikal, jadik dorang postpone lah ke ahad tu. Dah la isnin aku keje, jadi mc jelah jawabnya, sebab isnin tu baru balik KL

ni la tunangan orang itu, perasan tak muka dia macam siapa?


macam Vanida Imran, tapi lam gambar tak nampak sangat
Pastu singgah jap umah makcik tapi dia takde lah pulak, sib baik anak dia ada. Sebelum balik tu singgah jap gi Padang Brown, makan pasemboq. Benda wajib makan kalau pegi penang kan?!

ni ajelah gamaba yang paling senonoh untuk ditayangkan


ni la pasemboq kalau ada yang tak tauuu!

Pasemboq tu kami amik tiga pinggan, satu pinggan RM10 tuk 3 orang makan. Memula makan rasa macam banyak gila tapi licin akhirnya okeh! haha

Begitu lah cerita raya saya di tahun ini, harap terhibur walaupun tahu korang mesti baca tak sampai abis pun, xpe saya paham, saya pun tahu tahap kebosanan entri ini! miahahaha







nota kaki: tahun ni masih lagi dapat duit raya dari 3 lelaki ( Abg, Abg Ipar n Bf) =)




Thursday, August 15, 2013

why pullman?!



Salam ya sahabat!

Ini adalah entri yang berkaitan dengan bulan pose. Kalau sekarang ni orang dok sibuk up pasal cite raya mereka dan open house mereka, tapi tak kira, aku nak jugak up citer pasal majlis iftar ritu, beberapa hari sebelum raya.

Aku kan balik raya dengan akak, jadi jumaat tu lepas keje aku trus gerak gi umah beliau, pastu elok plak malam tu company dia buat majlis iftar kat Pullman, jadik di ajak lah aku join skali dengan keizinan bos dia okeh. Memula segan jugak tapi tebalkan sahaja kulit muka! haha

Memang gambar makanan atau kat meja memang tak ada, sebab segan nak amik, dah la iolls duduk semeja dengan bos bos, memang tak lah kan! Jadik saya hanya bangun mengambil maknan dan makan sahaja tanpa berchamwhore.....kena lah pasrah bila berada dimajlis orang kan...hiuhiu


Pastu nak balik tu amik la jugak gamba kat lobby 


ni amik guna tab, kalau guna hp mayb lagi jelas...












Tapi kan, makanan dia takde lah sedap mana, tak kena dengan harga dia, rm110 per pax kalau tak salah! gilos! Ada la kambing golek, arabian punya dishes, satay, mee rebus ( masin n xsedap), char kuey tiau dan lain-lain. Tetapi, desert dia kemain sedap, cake, tart n ada lah yang gue tak tahu nama memang tersedap sangat, makan sikit-sikit je nak rasa semua sebab dah kenyang giler! Nak ikutkan memang tak berbaloi-baloi pun makan kat situ tapi view dia cantik la, lagipun free kan, xde lah aku nak rasa rugi ke hape kan! haha


Thursday, August 01, 2013

Ada di mana mana











Assalamualaikum......ni quick update je sebab ai is bizi *bizi wat kje yang tak berfaedah* haha.Tadi ada kawan kasi satu link ni....memang kuang asam n kurang kasih sayang pun ye jugak kot. 
Suka sangat nak menipu nak mengena kan orang. Kot rasa nak cari duit lebih, bukan ni caranya. 
Tak paham dengan sikap manusia zaman sekarang yang makin menjadi-jadi, pelik-pelik plak tu.
 Mula-mula kunun bijak tapi terkantoi jugak, bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga....

Sebenarnya macam ni, ada sorang blogger ni nak cari umah sewa kat area lembah pantai....
Nak dijadikan cerita, dia ditemukan dengan si malaun mana ntah, offer kat dia satu umah sewa kununnya dia punya lah. 
Tapi nasib si blogger ni baik, dia terselamat dari perangkap malaun tu. Kalau nak tau citer sebenar yang lebih lanjut, sila lah terjah kat sinun.

Sekian dari saya untuk kali ini




nota kaki: susah betul kita nak nilai sejauh mana kejujuran orang. Orang yang kita kenal kenal pun kekadang tak bley dipercayai juga inikan pulak orang yang kita tak kenal....PENTIPU ADA DI MANA MANA
 ~ bye ~



pic credit to sini