Monday, July 22, 2013

Semperit panjang




Assalamualaikum.....tetiba teringat pasal biskut raya. Yang lain aku xheran sangat, ada xpe xde pun tidak lah mengapa....gitu. Tapi yang paling aku heran adalah biskut semperit yang panjang tu bukan yang dahlia tu ye. Yang dahlia ni senang je cari merata-rata ada dan rasa dia tak sesedap yang panjang tu. Tapi bukan lah xde orang jual, ade je tapi musykil nak beli, takut tak sedap pastu tengok rupa pun macam tak berapa menarik...huhu. Aku nak yang betul-betul original, rangup tapi cair dimulut pastu tak rasa susu sangat, kira yang betul-betul original punya lah. Sebab kalau biskut-biskut jenis klasik ni, rasa tu memang tak bley lari ko, tapi kebanyakan orang slalu derhaka tau, taknak ikut resepi asal, kretip katanyerrr.


Aku gugel la wajah semperit panjang, kot-kot la ada yang tak tahu....begini rupanya




Kagum kan tengok biskut dia. Ha cani la aku nak. Tengok je pun dah tahu tahap kesedapan...Tapi malangnya, pemilik blog ni cuma tayang gamba je...pastu diakhir n3 dititipkan resepi. Cam, nak perli je, aku ngengada sangat kan, nak yang camtu tanak camni kannn, jadi sila wat sendiri! Aish kalau ada geng nak buat pastu oven pun sihat walafiat, dah lama buat *eceh* haha


Jadi kesimpulan cerita, kepada sesapa yang jual atau kenal penjual biskut semperit yang bercirikan seperti yang aku dah terangkan kat atas, tolonglah gtau aku. Tak pun yang rajin nak try resepi ni pastu jadi pastu baik hati nak jual kat aku pun boleh, sangat dialu-alukan. =) *senyum lebar nih* haha


Penutup cerita diakhiri dengan Selamat Berbuka semua ;)























pic kredit to : Semanis Epal Hijau 

Thursday, July 18, 2013

Pencuri datang lagiiiiiii *dugaan*




Salam.....pada pagi isnin yang mulia di bulan Ramadhan, ada satu makhluk ni telah cuba meloloskan diri ke dalam rumah bujang jang jang kami yang terletak di kawasan Lembah Pantai ini....Tapi bernasib baiknya kami sebab makhluk tersebut tak sempat pun masuk....Baiklah ceritanya begini


Aku akan bersiap-siap g keja dalam pukul 7.30 camtu, sedang elok aku nak mandi, dengar member umah macam gelabah pastu jerit *eh gelabah pun bley dengar ke, aku tak tahu nak guna word apa tapi dgr sore dia macam 'eh' 'apa ni'* pastu dia jerit 'ada orang nak masuk' 'pencuri' lebey kurang camtu la. Trus la aku zasss! Gila kau tak terkejut!  Gi usha kat tingkap kot2 nampak makhluk tu lari tapi xde.


Sebenarnya, masa member aku nak kuar, nak pulas tombol pintu, dia rasa macam ada orang bukak sama dari luar, bila dia buka tengok ada laki, trus dia tutup balik. Nasib baik la member aku ni sempat tutup pintu n lock dari dalam. kalu tak tak tahu apa nak jadi. Agaknya makhluk tu terkejut tu yang dia tak sempat nak buat apa-apa tu.

Bila kitaorang bukak balik pintu, tengok grill terbukak siap dia sandarkan kasut kat grill tu, tujuan bagi senang dia nak kluar balik nanti pas dia mengutip hasil 'tangkapan' dia agaknya...bijak bijak

Dan sebenarnya jugak, nak dijadikan citer member umah yang lagi sorang, pernah ternampak laki yang fizikal nya lebih kurang macam makhluk tu, nak naik ke arah umah kami. Untuk pengetahuan umah aku tu hanya lah flat dan yang paling atas. Yang jiran sebelah pun pompuan jugak so macam musykil ada laki plak nak naik sampai kat atas (umah kami). masa tu dah malam, pukul 11 ke atas mungkin iaitu malam yang sama.Tapi yang silap nya dia tak citer kat kitaorang....dah terjadi baru nak citer tapi tak mengapalah, benda dah nak jadi, kalau tahu pun agaknya kitaorang still blur dengan sign yang telah ditunjukkan....


Dan mulai saat itu, memang rasa takut gila, dok dalam pun takut kat luar lagilah....macam-macam kan sekarang boleh jadi...Sekarang bila nak kuar rumah je, aku standby benda alah ni. Kot-kot la masa nak turun bawah terserempak plak dengan makhluk tu ke kan....aish



tenkiu tuan bf sebab telah membelikan bendalah ni, tatau nama apa, tapi yang ni ada dwi fungsi, satu torchlight yang kedua ada lah yang paling utama iaitu tuk menfire suspek...Aku tak tahu la bendalah ni nama sebenarnya apa, tak salah volt stun gun kot. Rupanya adalah begini:





bertukar jadi torchlight


Bila tekan dia akan mengeluarkan 'short' atau renjatan. Ala yang macam cite Betul Ke Bohong tu, yang kalau salah jawab, dorang letak kan tangan kat atas meja dorang tu pastu dorang kena 'short' kan, ha gitu la kekdahnya.....


Siyes ni sangat berguna, at least adalah juga 'senjata' tuk mempertahankan diri. Yang lelain macam pepper spray pun ok jugak wat stok lam handbag. Tapi satu je, kalau rasa kita berada di zon tak selamat, cepat-cepat kluarkan dan standby, jangan biarkan dalam handbag pastu kalau sesuatu terjadi baru nak kluarkan memang tak la. Sebab mana nak gabra lagi mana nak kuarkan bendalah tu. Pastu kena hati-hati jugak, kalau salah tekan or terkena kat kita padah jadinya. Bak kata incik bf, bley pengsan kot, sebab volt dia bley tahan tinggi gak.


Kalau ikutkan, ini adalah kali kedua umah kitaorang hampir kna rompak. Bila wat repot, polis cakap, area umah tu memang black listed. Jadi memang banyak lah kes-kes yang macam kitaorang...Sebelum ni umah bawah kitaorang kna gak, pun masa lebih kurang macam tu jugak, 7 lebey PAGI....elok suami akak tu pegi keje, dorang pun wat la projek. Tapi tak sempat nak curi apa-apa rasanya ntah la xpasti sebab akak tu menjerit trus dorang lari agaknya....Dedulu ingat orang nak mencuri time malam tapi sekarang lagi hebat, siang siang pun boleyy, tambah pepagi lagi la sunyi sebab orang dah pegi keja kan....


Sekian lah sahaja cerita saya, terpanjang lah pulak. Harap kita semua berhati-hatilah ye...



















Wednesday, July 17, 2013

Wordlessss Wednesday ~ shepherd pie ~






Assalamualaikum.....Saja nak share gamba ni....Ini bukan menu berbuka tau, tapi ni adalah gambar makanan lama, masa makan kat secret recipe, tetengah nak pilih kek, nampak plak sheperd pie ni, saje lah try....Gara-gara tengok masterchef, ada skali tu si Syura masak ni, masa tengok tu punya terlio. Jadi gue pun cubalah....tapi malangnya, tak sedap puuuuung.....baik amik je cis kek! Cissss kuasa dua btol ~










masih bertahan lagi kan, xterlio kan? ;)



Wednesday, July 10, 2013

Hanya kerana kasut itu






Assalamualaikum.....Arini ari pertama puasa. Amacam, ok tak?
Tapi mesti rasa eksaited sikit kan, ye la awal-awal ni kan, menu nak berbuka nanti pun mesti nak yang glemer n sedap2 je kan, ni kes mak-mak orang la ni, mesti nak yang terbaik tuk anak2 n somi. Ye la nak bagi semangat sikit kata anak2 suh berpose kan?! Aku yang tergolong dalam golongan bujang jang jang ni, bese2 je. Fokus kat lauk je, kuih-kuih tu kalau rajin, g beli kat bazar, kalau malas, xpayah! senang citer! Tapi kalau dulu time sekolah, time berbuka mesti nak kena ada kuih, popia ke, murtabak ke, air plak nak yang lazat je, tembikai, laici, tebu paling cikai pun sarsi la, betul tak? Tapi sekarang, apa pun boleyy..

Ceh mukadimah je nak meleret....Ari tu aku ade la ternampak gamba kat atas ni kat oh media....Pastu rasa macam tertarik plak. Tengok komen orang, memang macam-macam la...ade jugak yang kondem,
'ape la kasut buruk pun nak takut orang curik'
'gile kedekut, beli je lah yang baru'
lebih kurang macam tu lah ayat-ayat orang komen.
Betul la nampak macam, alahai sape la yang nak kasut camtu dah la koyak buruk lak tu. Tapi bila difikir-fikir balik, ada kot maksud tersiratnya. Pikir-pikir kan lah.......

Selamat berpuasa dan BerIftar ye kengkawan.....

nota kaki: Dah lama tak dengar word IFTAR ;)






credit to oh media  

Tuesday, July 09, 2013

Dua Perkara




Assalamualaikum.....Esok pose kan? Semalam bley plak lupa nak dengar pengumuman pose...tgk kat fb je, kengkawan up status..tp da bley agak da, mesti rabu punya.....

Pastu dalam dok layan fb, nampak plak ada orang share video. Aku pun tengok la....rupanya budak ni wat video khas tuk boipren nye yang terchenta!
Siap nyanyi nyanyi bagai. Itu xkisah lah, tapi yang wat nak tergelak, dia ye ye je cakap
'awak tau x arini ari ape?'
'Kita dah kapel seminggu SEMINGGGUUUU!'

Gila dasat tak dasat, kapel baru seminggu dah macamkan setahun! Pastu ada plak lepas tu orang share lagi gamba boipren dia tu ngan koleksi gf yang terdahulu, ada 5 orang kesemuanya! Dorang cakap laki tu playboy! Muahahah macam macam bebudak sekarang ni! Tapi layan kan je la, sekadar hiburan malam hari...Tapi tu la, memang banyaaaak sangat orang komen ngutuk dia....sian gak, tapi kira budak tu telah menjadi bualan dan femes dalam sekelip mata!

Pastu lagi satu orang share video korean ni dia propose gf, punya gempak! Korang kalau tak tengok, g lah gugel sendiri...Tapi memang ntah bape riban kot laki tu perabih! Aku baca kat mana ntah, kunun nya ada 50pelakon, 40 ahli orkestra n penyanyi asal tu pun ada, Lee Seung Chul *Fuh lap peluh*Apakah bentuk pembaziran lah kan, kawen nanti xtau cemana. Tapi bukan pasal itu yang aku nak hilite kan disini, tapi lagu dalam video tu......best kot, pes taim dengar dah suka. Eh ntah kenapa sekarang aku suka plak dengan lagu-lagu korea nih!







Friday, July 05, 2013

~tamaN SEOUL Garden~




Salam.......Sesungguhnya ari jumaat adalah hari yang palinggg best, bukan sahaja penghulu segala hari tapi juga sebab last day bekerja! haha Tetiba macam ada banyak pulak gambar makanan yang nak ditayangkan sempena bulan pose nak dekat ni...hihi. Ni semua dah lama dah, maka jadi n3 tergendala dan lapuk la...tp takpe lah kan, bley jugak dibuat kenangan ye dak?!....;)

Ni nak kongsi citer ni pes taim saya memakan di Seoul Garden...Sebelum ni pernah je makan steamboat & grill tapi hanyalah kat Johnnys tapi yang ni steamboat je lah grill xde, pastu yang slalu kat Madam Ridzzq Steamboat & Grill kat Seri Kembangan, dari harga RM20 per pax sampai ke RM25 per pax dok asik makan kat situ je, dengan alasan kat situ je paling senang dan dekat nak pegi kalau dari umah akak. Johnny's xbest sangat sebab mahal pastu terhad lagipun dia bukan bertemakan 'all u can eat'. 

Disebabkan kesian dengan kekasih hati nye ni yang tak pernah masuk Seoul Garden ni, maka si boipren pun bawakkan lah di suatu petang di musim yang lalu.....hihi. Sama je konsep nya dengan restoran steamboat & grill yang lain tapi beza dia sebab berasaskan makanan korea. Satu benda yang paling nak cuba ialah kimchi, tapi lupa plak nak amik gamba. Sebab dok terjebak ngan running man kan, sebab ada satu episod tu dorang kena buat kimchi ni. Sedap la jugak, kira bley la kalau nanti nak gi Korea! *tetiba* muahaha





dimulakan dengan gamba tuan belog yang sedang  pada mulanya makan guna chopstick

dan lagi....


Diikuti dengan tuan boipren yang belanja itu...pun konon guna chopstick

Padahal behind the scene, pakai sudu garpu jek ! haha



Pastu yang nampak perbezaan ialah, kalau kat Madam Ridzz tu dessert nya memang lah ada cendol, abc dan ais krim tapi tak berapa sedap. Kalau abc tu, setakat ada jagung, kacang tanah dan kacang merah (kidney bean) tu je lah TAPI kalau kat seoul Garden nih macam-macam ada! Tapi aku lagi sukaaaa ais krim dia, sedap pastu disertai dengan kacanggg dia yang sedap bila dah bergabung dua tu, memang mabelesss wa cakap luuuu!


ABC...sedapppp *puji sebab sendiri buat*

sedapppp oooo *kacang tu yg penting!*

Penutup kepada semua gambar



Kitaorang makan masa lunch, harga murah sikit, sebab tu takde ketam kot? Tapi memang best la makan kat sini, sebab sos yang aku suka ada (sos thai) pastu sos korea pun bley tahan la, takde plak rasa macam ayam kepsi yang ala korea tu, punya manis, tak paham aku! 


Begitu lah kisah makan-makan kami ye. Diharapkan anda 'terhibur' haha ~



Monday, July 01, 2013

Twist and turn and twirl = whirl






Salam....arini dah pun masuk 1 JULAI 2013, pastu minggu depan dah nak masuk bulan ramadhan, ari Rabu Insyaallah...gila cepat masa berlalu kan? Pastu ujung minggu ni nak marathon cari saki baki keperluan ramadahan + raya...Raya okeh, pose pun belum, tapi tu la, bagi aku senang kot nak cari awal-awal, tanak dah jadi macam tahun lepas, menggelupur semua nak cari last minute! Pastu dah setel semua baru lah bertenang-tenang sajo pasni.....



Sebenarnya baju raya dah dapat semalam, tapi lelain belum lagi, tu yang kena bersambung tu. Memula aku nak beli kale peach, yela sebabkan ada orang tu bagi shawl kale peach all the way dari pakistan kan, jadi haruslah kena mengambil dan menjaga hati beliau tuk dipakai di pagi raya, tapi kale peach xde lah pulak, jadi amik lah kale biru, eh apa kelas panggil biru, electric blue laaaaa! *baru stail!* Makanya teruslah sama-sama mengikut tema kale famli ku iaitu biruuuu. takpe lah pasrah je la, janji ada baju raya. Tapi bukan nak cakap la, kali ni memang paling pantas la aku carik baju, aku tengok-tengok jap kat fb butik tu, pastu pegi butik tersebut, try 2-3 pasang pastu terus beli, xde der nak masuk dua tiga puluh kedai nak cari. Korang dah setel blum, apekah tema kale, pesen baju? Dasat kan sekarang baju raya pun nak kena ade tema. Tapi bukan ape pun, sebab nak sonok-sonok pastu nak bagi nampak cantik je dalam gamba, betul x? 







Pastu kan korang, gue ada jumpa satu lagi lagu yang best, memang layan kot suara dan muzik dia nih. Nama dia Narmi, sebelum ni kenal dia pun sebab dia pernah duet dengan Diandra Arjunaidi. Pastu rupa-rupanya Narmi tu dari perkataan Imran... narmI = Imran....dia terbalikkan nama dia. Tapi sedap + klasik kan nama Narmi tu...=) Ok lagu ni bertajuk ~ WhIrL ~...Dah lama kot lagu ni rasanya, tapi aku je yang baru tau.....orang macam aku biasalaaaa....haha


Cekidauttt dan Selamat Berpuasa in advance!