Thursday, February 07, 2013

diSEKOLAHkan



Assalamualaikum....dah lama tak bercerita kan. Jadi hari ni marilah kita main cerita-cerita...hehehe. Dah lama sangat dah rasanya ku meninggalkan zaman kegemilangan masa sekolah dulu *gemilang lah sangatkan* haha. Tapi betul kan macam orang cakap, bila suatu hari kita imbau balik masa-masa lampau dulu, mesti rasa seronok kan walaupun benda tu negatif contoh pernah gaduh ke kan. Dan memang aku pernah pun bergaduh, dengan kawan sekelas, bley kata rapat lah jugak dengan dia. 



Aku pun tak berapa pasti punca pergaduhan tersebut tapi memang bawak 'ketengah' jugak la lepas tu sebab kena 'tangkap' dengan cikgu HEM (cikgu pompuan). Memang masak lah kena marah siap kena penumbuk sorang sebijik kat lengan...Penyudahnya, kami berdua kena cuci toilet. Pergh memang diakui  itu adalah buat pertama kalinya dalam hidup kena cuci toilet, sedangkan kat umah pun tak pernah buat. Bayangkan lah nak kena cuci toilet kat sekolah yang memang terserlah 'kebersihan' dia. Rasa nak nangis tapi tahan kan je lah, sape suh gaduh kan, memang kena hadap je lah. Tapi memang sampai sekarang memang takde sape yang tau maksudnya famli lah. Sib baek cikgu xde kol umah bagitahu hal nih kat mak bapak, kalau tak memang makan penampar daripada mak adalah benda yang paling pertama aku dapat lah jawabnya....hewhew


Lagi ape ye, ha pasal kena gosip dengan sorang cikgu laki. Bukan gosip sangat lah, tapi lebih kepada kena bahan. Sebab nya, ada satu hari tu, ada lah sorang junior ni datang kat kelas, panggil aku, katanya cikgu tu panggil aku pegi bilik dia. Itu sebenarnya bilik komputer, kecik je pun, sebelum adanya makmal komputer. Aku pun cam risau gak lah kenapa dia nak jumpa kan, sekali tau nape? sebab dia nak suh aku pasangkan langsir! boleh imagine, kelas aku punya lah jauh, dia boleh susah payah suh budak panggil aku padahal dia boleh je suruh budak tu ataupun sebelah bilik tu belambak je lagi kelas lain. Haish punya lah hangin kan tapi takpe, aku buat jelah. Agaknya nak test aku tau buat keje ke tak kot. Motip?



Lagi satu yang paling tak boleh lupa, ada satu hari tu lepas habis sekolah, ada lah member aku kasi surat kat aku, itu dari pakwe lah kunun, dulu kan suka balas-balas surat je..hahah. Yang member-member aku ni sibuklah nak baca jugak, aku yang tanpa rela ni pun buka lah, dan baca beramai-ramai, kira aku kat tengah-tengah yang lain keliling aku, tetiba, ada pulak sorang cikgu pompuan nih dia boleh menyelit antara member yang 'keliling' aku tadi. Ntah macamnana beleh perasan tapi memang semua time tu terkejut gila lah, aku lagilah, pucat takde darah! Sampai kesudah aku tak tau isi kandungan surat tu, memang baru je baca mukadimah je kot hihihihi. Dan lagi sekali aku selamat sebab cikgu tu tak bagitau kat mak bapak. Lagi pun bukan ape sangat pun, surat je pun.




Memang best kan masa jadik budak sekolah dulu kan. Tak sangka cepat sangat masa berlalu. Sekarang ni umo dah tahap bebudak panggil makcik je dah ni...haha. Sekian sahaja penceritaan sahaya, tapi sebelum tu, dengarlah lagu yang menjdi siulan masa zaman sekolah dulu....babaiii!








sumber : You Tube





nota kaki: esok gue mula cutiiiii!!!! 


7 comments:

  1. waktu sekolah ade lah waktu yg paling awesome!!

    ReplyDelete
  2. teringat zaman persekolahan thn 70an dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memori terindah sggh kan bunda ;)

      Delete
  3. Zaman persekolahan adalah zaman yang paling best kan ^_^

    ReplyDelete
  4. masa sekolah masa paling best hehehe

    ReplyDelete