Thursday, June 28, 2012

Saya Seorang Silent Reader Tapi Saya Suka Baca Blog Awak




Sempena nak join segmen khas mak dara nak cite sikit pasal silent reader. Ye saya mmg silent reader yang bertauliah sebab ada banyak sebab. Antaranya sebab kekadang saja seronok nak baca je entry blogger tu, pastu kekadang xtau pun nak komen ape, tak pun nanti blogger tu cakap isk pe sal plak dia ni (aku la tu) tetiba je nak komen kita tak kenal pun, lagi satu kalau dia cite pasal bf/gf/laki/bini dia, setakat baca je lah kan, xde la nak komen2.....



Ni la 5 blog yang ku kunjung tapi komen dari ku tak kunjung jua...hihi




























buah plum ooo buah plum








Semalam g pasar, pastu ingatkan nak beli buah epal ijau tapi xde, yang ada epal merah tapi nampak cam tak bape cun je.....tengok2 ada la buah plum, 10 biji 5 hengget....tym aku bli ada akak kat sebelah aku tengah pilih gak. dia tanya kat bebudak yang jual tu, elok & manis x? tau dorang jawab pe, eh manis, yang ni plum madu punya...aku pun nyampuk la, isk ye ye je korang ni plum madu kaaan....dorang balas, ye kak isk, dgn aku skali dorang panggil kak kan, xpatut btl! haha, lau x caye, nanti balik umah lau xsedap, akak bley tukar balik! eh ye la sangat kan, jadi satu keje plak aku nak datang balik semata nak tukar kan, pandai je dorang ni nak psiko....

Da balik umah, semangat je potong segala, siap beli serbuk asam lagi kat kedai 1 mesia, tapi apakan daya, 4 dari 10 busuk! cis cilakak punyak budak! memang bengang gila, tapi rasa dia okay la, so nasib baik la, takde la aku hangin sangat....tapi kan, orang kalau jual memang nak tak pikir la  prasan customer langsung yang tau pikir nak untung je kan. adoyai


























Tuesday, June 26, 2012

Lafazkan kalimah cintamu........








Nih novel terbaru yang aku baca tajuknyee cam yang kat atas tu, lafazkan kalimah cintamu........novel ni da lama dah published pastu dah bape kali dah cetak semula, itu menandakan yang citer nye mesti la hebat kan....so ku pun try, baru la baca sikit je, x sampai suku kot, belinya dah sebulan tapi cam xde mud sangat nak baca, nak kata xde masa, banyak kot masa terluang tambah weekdays.....




sinopsis:


Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?






nota kaki: Jalan citer cam tipikal drama melayu dan mula-mula citer cam meleret n buhsan, sebab tu cam lambat jer nak abiskan...huhu. Walaupun aku tak baca abis lagi, tapi rasanya novel Andai Itu Takdirnya, jugak dari Siti Rosmizah lagi best n sedey kot....















Monday, June 25, 2012

Aku Suka Dia?? Auuuwww!!!!




Tetiba suka lagu nih, dulu mula2 dengar rasa cam bese je, tapi sekarang rasa cam besh gilak, lagu +suara dia  yang lemak merdu disukai ramai ..=) Layan jap...









Ape, tak puas dengar?! replay lah lagi!!!hehe












Friday, June 22, 2012

Kurangnye upaya...





Aritu dalam bas tym nak blk keje, tetiba nampak ada akak ni, oku. Aku slalu je nampak akak ni, tapi ni baru first tym nampak dia scr berdepan. Biasa kalau org buta nih dia akan pakai spek itam ke kan, tapi akak ni x. so aku bley nampak mata dia…anak mata dia tu, ditutup oleh satu lapis cam selaput @ kulit ke pe ku tak tau. Tapi pendek kata, anak mata dia terlindung kat dalam. Itu kot yang sebabkan dia ‘tak nampak’….bila aku tengok tu trus rasa insaf n syukur sangat2 aku cukup sifat….



Bila nak turun bas, aku tengok dia ke arah len, patut ke kanan tapi dia ke kiri, nak pegi mana kan, jadik aku agak dia salah jalan sbb bas benti jauh skit dari bus stop, pastu aku pun pegi kat dia tanya dia nak g mana bla bla, aku pun trus pegang tangan dia n pimpin dia sampai kat blok umah dia, satu jalan je dengan umah aku…..kitaorang sembang2, dia tanya aku jawab, aku tanya dia jawab, camtu la kekdah nye kan…hahah. Yang paling tacing, dia tanya aku dok kat mana, aku cakap aku kat blok #, ala yang ujung skali dekat bla  la bla….pastu dia jawab, ‘akak tak tau la dik’ sayu je dengar dia cakap camtu, mungkin dia trase kot bila aku cakap camtu. Aku rasa bsalah giler…tapi aku takde niat pun, cuma aku layan dia cam manusia bese, yang sama cam aku….



Bila aku pikir-pikir balik, mmg sangat simpati la, bayangkan kalau dia nak gerak sana sini memang terbatas kan. Slalu pepagi terserempak dia tapi ada kawan yang temankan, tym blk, ni first tym ku jumpe dia sorang2 plak...cane plak ea kalau dia nak lintas jalan ke hape ke kan…huhu. Tapi yang pasti, akak tu memang dah paham sangat dgn jalan ke umah dia, contoh kan, kat lorong kedai makan tu, ada lopak, so mmg kena langkah la kan, tak kan nak pijak. Dia tau okeh,aku tak sempat lagi nak gtau kat dia,  dia benti dulu pastu siap angkat kain bju kurung dia lagi nak melangkah. Mungkin juga dia dah set lam pale, ok kat sini kira ada brape step, pastu kat sini plak brape...mungkin la aku agak je kan....Lagi satu musykil, kalau nek bas, cane plak dia nak tau dia da sampai kat perhentian mana kan, mungkin dia kira gak perhentian ada berapa, & dia kena tahu dia kena benti perhentian yang kesekian sekian. Tapi nasib la bas ke UM xbnyk perhentian ada 6 camtu....pape pun, solute kat akak ni, berdikari n tetap jugak bkerja walau ade banyak giler cabarannye....org kate, gelap penglihatan tapi terang hati......















pic: sumber dari google image





Tuesday, June 12, 2012

kazenz ku kawen





Dah 2 minggu berturut-turut aku ulang alik dari Kl ke Serdang. Sebabnye kazen aku dua orang kawen, adik n kakak kawen serentak. Tym nikah wat kat Masjid UPM pastu bersanding lak kat lam UPM gak, di tepian tasik….


Waktu nikah tu, aku ingat makcik aku ( mak si pengantins) akan mengalirkan air mata, maklumlah kalau anak kawen mak mesti akan nangis kegembiraan+kesedihan kot ku pun xtau la, tapi aku tengok giler relax je muka dia. Yang gelabah laki dia! Haha. Ye la mau tak cuak, kena kawen kan anak serentak 2 orang. Waktu nikah kan tuk anak dia yang sulung, kena wat 3 kali kot , bukan salah pengantin(menantu) tapi bapak pengantin. Tapi aku paham kot pe yang dia rasa, ye la, penat lelah jaga anak-anak dia, skali dah kena bagi kat ‘orang’ len nak jaga. 


Dah la makcik n pakcik aku ni jenis yang manjakan giler anak-anak dorang. Ingat dulu kalau balik kampong, tym tu Opah aku dok kat Perak lagi. Tau je lah kampung kan, mesti banyak nyamuk, mak dorang ni, siap jaga malam, nak tengok anak satu2 kot2 nanti kena gigit nyamuk! Pastu pagi lak, tym tu raya, , anak laki sulung tu bley plak nak makan roti canai, mana ada orang nak bukak kedai pepagi tu. Pastu menangis la anak dia tu, punya nak gak makan, pastu ku tak tau la pe jadik pastu kan. Kalau aku lempang je kan, da cakap takde, lagi nak banyak bunyik! Owh gila garang aku kan..muahaha. 


Pastu tak abis lagi, yang anak laki ni sebenarnya memang cerewet lau bab makan, hari-hari nak makan ayam masak merah je, so ari-ri la mak dia masakkan. Sama la macam akak aku, ari-ari nak makan lauk sambal tak kira la, sambal ikan ke, ayam ke, telur ke janji sambal. Tengok aku jugak yang baik, kate bongsu tapi takde plak nak request2 pape. Haha terlebey suda citer…





 ku & anak2 saudara





 nikah






baek la kunun ye korang, 2min pastu gaduh...huhu





Ok pas akad nikah, pegi la plak kat tempat sanding tu kan, mula-mula ok lagi, pastu panas giler kooot. Nama je dok kat tepi tasik dengan di kelilingi pokok-pokok nan menghijau tapi tetap gak panas. Sampai legam lah aku yang memang tak berapa nak cerah ni kan. Nasib baek ada fair& lovely! :P





nyaman ye relax2 kat cni....japg, fuh cuaca bertukar menjadi sangat lah hotz



 ni jek satu dapat amik gamba reramai, yang len ntah kemana, wat2 bz..





 sian pengntinz kepanasan tatkala menyaksikan aksi para hang silat & d gangz





pic bsanding pun satu ni je ade, tu pun sorang lagi tak nampak..hihi





Pastu minggu berikutnye plak, yakni sabtu baru ni, g majlis sambut menantu eh orang panggil, tuk blah adik, kat Ukay Perdana……




pengantin pun bjalan ke singgah sana...=)





 
sebelum menutup tirai besi, kasi potong pulut dulu





 bila la nak makan....:P *buhsan tggu pengantin tak sampai2





 show dari back pipe















Pastu lagi ahad ni kat Negeri Sembilan tuk sambut menantu sebelah kakak plak …memang ‘kenyang’ la aku makan kenduri 3 minggu berturut-turut yek! Berundur dulu, bubbye!













Monday, June 11, 2012

Citrawarna warni kehidupan









Assalaaaaamualaikum ( harus ikut nada si sape ntah nama pembaca berita TV3, suami si Aida Gadis Melayu) hihi. Arini nak cakap pasal warna plak. Ye la selepas berjaya mengingat warna-warna pelangi hari tu kaaaan…hihi, so kena la sambung kisah warna plak kan kali nih. Warna memang sangatlah penting k dalam idop. Cuba kau bayangkannnnnn, kalau lam dunia ni takde warna, gila suram+pudar+tak bermaya je rasa kan.



Kat sekolah dulu kita de blaja kan pasal warna-warna ni semua kan, ada warna asas pastu sekunder. Ye aku memang da tak ingat so ku gugel la, cari kat Wikipedia. Da baca baru ingat balik…hehehe. Warna asas ada 3 kaler, merah, biru & kuning. Pastu kalau campur 2 warna asas jadik la warna sekunder. Ingat lagi dulu kena lukis 3 bulatan yang berkaler warna asas pastu bulatan tu kena la ‘bergabung’ antara satu sama lain, sebab nak tunjukkan kalau kaler2 tu bercampur akan hasilkan kaler ape kan…aish aku kalau terangkan ayat mesti berterabur, berbelit2! Haha



Ok sudah banyak ‘terpesong’. Sebenarnya nak cakap pasal maksud disebalik warna, tapi mukadimah panjang gilak la plak. Sekarang mari kita mengenali warna!



MERAH:
*Karektor keberanian,jujur,bersikap terbuka,berdisplin dan tegas.
*Ingin menjadi pusat perhatian dan secara tidak langsung gemar untuk mencuba apa saja.
*Periang dan suka memberi serta menerima kasih sayang.



MERAH JAMBU:
*Memiliki karektor tegas dan jujur.
*Suka membantu orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.



HIJAU:
*Tekun dalam semua perkara dan jujur dalam bekerja.
*Sukakan kedamaian dan kehormanian serta pencipta ilmu.



KUNING:
*Membawa eleman halus dan lembut.
*Memiliki sifat kasih sayang,bersopan santun dan personaliti yang ceria
*Berfikiran positif dan pesona luar biasa.
*Sangat setia pada pasangan.



HITAM:
*Baik hati, prihatin dan cekal meniti hari mendatang.
*Matang dan tidak mudah dipengaruhi orang lain serta setia pada pasangan.



PUTIH:
*Orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna.
*Banyak orang mengagumi kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral yang teramat tinggi.
*Tak pernah angkuh,senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan.



KELABU:
*Suka merendah diri dan mudah mengikut kata.
*Tenang dan mudah mengalah demi kebahagian orang lain.



COKLAT:
*Jika penggemar warna ini adalah wanita, dia kaya dengan sifat keibuan.
*Begitu merendah diri dan halus budi pekerti.
*Anda juga gemar menambah ilmu di dada.




BIRU:
*Aura kesejukan yang dibawa warna ini menjadikannya warna  kegemaran ramai.
*Cintakan kedamaian.
*Pandai menyimpan wang dan harta benda.
*Personaliti yang disukai ramai.



 nota kaki: warna yang di bold & diwarna tu adalah warna yang ku suka ye, harap maklum =)



Waktu kecik-kecik dulu, tym  tu dok kat SP, pastu tiap-tiap minggu ada pasar malam kar Bidor ke Bidong ar, aku pun tak ingat. Kan kat pasar malam orang jual air, ada macam-macam kaler & rasa. Nak dijadikan citer, aku men hentam je, g sebut kat bapak aku nak air ‘warna warni’, bukan sebab aku nak semua air yang dorang jual tu, tapi air anggur. Al maklumlah sebab tym tu aku buta warna lagi…hehe.  Ye sampai sekarang okeh kena bahan ngan famli aku. Aish, malu okeh! Tapi aku kira bijak pe tym tu, da ku tatau warna ape, aku sebut je kan warna-warni, bagi ‘umum’ sikit kan, yang penting tak salah warna! ‘Bijaknya’ akuuu!!hahaha
Sekian sahaja untuk laporan kali ini. Bubbyeeez!!












Friday, June 08, 2012

WAHAI SISTEM SURIAku.......




Bila satu dunia sibuk citer pasal fenomena transit Planet Zuhrah rasa macam eh planet ade brape ek, konpiden cakap kat mr bf, total nyer ada 13! Mr bf plak jawab dengan garangnye lagak pesara polis cam bapak ku 'woit, ne ade la, 9 jer!!'  Garang kan? Huhu…xde la, dengan lemah lembut dan sopan santun je dia cakap, 'bukan la u, ada 9 je laa'…..owh suuwiiit! Hahaha ni pun bukan…yang betul nye, 'isk, xde la, 9 je kot!'...lbey kurang cam tu la kot ayatnyer……


Kekonpidenan aku tu wat aku tergelak sendiri, lau tak ingat cakap je tak ingat, ni nak gak tunjuk keterean lah kunun. Ye la, rasa nye ni subjek darjah 4@5 tu, ni dah bape taun dah tinggal….huhu…a-l-a-s-a-n!!!




Ok solute k dgn mr bf yang ingat lagi, siap senaraikan lagi tapi aku gigih suh dia ulang balik pastu aku salin sebab nak gugel, ne tau kot2 ada yang salah bley bahan balik! haha. Tapi aku pun solute kat diri sendiri gak sebab aku ingat lagi warna-warna pelangi….=)
Mat   Jambul   Ke   Hutan   Bawa   Ikan & Udang  =  Merah   Jingga   Kuning   Hijau   Biru  Indigo  Ungu


Tetiba nak tunjuk gak yang aku xdela lupa smua pasal subjek  sains di kala sekolah rendah dulu kan…hiihi. Ok berbalik lah kepada topik asal, bila aku gugel, rupa-rupanya planet sekarang dah tinggal 8 SAHAJA, harap maklum. Menurut  sumber ini planet sekarang hanya tinggal ini sahaja



UTARID

ZUHRAH

BUMI

MARIKH

MUSYTARI

ZUHAL

URANUS

NEPTUN

Tanpa  PLUTO


Sebabnya, saiz Pluto sangatlah kecil dan tak mempunyai orbit……….sekarang Ploto dikelaskan sebagai Planet Kerdil yang berkamcing dengan Ceres, Makemake dan Eris. Orang lain mungkin dah tau, aku sorang je kot yang baru tau…sian ea?! Tapi ofismate n osmet dan segala mate aku pun tak tau gak, so bukan aku sorang je lah kan yang tatau…..Takpelah yang penting aku tau gak dari tatau langsung kannn....kbai




Tapi nak gak tunjuk video fenomena transit Planet Zuhrah













Wednesday, June 06, 2012

Penyebab Hancur Segala Amalan






Salam…ari ni nak cakap pasal satu perkara yang sangat lah serius dan sensitip jugak sebabnya tadi ku baca kat paper pasal ‘Syirik dosa terbesar, penyebab hancur segala amalan’…. Kita semua tau pasal syirik yang mana menyekutukan Allah dengan selain-Nya.  Ku ambik sikit petikan dari berita harian…..



“Syirik adalah dosa terbesar di antara dosa besar, amal perbuatan yang terburuk, kezaliman yang paling besar dan menjadi sebab hancurnya seluruh amalan seseorang. Syirik juga dosa yang tidak diampun. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain daripada (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya.” (Surah An-Nisa :Ayat 48).Menyedari hakikat ini, maka berwaspada dan berhati-hatilah daripada perbuatan syirik, baik syirik besar mahupun syirik kecil. Syirik besar ialah seperti meminta dan berdoa kepada selain Allah, meyakini ada pencipta dan pemelihara alam selain Allah, berkeyakinan bahawa selain Allah ada yang berhak diibadahi, dan masih banyak lagi contoh lainnya. “



Ok kalau cakap pasal syirik ni, semua orang maklumkan. Tapi ada lagi yang lebih penting tuk semua orang tau, sebab kekadang kita cam amik remeh pasal benda ni sebab sebahagiannya dah jadik amalan kita tanpa kita sedar sebenarnya itu dah termasuk dalam syirik kecil….



“Syirik kecil adalah antara hal yang sangat dikhuatirkan Rasulullah SAW dan dapat menjadi wasilah atau perantara kepada syirik besar. Walaupun syirik kecil ini tidak menyebabkan pelakunya keluar daripada Islam dan tidak menyebabkan kekal di neraka, tetapi ia kaba’ir atau dosa besar. Syirik kecil termasuk salah satu dosa besar, bukan dosa kecil.
Antara contoh bentuk syirik kecil ialah riak` dalam beribadah, iaitu seseorang melakukan sesuatu ibadah atau bentuk pendekatan diri kepada Allah, namun di samping itu dia bertujuan agar dilihat atau dipuji oleh sesama manusia. Riak adalah bentuk syirik tersembunyi (syirik khafi) yang sangat dikhuatirkan oleh Rasulullah SAW menimpa sahabat baginda.”



Contoh-contoh syirik kecil: 


“Antara bentuk syirik kecil ialah bersumpah dengan menyebut selain Allah. Hal itu termasuk dalam kekufuran atau kesyirikan. Rasulullah bersabda bermaksud: “Barang siapa yang bersumpah dengan selain Allah maka sungguh dia telah kafir atau telah syirik.” (Hadis Riwayat: Abu Dawud dan at-Tirmidzi).
Ucapan juga boleh membawa kepada syirik kecil seperti ucapan: “Atas kehendak Allah dan kehendak anda” atau ucapan “Kalau bukan kerana Allah dan si polan”, “Ini adalah berkat pertolongan Allah dan si polan,” serta ucapan semisal itu, yang intinya ada pensejajaran antara Allah dan manusia.
Ucapan seperti ini adalah ucapan syirik. Oleh itu ia harus diluruskan. Yang benar daripada ucapan di atas ialah: “Atas kehendak Allah kemudian kehendak anda” atau: “Kalau bukan kerana Allah kemudian kerana anda,” atau, Berkat pertolongan Allah kemudian pertolongan anda" demikian seterusnya.”


Yang ni paling la takut, bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata sangatlah buruk padahnya…..



"Contoh lain syirik kecil ialah ‘tathayyur’, iaitu berasa sial atau naas kerana melihat jenis burung atau binatang tertentu, atau berasa sial dengan angka, hari dan tanggal tertentu.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Thiyarah ialah syirik, thiyarah adalah syirik dan tidak ada seorang pun daripada kita, kecuali Allah Azza Wajalla menghilangkannya dengan tawakal.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan at-Tirmidzi).”


Yang ni aku pernah jugak dengar tapi tak tau la yang ni ada kaitan atau tak. Pasal kalau nampak ada burung apa ntah, terbang dekat dengan kawasan rumah, maknanya ada orang nak meninggal. Tapi kekadang benda ni saja je kot orang dulu-dulu punya firasat ke ape ke kan…..Dan ada gak orang dulu-dulu cakap, kalau  biawak ke ular ke  masuk rumah, kira macam 'sial' gak la...huhu. Tapi kalau pasal angka atau nombor tu tentu nya dari orang bukan islam yang cukup anti dengan nombor 4 kalau tak salah, takde ong dan sui@suwei (eh aku tak tau la nak eja cane)...okes, cukup, no komen lagi pasal nih sebab ku tak pasti. Banyak gak pasal orang dulu-dulu yang aku tau, adakah ini petanda aku pun tua seiring dengan amalan@kepercayaan dolu-dolu...huhu


“Perbuatan syirik kecil lain ialah memakai gelang daripada benang dan lainnya kepada anak dengan tujuan untuk menolak bahaya atau bala, memakai dan menggantungkan azimat tertentu untuk mencegah pengaruh ain dan mendatangkan keberuntungan dan yang semisal dengannya”.
Ia adalah bentuk kesyirikan kepada Allah kerana ia mengotori tawakal dan mencemari tauhid kita kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW mengenai orang yang memakai azimat yang bermaksud: “Barang siapa yang menggantungkan azimat, maka dia telah syirik.” (Hadis Riwayat: Ahmad).”


Ha yang ni memang aku pernah tengok dengan mata kepala aku sendiri, kawan aku tym aku study dulu, dia pakai tali warna hitam , dililit kan kat pinggang, macam pakai rantai tapi kat pinggang…dia kata mak dia yang suh pakai, sebab untuk ‘pelindung’ ke hape ku tak pasti.



“Dalam masalah azimat ini, ia termasuk dalam kategori syirik kecil, jika pemakainya berkeyakinan bahawa azimat itu hanya adalah sebab atau sarana saja. Jika dia bergantung secara mutlak dan berkeyakinan bahawa azimat itu dapat memberi perlindungan, maka pemakainya telah terjerumus dalam syirik akbar.”



Ok kesimpulannya, dalam apa-apa jugak benda yang kita nak buat, bagi aku la, semuanya bergantung kepada niat kita. Contoh macam ‘tali hitam’ yang dipakai tu kalau kita niat tu sebagai satu usaha kita untuk nak mengelak kan dari sebarang benda yang tak elok jadi, mungkin ok la kot, tapi kalau dah niat kita tu lain, cam kita memang bergantung dan percaya sepenuhnya pada benda alah tu, itu mungkin baru diklasifikasikan kepada syirik. Apa-apa pun, n3 kali ni just nak share dan bagi peringatan kat aku jugak supaya berhati-hati dalam semua perkara . Wallahualam….





***kredit kepada  Hashim Ahmad
bhagama@bharian.com.my
2012/06/06
***Sumber dari Berita Harian Online