Monday, June 11, 2012

Citrawarna warni kehidupan









Assalaaaaamualaikum ( harus ikut nada si sape ntah nama pembaca berita TV3, suami si Aida Gadis Melayu) hihi. Arini nak cakap pasal warna plak. Ye la selepas berjaya mengingat warna-warna pelangi hari tu kaaaan…hihi, so kena la sambung kisah warna plak kan kali nih. Warna memang sangatlah penting k dalam idop. Cuba kau bayangkannnnnn, kalau lam dunia ni takde warna, gila suram+pudar+tak bermaya je rasa kan.



Kat sekolah dulu kita de blaja kan pasal warna-warna ni semua kan, ada warna asas pastu sekunder. Ye aku memang da tak ingat so ku gugel la, cari kat Wikipedia. Da baca baru ingat balik…hehehe. Warna asas ada 3 kaler, merah, biru & kuning. Pastu kalau campur 2 warna asas jadik la warna sekunder. Ingat lagi dulu kena lukis 3 bulatan yang berkaler warna asas pastu bulatan tu kena la ‘bergabung’ antara satu sama lain, sebab nak tunjukkan kalau kaler2 tu bercampur akan hasilkan kaler ape kan…aish aku kalau terangkan ayat mesti berterabur, berbelit2! Haha



Ok sudah banyak ‘terpesong’. Sebenarnya nak cakap pasal maksud disebalik warna, tapi mukadimah panjang gilak la plak. Sekarang mari kita mengenali warna!



MERAH:
*Karektor keberanian,jujur,bersikap terbuka,berdisplin dan tegas.
*Ingin menjadi pusat perhatian dan secara tidak langsung gemar untuk mencuba apa saja.
*Periang dan suka memberi serta menerima kasih sayang.



MERAH JAMBU:
*Memiliki karektor tegas dan jujur.
*Suka membantu orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.



HIJAU:
*Tekun dalam semua perkara dan jujur dalam bekerja.
*Sukakan kedamaian dan kehormanian serta pencipta ilmu.



KUNING:
*Membawa eleman halus dan lembut.
*Memiliki sifat kasih sayang,bersopan santun dan personaliti yang ceria
*Berfikiran positif dan pesona luar biasa.
*Sangat setia pada pasangan.



HITAM:
*Baik hati, prihatin dan cekal meniti hari mendatang.
*Matang dan tidak mudah dipengaruhi orang lain serta setia pada pasangan.



PUTIH:
*Orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna.
*Banyak orang mengagumi kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral yang teramat tinggi.
*Tak pernah angkuh,senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan.



KELABU:
*Suka merendah diri dan mudah mengikut kata.
*Tenang dan mudah mengalah demi kebahagian orang lain.



COKLAT:
*Jika penggemar warna ini adalah wanita, dia kaya dengan sifat keibuan.
*Begitu merendah diri dan halus budi pekerti.
*Anda juga gemar menambah ilmu di dada.




BIRU:
*Aura kesejukan yang dibawa warna ini menjadikannya warna  kegemaran ramai.
*Cintakan kedamaian.
*Pandai menyimpan wang dan harta benda.
*Personaliti yang disukai ramai.



 nota kaki: warna yang di bold & diwarna tu adalah warna yang ku suka ye, harap maklum =)



Waktu kecik-kecik dulu, tym  tu dok kat SP, pastu tiap-tiap minggu ada pasar malam kar Bidor ke Bidong ar, aku pun tak ingat. Kan kat pasar malam orang jual air, ada macam-macam kaler & rasa. Nak dijadikan citer, aku men hentam je, g sebut kat bapak aku nak air ‘warna warni’, bukan sebab aku nak semua air yang dorang jual tu, tapi air anggur. Al maklumlah sebab tym tu aku buta warna lagi…hehe.  Ye sampai sekarang okeh kena bahan ngan famli aku. Aish, malu okeh! Tapi aku kira bijak pe tym tu, da ku tatau warna ape, aku sebut je kan warna-warni, bagi ‘umum’ sikit kan, yang penting tak salah warna! ‘Bijaknya’ akuuu!!hahaha
Sekian sahaja untuk laporan kali ini. Bubbyeeez!!












No comments:

Post a Comment