Monday, May 21, 2012

Ulang Tahun Hari Penting Tarikh Keramat



Bila cakap pasal ulang tahun, ada banyak versi kan…ulang tahun kelahiran ( birthday nama gelemer nye), Ulang tahun perkahwinan ke perhubungan  ke ( Anniversary nama diberi)…..lau birthday je konpem banyak nak kena ingat, mak, abah, akak, abang, anak-anak buah lagi, tapi aku tak tau plak tarikh birthday nenek aku ( opah diberi gelaran) aah kan,bla list kan nama- nama tadi baru aku  perasan, aku x pernah tau pun. Dah la, Opah tu je satu-satunya yang aku ada, wan dengan nenek belah abah semua dah xde, meninggal. Huhu….. 


Ha kan banyak tul kan orang yang ada kat sekeliling kita, pastu lagi orang yang paling ‘dekat’ dengan kita x len x bkn, mest la Mr Bf….;). Terus terang, kalau besday ma,pa, kakak & abang2 aku, aku bley ingat lagi tapi bila masuk bab anak-anak buah, memang aku x berapa nak ingat, yang aku sangat ingat bulan je, tarikh memang sangat lah konpius…lau besday Mr Bf plak senang je nak ingat, sebab nye tarikh kitaorang sama cuma bulan je lain. Selamaaaat haha


Lau anibeseri plak, lau sape yang dah kawen, lebey la sikit nak kena ingat sebab ade tarikh bertunang & kahwin segala. Lau yang single lg senang ckit sebab ade satu baru. Ni pun aku senang jer nak ingat sebab tambah dua hari je dari tarikh masing2 pastu bulan mesti lagi ingat sebab bulan tu bulan yang sama kitaorang abis program GEMS….lagi skali selamaaat aku….heheh


Tapi kan, orang cakap pompuan je yang suka sangat dan bersusah payah nak ingat dan lau bley mesti nak sambut hari-hari penting ni kan. Tapi memang  betul pun kan. Laki memang kekadang xbrape nak amik berat sangat. Tapi aku rasa famli aku nih memang jenis yang x amik mudah pasal benda ni. Dari kecik sampai besar, mesti parents aku xkan lupa punya, kami yang 4 beradik ni semua penah merasa wat besday party ‘besar-besaran’ la jugak. Xde la besar mana, lau dulu-dulu wat majlis makan-makan panggil sedara mara dan jiran tetangga tu dah kira besar da la bagi aku. Pastu merasa la dapat hadiah banyak kannn…. Kira paling tidak pun, pa akan beli kek tak pun ma akan masak best sikit sebagai ‘tanda’ sambut la jugak ari jadi kami adik-beradik. 


Bila dah besar ni, kol je la. Kira walau pun kami ni dah besar-besar pun ma&pa tetap ingat jugak cam tu sebaliknya, kitaorang pun akan ingat dan at least kol dorang.  Tapi yang kelakarnya, lau tym besday ma atau pun pa, dorang yang akan kol kitaorang sebabnya, kalau pakai maxis kan dapat free kol waktu besday kita kan….So dah jimat dah duit prepaid aku di situ, tapi lau besday aku, aku tunggu je dorang kol aku, gila penting diri aku nih kan…hehehe


Sebenarnya, kita bukan nak orang ingat besday atau tarikh penting len sebab nak orang bagi hadiah. Tapi tu menunjukkan yang sejauh mana orang tu hargai kita. Itu bagi aku la, cuma lau orang kasi hadiah, tu bonus tuh, xbaik ‘tolak’ rezeki kannn…=). Aku cukup xbley blah lau aku tanya orang pasal umo mak & abah dorang, dorang bley blur. Da la xingat besday, tahun pun xtau, ni dah kira kes parah ni bagi aku, sangat parah okeh!! Lau besday aweks @ balaks mereka, ingat pulak kan.. haish pe la ngan ini olang kan, sangat xde sifat kekeluargaan btul kan…huhu. 


Nasib baek Mr Bf ingat je kan. Ye la lau dia xingat memang nak carik nahas ke ape, mahu aku ngamuk n majuk sebulan…aku kan suka marah-marah haha.  Xde la sampai camtu kan, paling x pun aku wat senyap je,majuk lam diam kot,  Ntah la sebab xpenah kena lagi kan.
Jadi marilah kita sama-sama ingat mengingati tarikh-tarikh azimat lagi keramat nih lam idup kita. Jangan nanti bila orang tu dah xde, baru la nak nyesal. Menyesal dulu pendapatan, nak-nak lagi yang berkaitan dengan mak bapak kita. Hargailah dorang sementara masih ada peluang lagi ni kan. Ye, aku ingatkan tuk diri sendiri jugak….







No comments:

Post a Comment