Wednesday, February 27, 2013

Selamat Hari Kita







Ini adalah lagu yusry buat khas tuk bini dia. Bertuah sape kawen ngn komposer/artis bley dapat lagu cani...hihi



nota kaki: Dengan ucapan, Sila Lah Layanz Uols!

Friday, February 22, 2013

Kalau makcik pun kewl ape?!




As salam.....maha bosan hari ni, tak tahulah kenapa. Penat mungkin? Ntah hape penat pun tak tau lah. penat berfikir ye kot. Biasa lah tu, semua benda nak kena pikir. Eh memang penat lah jadi orang tua dewasa nih.

Sekarang ni rasa cam diri ini stok2 makcik-makcik je dah. Eh tapi memang ade je penah kena 'sound' dek sorang budak tu dia panggil aku makcik???!

 Insiden tersebut terjadi bila aku lalu dekat kawasan kedai runcit, kawan dia bley plak berdiri betul-betul kat depan tangga, tu yang dia sound cakap, 'eh tepilah, makcik tu nak lalu!' Agak kuang asam disitu kan?! Aku terus terkesima okeh!

Budak tu ade lah umo baya anak buah aku 6-7 tahun, dia pun dalam dilema, klu nak panggil aku kakak, kot umo kakak dia pun baru 8-10 tahun, dah tu xkan nak panggil aku kakak kan, tul tak? hmm masuk akal gak. Jadik layan kan je lah........lalu dalam hati pun berkata "baik anak-anak, ketepi lah sedikit kamu, MAKCIK nak lalu nih!"...... :'(


Begitulah hendaknya, mukadimah n3 nak citer pasal bosan tapi last-last kisah makcik, marilah tukar tajuk n3 kepada .... seperti yang di atas itu...... ~Sekian~

Wednesday, February 20, 2013

Siapa nak 2,000,000.00 (Dua Juta Great Britain Pounds)


Salam hormat.

Dengan izin dan limpah dan kurnia  Yang Maha Kuasa saya masih lagi berpeluang

meneruskan hidup ini.Walau saya tahu entah esok atau luasa masa akan datang
dan
saya akan dipanggil untuk menemui yang Kuasa. Saya tahu hari demi hari kondisi
tubuh saya semakin lemah dan penyakit lukimia yang saya tanggung semakin parah
.
Saya pasrah pada ajal dan maut tapi sebagai manusia ada hajat yang tidak
kesampaian.    Bagaikan tak terasa begitu cepat masa berlalu tannpa saya dapat
mengejarnya Sebagai insan biasa di bumi ALLAH saya tahu saya tak dapat lari
dari melakukan kesilapan .Hari demi hari berlalu dan saya tetap seperti dan
doktor juga memberitahu yang saat itu semakin dekat.Seperti yang saya katakan
saya reda Tiada apa yang tinggal hanya lah sedikit harta yang akan saya
sumbangkan  untuk bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan dari saya dan
juga
allahyarham suami mandangkan kami tidak  mempunyai pewaris.

Saya tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan cuma dengan izin ALLAH sedikit

sumbangan yang akan saya salurkan ke jalan yang benar akan menjadi amal jariah
untuk saya dan Almarhum suami insyallah.    Dana  simpanan kami sebanyak£
2,000,000.00 (Dua Juta Great Britain Pounds) telah saya berikan amanah dan
kuasa kepada peguam saya untuk menguruskan hal selebihnya sehingga ianya dapat
dipindahkan kepada pewaris saya yang amanah dan bertanggungjawab demi
menunaikan niat saya dan arwah suami saya untuk membantu projek amal kepada
yang memerlukan.Harapan saya ianya dapat dilakukan sebelum saya menutup mata.

Semoga ALLAH  SWT  memberi petunjuk dan membantu kita bersama-sama melakukan

amal jariah......Amin...
Sekian,

Puan Maryan Forsythe Ahmad.

nota kaki: As salam.....Pernah tak korang dapat email macam nih? Tak tau nak gelak kan je or ape. Apa-apa aje lah dunia ni.........dah kalau betul nak 'menderma' salurkan aja kat tempat yang berkenaan. Sekian

Monday, February 18, 2013

Dulu boleh lah kot..........



As salam....baru je tadi dengar lagu Baby -Justin Bieber kat hot fm *saja nak mention hot fm, nak ngelakkan dari korang cakap lagu ni ade dalam list media player aku*...hihi. Tapi memang dah lama pun tak dengar. Tapi bila terdengar buat aku terpikir, nape lah aku bley suka lagu ni dulu. Bukan maksud lagu tu tak sedap tapi xsessuai okeh dengan tahap umo sahaya ini. Tapi apesalahnya kan, lagu je pun, bukan apa pun! muahaha. 




nota kaki: tengah tunggu masaaaaa je nak balik nih...;)

Thursday, February 07, 2013

diSEKOLAHkan



Assalamualaikum....dah lama tak bercerita kan. Jadi hari ni marilah kita main cerita-cerita...hehehe. Dah lama sangat dah rasanya ku meninggalkan zaman kegemilangan masa sekolah dulu *gemilang lah sangatkan* haha. Tapi betul kan macam orang cakap, bila suatu hari kita imbau balik masa-masa lampau dulu, mesti rasa seronok kan walaupun benda tu negatif contoh pernah gaduh ke kan. Dan memang aku pernah pun bergaduh, dengan kawan sekelas, bley kata rapat lah jugak dengan dia. 



Aku pun tak berapa pasti punca pergaduhan tersebut tapi memang bawak 'ketengah' jugak la lepas tu sebab kena 'tangkap' dengan cikgu HEM (cikgu pompuan). Memang masak lah kena marah siap kena penumbuk sorang sebijik kat lengan...Penyudahnya, kami berdua kena cuci toilet. Pergh memang diakui  itu adalah buat pertama kalinya dalam hidup kena cuci toilet, sedangkan kat umah pun tak pernah buat. Bayangkan lah nak kena cuci toilet kat sekolah yang memang terserlah 'kebersihan' dia. Rasa nak nangis tapi tahan kan je lah, sape suh gaduh kan, memang kena hadap je lah. Tapi memang sampai sekarang memang takde sape yang tau maksudnya famli lah. Sib baek cikgu xde kol umah bagitahu hal nih kat mak bapak, kalau tak memang makan penampar daripada mak adalah benda yang paling pertama aku dapat lah jawabnya....hewhew


Lagi ape ye, ha pasal kena gosip dengan sorang cikgu laki. Bukan gosip sangat lah, tapi lebih kepada kena bahan. Sebab nya, ada satu hari tu, ada lah sorang junior ni datang kat kelas, panggil aku, katanya cikgu tu panggil aku pegi bilik dia. Itu sebenarnya bilik komputer, kecik je pun, sebelum adanya makmal komputer. Aku pun cam risau gak lah kenapa dia nak jumpa kan, sekali tau nape? sebab dia nak suh aku pasangkan langsir! boleh imagine, kelas aku punya lah jauh, dia boleh susah payah suh budak panggil aku padahal dia boleh je suruh budak tu ataupun sebelah bilik tu belambak je lagi kelas lain. Haish punya lah hangin kan tapi takpe, aku buat jelah. Agaknya nak test aku tau buat keje ke tak kot. Motip?



Lagi satu yang paling tak boleh lupa, ada satu hari tu lepas habis sekolah, ada lah member aku kasi surat kat aku, itu dari pakwe lah kunun, dulu kan suka balas-balas surat je..hahah. Yang member-member aku ni sibuklah nak baca jugak, aku yang tanpa rela ni pun buka lah, dan baca beramai-ramai, kira aku kat tengah-tengah yang lain keliling aku, tetiba, ada pulak sorang cikgu pompuan nih dia boleh menyelit antara member yang 'keliling' aku tadi. Ntah macamnana beleh perasan tapi memang semua time tu terkejut gila lah, aku lagilah, pucat takde darah! Sampai kesudah aku tak tau isi kandungan surat tu, memang baru je baca mukadimah je kot hihihihi. Dan lagi sekali aku selamat sebab cikgu tu tak bagitau kat mak bapak. Lagi pun bukan ape sangat pun, surat je pun.




Memang best kan masa jadik budak sekolah dulu kan. Tak sangka cepat sangat masa berlalu. Sekarang ni umo dah tahap bebudak panggil makcik je dah ni...haha. Sekian sahaja penceritaan sahaya, tapi sebelum tu, dengarlah lagu yang menjdi siulan masa zaman sekolah dulu....babaiii!








sumber : You Tube





nota kaki: esok gue mula cutiiiii!!!! 


Wednesday, February 06, 2013

Apa nak dikataaaaaaa
















Sangatlah kretif orang yang wat ni. Bley tahan kagum jugak lah.....yang tak tahan siap ada jam tu...;)











sumber: google  image