Thursday, August 16, 2012

Ini lah surprisseee nyeee!!







Setelah gigih menunggu giliran, akhirnya berakhir jugak. tgk hasilnya, fuh tertartik terpikat! haha. Pada yang tanak join @ tak sempat nak join, silah jeles ye! muahaha








Mak Dara sgt memahami okeh, ku suka butterfly fly away so high ~ lalala =) Tenkiu mak dara, lap u vely mach lah ;)













Monday, August 13, 2012

"Saya Mahu SURPRISE Dari Mak Dara"











ok kalau mak dara wat segmen haruslah join kan...ni tinggal lagi sejam lebih je sebelum segmen nak ditutup. Jadiknya wat entry laju2 pastu masalahnye tatau nak letak pic ape jadik letak yang ini je lah. Gambar lama je aku letak.....Owh xdapat nak bayangkan ape SURPRISE!!! dari mak dara ni kan....harap yang best la kan! haha. Kalau rasa nak join pegi lah sinun





















Friday, August 10, 2012

Iklan RaYa






Salam.....ni adalah 2 hasil karya untuk raya tahun ni. Mula-mula dari Petronas. Best jugak tapi tak meruntun jiwa sangat. Sebab berkisar pasal sorang engineer Petronas kena transfer kat Asia Tengah, yang cam biasa susah nak sessuaikan dengan keadan kat situ. Pastu, dia kenal ngan sorang budak lelaki kat situ dan mereka pun jadilah BFF...hihi.  Sape yang tak tengok lagi, cuba lah tengok ea















Yang ni plak iklan dari Bernas. Yang memang sangat lah meruntun jiwa. Sebab pasal anak yatim. Disebabkan dorang berdua je yang takde keluarga dan tak balik kanmpung, dorang pun wat keputusan tuk curi-curi keluar g kat kampung si Ahmad. Duit pun terhad kan, siap kena pau ngan pokcik teksi yang takde belas kasihan tak bagi diskaun tak pun sedekah jelah tambang seploh hinggit, tapi pandai lak kata dekat je dari stesen bas ke stesen keretapi. Kisah selanjutnya, sila lah tengok ye, tersentuh lagi tersentap okeh...

















Thursday, August 02, 2012

Amaran!! Ini adalah entry yg berbaur serius








Salam.......Tetiba rini saje je nak wat pasal K*a*W*a*N. Semua orang ada kawan kan. Yang pastinya mesti kita semua ada pengalaman berjumpa@bertemu@berkenalan dengan kekawan yang macam ragam n gaya n karenah kan?! Tak kira la yang baik ke, ja'at ke, cantik ke, kureng cantik ke, hipokrit ke dan lain-lain. Bukan nak cakap yang kita ni gila baik dan lengkap lah serba serbi kan. Tapi ku pun tau lah batas-batas dan cara kita nak berkawan dengan orang. Kalau dah kawan, janganlah pulak ko pegi cakap belakang plak kan, kalau depan kemain lagi semua yang indah2 belaka Helloo! Ko kalau ade prob tak pun kalau ada benda nak share cite terutamanya hal yang sedih2 laju2 carik aku kan. Bila ko gumbira dan ade plak 'kawan' baru gue ko pandang suku mata je kan. Kalo tak kemain kutuk segala lah pasal 'kawan' tu tapi bila terpaksa @ terdesak, eh boleh plak kan ko baik ngan dia. Aku usha je kan telatah dia nih. Tapi aku tak bodo okeh nak kenal mana kaca mana permata *ewah ayat aku haha* tapi betul pe, kalau dah perangai cenggitu tak mustahil kat belakang aku dia bley wat camtu, ngumpat aku ke kan, ye lah aku pun dah maklum dengan diri aku yang aku pun memang xbaik mana tapi kurang2 ati mau bersih ma...... Nih ada 2 contoh @petikan yang berkaitan dengan kawan dan perasaan. Cekidauuut!


1) Erti Kawan

Bukannya senang nak cari kawan yang baik. 
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik. 


Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. 
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. 
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan. 


Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. 
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan. 


Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. 
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. 


Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya. 
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. 
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya. 


Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. 


Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. 
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. 


Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya. 


Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya. 





2) Paku+marah = Parut+Luka ( memandai jek aku bagi tajuk camnih )



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat

mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk
apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana
pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan
sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan
sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama
seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih
pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada kita.




"Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya. Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita."


Sempena bulan Ramadhan nih, semoga kita menjadi orang yang berbaik sangka dan memafkan dan menerima seadanya kawan kita itu. Makna kata kena lah give & take, bukan bercinta je kna wat camtu kan. Dan semoga kita menjadi kawan yang baik. Maafkan saya juga sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda. ~ Peace ~









Wednesday, August 01, 2012

Harapan Ramadhan





Lagu yang menusuk kalbu sanubari jiwa raga




                                                             vid from you tube






nota kaki: Al- Fatihah untuk arwah Zairi ( Raihan )