Friday, July 05, 2013

~tamaN SEOUL Garden~




Salam.......Sesungguhnya ari jumaat adalah hari yang palinggg best, bukan sahaja penghulu segala hari tapi juga sebab last day bekerja! haha Tetiba macam ada banyak pulak gambar makanan yang nak ditayangkan sempena bulan pose nak dekat ni...hihi. Ni semua dah lama dah, maka jadi n3 tergendala dan lapuk la...tp takpe lah kan, bley jugak dibuat kenangan ye dak?!....;)

Ni nak kongsi citer ni pes taim saya memakan di Seoul Garden...Sebelum ni pernah je makan steamboat & grill tapi hanyalah kat Johnnys tapi yang ni steamboat je lah grill xde, pastu yang slalu kat Madam Ridzzq Steamboat & Grill kat Seri Kembangan, dari harga RM20 per pax sampai ke RM25 per pax dok asik makan kat situ je, dengan alasan kat situ je paling senang dan dekat nak pegi kalau dari umah akak. Johnny's xbest sangat sebab mahal pastu terhad lagipun dia bukan bertemakan 'all u can eat'. 

Disebabkan kesian dengan kekasih hati nye ni yang tak pernah masuk Seoul Garden ni, maka si boipren pun bawakkan lah di suatu petang di musim yang lalu.....hihi. Sama je konsep nya dengan restoran steamboat & grill yang lain tapi beza dia sebab berasaskan makanan korea. Satu benda yang paling nak cuba ialah kimchi, tapi lupa plak nak amik gamba. Sebab dok terjebak ngan running man kan, sebab ada satu episod tu dorang kena buat kimchi ni. Sedap la jugak, kira bley la kalau nanti nak gi Korea! *tetiba* muahaha





dimulakan dengan gamba tuan belog yang sedang  pada mulanya makan guna chopstick

dan lagi....


Diikuti dengan tuan boipren yang belanja itu...pun konon guna chopstick

Padahal behind the scene, pakai sudu garpu jek ! haha



Pastu yang nampak perbezaan ialah, kalau kat Madam Ridzz tu dessert nya memang lah ada cendol, abc dan ais krim tapi tak berapa sedap. Kalau abc tu, setakat ada jagung, kacang tanah dan kacang merah (kidney bean) tu je lah TAPI kalau kat seoul Garden nih macam-macam ada! Tapi aku lagi sukaaaa ais krim dia, sedap pastu disertai dengan kacanggg dia yang sedap bila dah bergabung dua tu, memang mabelesss wa cakap luuuu!


ABC...sedapppp *puji sebab sendiri buat*

sedapppp oooo *kacang tu yg penting!*

Penutup kepada semua gambar



Kitaorang makan masa lunch, harga murah sikit, sebab tu takde ketam kot? Tapi memang best la makan kat sini, sebab sos yang aku suka ada (sos thai) pastu sos korea pun bley tahan la, takde plak rasa macam ayam kepsi yang ala korea tu, punya manis, tak paham aku! 


Begitu lah kisah makan-makan kami ye. Diharapkan anda 'terhibur' haha ~



20 comments:

  1. Assalamualaikum ayam kfc yang depa buat ikut korea tu memang pelik. tak kena dengan tekak melayu ni. hhihi baiknya bf belanja. nak tumpang sekaki dua boleh yanggg? hehehe rege dia camne? sheila tak pernah lagi makan kat Seoul Garden ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Sheila.....tapi rasanya orang Korea makan pedas bukan manis!...hihi nant awak ajak lah somi terchenta blanja ;) regenya Rm28 per pax (kalau xslh), tapi lunch ngn dinner lain harga

      Delete
  2. saya x pernah lg try mkn kt seoul garden. hehehehe. selalu kt johnny's restaurant je pun. yup..mmg betul, org korea mkn yg pedas2 je. kimchi dia pun rasa ala2 asam pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok xpe, nnt bley pegi cuba k sblm due date! hihi ;)

      Delete
  3. awkkkk bila nk dating bersama???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jooom! bla2 msa dan dimana jua :P

      Delete
  4. hehehe nampak cam best tapi KA kurang minat korean food ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. xmnat pun xpe, sbb dia sma je mcm steamboat lain....

      Delete
  5. mak br je gi makan sana 2 minggu lepassss mmg sodapppp tapi harganya lagi sodappppppppppp hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo yke......tula psl MD, skali skala bley lah! hehe

      Delete
  6. bestnya boyfriends belajar...akak pun tak pernah masuk makan kat situ..

    ReplyDelete
  7. sedap makan kat sini, tapi makan time dinner maHal oooo Giler maHal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, mkn time lunch je la nmpknya...hihi

      Delete
  8. ni yg buat yui tak sbr nak try gak kat seoul..aishh

    ReplyDelete
  9. Mcm sedap jerk.. Akk x pernah pun cuba makanan korea nie.. hihihi

    ReplyDelete
  10. alahaiii xreti nk mkn makanan korea ni.ahcaner nk g.mmg rasa teringin.tp takut xleh masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. same je cam steamboat lain, cuma ade je xtra sos n mknn yg ala korea...sesuai je tuk semua citarasa...hihi

      Delete