Wednesday, March 28, 2012

Obses



Rasanya semua orang akan ade penyakit ni kan?! Paling kurang pun satu dua. Lau tanya kat aku, opkos aku ade banyak..muahaha. 



Pertama, aku obses dengan novel, kekadang aku boleh ulang baca 3-4 kali (ikut mud r). Antara novel yang aku suka :
Kena wat list ok sebab banyak : -
-Andai Itu Takdirnya, Siti Rosmizah
-Tiada Lagi Mimpi, Sharifah Abu Salim
-Tak Semanis Impian, Sharifah Abu Salim
-Tak Seindah Mimpi, Sharifah Abu Salim
-Jauh, Aisya Sofea
-Gelora Jiwa, Aisya Sofea
-Adam & Hawa, Aisya Sofea
-Kasih Yang Suci, Meen Zulaikha



Yang terbaru, aku baca novel tajuknya  Cinta Tak Terucap daripada penulis Imani Hatta ( ni pun pnjam dri opismate hihi)  1st tym baca novel dia tp ok la, besh gak.



Aku mmg suka baca novel tp x bmaksud aku suka beli novel....maksudnye? Aku slalu pnjm la...hihi...kakak aku slalu beli so ku cilok je la dia pny, n ade yg pnjm kwn n ade gak org hadiahkan....baguskan?! xbli pun tapi dapat gak baca (sgt buruk prangai). Sekarang lau rsa nak baca tp xde novel, aku akan laju laju g kat penulisan2u, macam-macam ade kat situ, novel n cerpen...besh2 gak.



So korang lak cane, ska bca novel pe...(ade ke org nak bca and bg feedback)...huuuhhuu....niway, peaceee, cekidauttt









Tuesday, March 13, 2012

monink.....Yuna




Owh pepagi selasa cenggini rasa nak dengar lagu je. Lagu apekah yang terhotz sekarang untuk halwa telinga ku adalah.....Terukir Di Bintang. Walah wei memang best okeh layan lagu nih. Again, muzik atau lagu daripada Yuna ni sangat besh dan unik.

Jooomz kita dengar ( pastikan anda sedang mengcoverkan diri dan monitor pc anda, kot-kot kang boss korang lalu ( kalau mak mentua lalu xpe haha) kang, kantoi plak kan, jangan kata aku tak bagi warning. huhu...

nota kaki: Dengar lagu nih teringat lak kat boipren ku yang jaooh di perantauan...xpe, xlama lagi dia nak blk da...c u soon u! Flying kiss beserta video lagu nih .. ;)


Cekidaut!







Thursday, March 08, 2012

Stalker aka Silent Reader


Muning guys, owh ini ari pertama ku masuk kerja semula, (org lain dah ari ketiga dah pun kan) lepas bercuti dua ari. Kalau nak tau aku pegi mana, yang tu nanti jer lah aku citer...



Memang sebelum ni, aku suka sgt stalk blog2 org. Kira nya aku just jadik silent reader semata. Best okeh layan baca blog2 org ni.  Byk info yg aku bley dpt tu kdg2, bkn setakat omong kosong je, cam kat FB, asik2 post kat wall ‘errm xde mud r arini, adoi bila la nak pukul 6 (hitung ari tuk nak blk kje) huuhuh’. Panas je aku bca,setakat nak post menda cenggitu kat wall baik xpayah ( sbb dah xde bahan nak post).

Korg nak tau x blog2 yg aku slalu skodeng? Fuh da lma xdengar perkataan skodeng kan..hihi. Baiklah sekarang tibalah masa tuk beta mengumumkan blogger2 yg beta tauliahkan sebagai blog yang terbaik yang berjaya menawan hati beta ialah jeng3:


Tempat pertama disandang oleh.........


Yea ini dia Blog Fillanie. Ini blog beliau kasihaleeya

Yang kedua tak len xbukan, the famous amos blogger masa kini cik hanis zalikha. Belog beliau yang ni inibelogsaya


Yang ketiga plak ade kaitan dengan yang di atas, iaitu ibu yang aktif berblog Nani Rostam aka mak kepada hanis zalikha nanirostam
 
Last but not least ni plak blog mummy vogue, Julia Honey juliahoneyshakes

Okeh mari aku nak gtau nape la aku ska sangat baca blog2 dorang ni. Pade yang xpnah bca blog dorang, kiranya ni sinopsis la kan ( err blog pun ade sinopsis ke) haha, pastu laju2 g kat blog dorang ye. Tapi sebelom tu bca r bagi abis dulu karangan kisah entry aku kali ni bagi abis.


Bagi blog fillanie tu, 1st tym bca aku dah ska. Kos ayat dia, cerita yang dia tulis semua seronot, pendek cite, setiap n3 dia semua best wa cakap lu, kelaka lak tu. Aku rasa dia jenis yang xhipokrit tau, bukan cam org len, lau nak cite, cmua nak kipas diri sendiri, yang bagus2 je, tapi bagi dia semua dia share, n kita xrasa pun yg dia tu cam nak show off ke pe ke, ye la, dah merata dia g , korea, singapore, indo n lam mesia. Pastu bla dia cite pasal vacation yang dia g tu, mesti dia akan bagi info skali, pasal hotel yang best, restoran yang sedap, tempat mana yang best nak g n tourist guide @ agensi yang bagus dan berpatutan. Yang penting, bila aku baca, rasa cam aku pun g sekali. Haha


Blog hanis zalikha, aku rasa ramai yang dah tau pasal ni. Dia kan famos, pernah berlakon filem lagi. Blog dia ni mostly pasal kehidupan n kecantikan la. N ade gak share pasal vacation yang dia g. Seronok lau dia cite pasal famli @ adk bradik dia yang ramai, xde la ramai sangat, 6 orang lau xsalah. Tips kecantikan yang dia share pun ade yang aku try. Lau lepas pakai losyen, sapu bedak baby plak katanya. N bila aku try, memang  betul, lepas kita letak bedak, kulit xde r rasa cam melekit or ape, tapi rasa selesa je. Nak tips2 len, korang pandai2 r cari sendiri kat blog dia kan. Hihihi


Blog kak nani or auntie nani ni, blog 1st yang aku baca. Aku tau pasal ni sebab aku tertengok cite WHI kat tv3, waktu tu dia jadi tetamu tuk slot masakan. Tym tu dia masak dessert, dah r kelam kabut je dia masak kos nak cepat ( WHI kan selalu cam tu, penat2 org datang tuk masak selalu nak push suh orang wat cepat,pastu skip step, lau camtu xyah jemput pun xpe, bagi resepi pastu pandai2 la korang wat sendiri...huhu).  Ok terhover emo lak kan, yela aku tensi okeyh. Ok dah2 stop. Sambung cite, pastu yang best pasal blog ni opkos sebab bagi banyak tips n resepi masakan. I loike!


Kak julia ni lak, blog dia kebanyakan cite paasl perkembangan anak dia, nama ape ye jap nak ingat balik,sebab unik k nama dia. Ow ok Zander  Hafiy. Bila baca, memang rasa, dan dan nak anak trus ( padahal I am single okeh)  haha. Pastu satu ari tu dia ade la gtau pasal Gyro Bowl ni, siyes lau xbca blog dia sure ku xtau kewujudan natang ni. Bila da tertarik n menarik ku tengok, trus g gugel natang tu n beli lah secara on9. Lau korg nak tau, gyro bowl tu bekas makanan tuk bebudak ( toddler). Lau guna ni, tonggeng terbalik cane pun xpe, xkan tumpah nye. (Eceh, sekarang aku berlagak plak sebab aku plak yang cite pasal ni kat korang muaha) So ku pun belikan la tuk anak buah kesayangan beta.
N dari blog2 ni la ku tetiba teringin nak berblog gak. ;)   

Okes sekian tuk n3 kali ni. Panjang lak kan...Cekidaut!!

Wednesday, March 07, 2012

Bila mana lagu Cinta Bersatu diperdengarkan.....




Lagu baru Liyana Jasmay, Cinta Bersatu memang besh...memula dengar rasa cam bese jer tapi bila dah dua tiga kali rasa auuww best okeh lagu ni. All d best tuk kamuuu Liyana Jasmay!

Friday, March 02, 2012

Dalam Percubaan





'Beta Kupu'...nape beta? Nama aku beta kah? Isk, bukan okeh. ai gegirl..hihi....Sebenarnya beta tu maksud nye saya yang mana kata ganti diri bagi raja  atau sultan. Selain tu, beta dalam bahsa IT ni (mesti korang cam familiar je dengar perkataan alpha atau beta kan?). Itu maksudnya ialah Dalam Permulaan aka Percubaan       (selepas aku gugel maksudnye, sekian ye kawan-kawan...muahahaha). Jadik sessuai la dengan konsep aku ni yang baru bermula dan coba-coba untuk berblogging. Comel kan? Muntoh ijo...ahahah


Kupu lak sebab aku gilos kan kupu-kupu @ rama-rama sebetulnyer. So lau nak letak Beta Rama cam xsessuai jadik dah pikir punyer pikir, guna kupu ajolah kan. Maka jadiknya Beta Kupu....


Bila kata baru tu, ala-ala macam  baby yang baru nak merangkak sebelum pandai berjalan. (Termengaku sudah sekarang memang tengah 'merangkak' sebab tatau pun pasal blog ni, slalu jadik silent reader jek...sian...)
Jadiknya korang kena la bagi kata-kata peransang dan semangat kat beta kupu nih dan if ader pape yang baik untuk ku improvekan, silalah share. Teruskanlah usaha anda dalam memberi sokongan yang sepenuhnya pada 'Beta Kupu' ini, okeys?!


ku pu ku pu nya





pic: credit to google image