Salam…ari ni nak cakap pasal satu perkara yang sangat lah serius dan
sensitip jugak sebabnya tadi ku baca kat paper pasal ‘Syirik dosa terbesar,
penyebab hancur segala amalan’…. Kita
semua tau pasal syirik yang mana menyekutukan Allah dengan
selain-Nya. Ku ambik sikit petikan dari
berita harian…..
“Syirik
adalah dosa terbesar di antara dosa besar, amal perbuatan yang terburuk,
kezaliman yang paling besar dan menjadi sebab hancurnya seluruh amalan
seseorang. Syirik juga dosa yang tidak diampun. Firman Allah SWT bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan Dia mengampuni
segala dosa yang selain daripada (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya.”
(Surah An-Nisa :Ayat 48).Menyedari hakikat ini, maka berwaspada dan
berhati-hatilah daripada perbuatan syirik, baik syirik besar mahupun syirik kecil.
Syirik besar ialah seperti meminta dan berdoa kepada selain Allah, meyakini ada
pencipta dan pemelihara alam selain Allah, berkeyakinan bahawa selain Allah ada
yang berhak diibadahi, dan masih banyak lagi contoh lainnya. “
Ok kalau cakap pasal syirik ni, semua orang maklumkan. Tapi
ada lagi yang lebih penting tuk semua orang tau, sebab kekadang kita cam amik
remeh pasal benda ni sebab sebahagiannya dah jadik amalan kita tanpa kita sedar
sebenarnya itu dah termasuk dalam syirik kecil….
“Syirik kecil adalah antara hal yang sangat dikhuatirkan Rasulullah SAW dan dapat menjadi wasilah atau perantara kepada syirik besar. Walaupun syirik kecil ini tidak menyebabkan pelakunya keluar daripada Islam dan tidak menyebabkan kekal di neraka, tetapi ia kaba’ir atau dosa besar. Syirik kecil termasuk salah satu dosa besar, bukan dosa kecil.
Antara contoh bentuk syirik kecil ialah riak` dalam beribadah, iaitu seseorang melakukan sesuatu ibadah atau bentuk pendekatan diri kepada Allah, namun di samping itu dia bertujuan agar dilihat atau dipuji oleh sesama manusia. Riak adalah bentuk syirik tersembunyi (syirik khafi) yang sangat dikhuatirkan oleh Rasulullah SAW menimpa sahabat baginda.”
Contoh-contoh syirik kecil:
“Antara bentuk syirik kecil ialah bersumpah dengan
menyebut selain Allah. Hal itu termasuk dalam kekufuran atau kesyirikan.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Barang siapa yang bersumpah dengan selain Allah
maka sungguh dia telah kafir atau telah syirik.” (Hadis Riwayat: Abu Dawud dan
at-Tirmidzi).
Ucapan juga boleh membawa kepada syirik kecil seperti ucapan: “Atas kehendak Allah dan kehendak anda” atau ucapan “Kalau bukan kerana Allah dan si polan”, “Ini adalah berkat pertolongan Allah dan si polan,” serta ucapan semisal itu, yang intinya ada pensejajaran antara Allah dan manusia.
Ucapan seperti ini adalah ucapan syirik. Oleh itu ia harus diluruskan. Yang benar daripada ucapan di atas ialah: “Atas kehendak Allah kemudian kehendak anda” atau: “Kalau bukan kerana Allah kemudian kerana anda,” atau, Berkat pertolongan Allah kemudian pertolongan anda" demikian seterusnya.”

Yang ni paling la takut, bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata sangatlah buruk padahnya…..
"Contoh lain syirik kecil ialah ‘tathayyur’, iaitu berasa
sial atau naas kerana melihat jenis burung atau binatang tertentu, atau berasa
sial dengan angka, hari dan tanggal tertentu.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Thiyarah ialah syirik, thiyarah adalah syirik dan tidak ada seorang pun daripada kita, kecuali Allah Azza Wajalla menghilangkannya dengan tawakal.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan at-Tirmidzi).”

Yang ni aku pernah jugak dengar tapi tak tau la yang ni ada kaitan atau tak. Pasal kalau nampak ada burung apa ntah, terbang dekat dengan kawasan rumah, maknanya ada orang nak meninggal. Tapi kekadang benda ni saja je kot orang dulu-dulu punya firasat ke ape ke kan…..Dan ada gak orang dulu-dulu cakap, kalau biawak ke ular ke masuk rumah, kira macam 'sial' gak la...huhu. Tapi kalau pasal angka atau nombor tu tentu nya dari orang bukan islam yang cukup anti dengan nombor 4 kalau tak salah, takde ong dan sui@suwei (eh aku tak tau la nak eja cane)...okes, cukup, no komen lagi pasal nih sebab ku tak pasti. Banyak gak pasal orang dulu-dulu yang aku tau, adakah ini petanda aku pun tua seiring dengan amalan@kepercayaan dolu-dolu...huhu
“Perbuatan syirik kecil lain ialah memakai gelang
daripada benang dan lainnya kepada anak dengan tujuan untuk menolak bahaya atau
bala, memakai dan menggantungkan azimat tertentu untuk mencegah pengaruh ain
dan mendatangkan keberuntungan dan yang semisal dengannya”.
Ia adalah bentuk kesyirikan kepada Allah kerana ia mengotori tawakal dan mencemari tauhid kita kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW mengenai orang yang memakai azimat yang bermaksud: “Barang siapa yang menggantungkan azimat, maka dia telah syirik.” (Hadis Riwayat: Ahmad).”

Ha yang ni memang aku pernah tengok dengan mata kepala
aku sendiri, kawan aku tym aku study dulu, dia pakai tali warna hitam , dililit
kan kat pinggang, macam pakai rantai tapi kat pinggang…dia kata mak dia yang
suh pakai, sebab untuk ‘pelindung’ ke hape ku tak pasti.
“Dalam masalah azimat ini, ia termasuk dalam kategori
syirik kecil, jika pemakainya berkeyakinan bahawa azimat itu hanya adalah sebab
atau sarana saja. Jika dia bergantung secara mutlak dan berkeyakinan bahawa
azimat itu dapat memberi perlindungan, maka pemakainya telah terjerumus dalam
syirik akbar.”
Ok kesimpulannya, dalam apa-apa jugak benda yang kita nak
buat, bagi aku la, semuanya bergantung kepada niat kita. Contoh macam ‘tali
hitam’ yang dipakai tu kalau kita niat tu sebagai satu usaha kita untuk nak
mengelak kan dari sebarang benda yang tak elok jadi, mungkin ok la kot, tapi
kalau dah niat kita tu lain, cam kita memang bergantung dan percaya sepenuhnya
pada benda alah tu, itu mungkin baru diklasifikasikan kepada syirik. Apa-apa
pun, n3 kali ni just nak share dan bagi peringatan kat aku jugak supaya berhati-hati
dalam semua perkara . Wallahualam….
***kredit kepada Hashim Ahmad
bhagama@bharian.com.my
2012/06/06
bhagama@bharian.com.my
2012/06/06
***Sumber dari Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment