Monday, September 23, 2013

Picknik la kita



Salam
Rasa bersalah plak nak up kan entry ni
Sebab nya punya lah lama aku peram 
Punca utama malas adalah sebab nak edit gambo
Pergh memang malas tahap gaban
Kalau setakat nak menulis mengarang ayat aku takde hal sangat
Last2 tak edit pun, takat crop je senang
haha


Sebenarnyakan pada tarikh 31 Bulan Lapan 2013 yang lalu
kitaorang satu rumah bersepakat *sepakat membawa berkat*
nak pegi picknik *saja amik nama restoran nik masterchef sebab semalam lalu kat publika nampak la tapi dari kejauhan je lah*
Makanya lagi sehari dua sebelum tu wat lah persiapan
Beli barang-barang keperluan
Dari bahan mentah macam ayam kerang udang tu sampai lah ke arang & aluminium foil
Malam sebelum tu dah siapkan lah nak perap ayam, ni member aku yang buat 
Pandai dia buat secukup rasa kot
Pastu aku wat bubur ayam 
Yang lelain macam kerang udang sosej smua tu tunggu masa je nak dibakar xdelah nak perap bagai
Maka pada pagi yang hening tu gerak lah kitaorang berenam dengan 2 bijik kete (kete putih n kete silver)
Satu kete tiga orang
Gerak lah kami semua pada pukul 8 tak salah dengan rhiangnyaaaa *dalam hati jelah*
Tiba-tiba ada satu kejadian yang berlaku
Dekat dengan Pasar Selayang
ni nanti aku citer kat next n3 k
Sebab panjang dan sangat komplikated nak di bincangkan 
gitu
Dan selepas kejadian itu, kami dengan tak patah 'semangat' nya, pegi jugak lah
Sampai sana, satu hal lah jugak nak pilih port
Sebab ulu yam kan ada banyak destinasi yang kita bley pilih
Kat atas ke bawah ke tengah ke kan
Dan kami pilih yang kat tengah kot kalau tak salah
Dah dapat port hangkut barang sgala
Pastu pasang khemah bagai, idupkan api
Yelah semua dah kebulur
Time tu dah tengahari kot
Last2 masak dulu kerang sebab cepat masak
Yang bubur ayam tu xsempat nak panas
Kunun tujuan wat bubur ayam tu sebab senang n sedap dimakan bila sejuk2 pas berendam kan
Tapi tidak, kitang makan je sejuk2 suam tu
Dan nak dijadikan sadis lagi
Hujan pun turun dengan lebatnyaaaa
Nak masuk dalam khemah macam sama je nanti kebasahan
Pastu sure lah kepanasan kan
Maka kami pun truskan ajelah makan
Sambil makan sambil air ujan menitik nitik masuk dalam pinggan
Sian giler wei bila ingat balik
Tapi takpe, kerang tu punya lah sedap, manis
Segar lah kata kau
Bila ujan dah benti kami pun sambung lah idupkan api dan bakar lah segala hewan yang ada
Sambil nak tunggu masak kami berendam lah kan nak tunggu apa lagi






ni la kerang bakar yang sedap ituuu





besttt wooo org shampoo kan siap ngn urut lagi ;)


siap tayang shampoo loreal *dapat masa kat jln tar org kasi sampel*



nampak tak natang kat bahu minah ni, ape ntah nama spesis dia, lupa dah, tapi nama manja beliau ialah gwiyomi *pet kesayangan dia kot ni*;p


nampak cam camping kan dengan khemah bagai

lagi skali pose
                                   

ini semua poyoooo





bye bye ulu yammmm
                                   
Tetapi tengah siap siap nak balik tu, ujan rintik aje la tapi
Bila dah half way nak ke kete, terus lebat, sib baik lah tak berapa nak lencun
Walau apa pun, perkelahan ini bley lah dicop BEST
Bukan senang nak kumpul semua ada
Kengkonon semua biziii ya amat!
Next trip pelissss =)








17 comments:

  1. Nk itut tuk next trip..hehehe

    ReplyDelete
  2. wow ulu yam.mcm best je.bujang2 best lah g.kalo bawk princess.xnk balik pulak dye kang.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah konpem, tmbh skrg panasss je kl ni

      Delete
  3. Bestnyaa........ siap ada jambatan gantung lagi!.
    Kerang bakar tu buat Kak Mirror terliur la Dik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tu la sedapppp bangat itu krg! hihi

      Delete
  4. wahh~ t'ingat msa sem lepas prgi kat sni. hehe

    ReplyDelete
  5. Tahun ni belum ada jengah lagi ke Ulu Yam. Ringu airnya yang nyaman dan sejuk.
    Salam kenal dik.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum yanggg, bestnya piknik! lama tak piknik! nak mandi air sungai, air terjun. makan bbq~ hehehhee

    ReplyDelete