Monday, August 19, 2013

Aidilfitri 2013



Salam semua....
Selamat Hari Rayaaaaaa! Maaf Zahir Batin kot ada tersalah silap harap dimaafkan lah ye....
Ohhoiiii!!! Ni dah raya ke brapa baru ada mood nak up citer raya gue di tahun ini
Bukan sebab malas nak menaip tapi sebab malas nak pillih pilih dan edit edit gamba bagi nampak senonoh sikit kan
Tapi ye ye je nak pilih sgala padahal raya kali ni, gambar yang aku tangkap memang xpayah susah-susah nak kira, memang sikiiiiit sangat!
Sebab di pagi raya, kami cuma beraya berlima, mak abah, akak n anak dia (laki dia keje) dan aku, pastu abang & famli dia beraya kat umah mertua dia dulu
Jadiknya, memang dah dapat bayangkan camna lah kan suasana hari raya di pagi syawal tu
Konon esoknya bila dah ramai berkumpul, abang n famli dia pun dah ada, niat nak amik gambar bersama tapi terkubur macam tu saja bila semua pun lupa........... apekah lah kan....
Tapi takpe lah, kira setakat 2-3 keping gambar yang ada ni pun kira ok lah, ada jugak tuk dijadikan kenang-kenangan
Pastu kira kami semua (berlima) ni memasing pakai plak kale sama, kira tema pagi itu adalah biru. jadik adalah jugak mood raya tu kan
Tapi bila pikir-pikir balik ( time raya jelah tetiba baru nak terpikir benda ni kan), sebenarnya kalau adik beradik ramai ni best jugak kan, baru terasa meriah, dapat berkumpul semua, baru lah terasa disorga, ini setakat adik beradik kitaorang yang sekerat ni, bila sorang xde, rasa macam separuh keriuhan & kemeriahan tu hilanggg....
Ok lah berbalik pada cerita di pagi syawal tu, cam bese la pepagi bangun panaskan lauk segala, siap hidang-hidang semua pastu amik amik gambar jap trus makan. Dah tu baru lah sesi bermaaf maafan pulak
Pastu kali ni takde sapa pun yang drama queen nak menangis ke hape ke, smua relaks je, macam bukan salam raya...punya takde feel raya! hehehe
Pastu patut lepas tu pegi ziarah kubur, tapi tak pegi sebab daun pandan ke, bunga sekuntum pun xde, jadinya postpone ajelah keesokkannya harinya...



ni lah bonda saya ;)



ni pula ayahanda saya =)  *port amik gamba tak best langsung, kat kerusi malas jugak yang dipilih huhu*


ini pula anak buah saya yang tersayang :)


dengan beliau lagi....




Pastu raya ketiga *tetiba cite raya ketiga* baru lah kitaorang pegi ziarah sedara mara semua, yang memang hanya raya je baru bley jumpa, kalau takde raya memang tak jumpa lah


Raya keempat plak kitaorang berkonvoi *2 kereta je pun* pegi penang, sebab anak angkat abah bertunang. Patutnya dia wat raya ketiga (sabtu) tapi disebabkan ada masalah teknikal, jadik dorang postpone lah ke ahad tu. Dah la isnin aku keje, jadi mc jelah jawabnya, sebab isnin tu baru balik KL

ni la tunangan orang itu, perasan tak muka dia macam siapa?


macam Vanida Imran, tapi lam gambar tak nampak sangat
Pastu singgah jap umah makcik tapi dia takde lah pulak, sib baik anak dia ada. Sebelum balik tu singgah jap gi Padang Brown, makan pasemboq. Benda wajib makan kalau pegi penang kan?!

ni ajelah gamaba yang paling senonoh untuk ditayangkan


ni la pasemboq kalau ada yang tak tauuu!

Pasemboq tu kami amik tiga pinggan, satu pinggan RM10 tuk 3 orang makan. Memula makan rasa macam banyak gila tapi licin akhirnya okeh! haha

Begitu lah cerita raya saya di tahun ini, harap terhibur walaupun tahu korang mesti baca tak sampai abis pun, xpe saya paham, saya pun tahu tahap kebosanan entri ini! miahahaha







nota kaki: tahun ni masih lagi dapat duit raya dari 3 lelaki ( Abg, Abg Ipar n Bf) =)




14 comments:

  1. selamat hari raya weh. awak nampak birru~~ hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt hari raya jugak! ye saya mmg biruuuu ;)

      Delete
  2. kaler baju biru tu cantik !..selamat hari raya

    ReplyDelete
  3. electric blue..huhuhu..wt kite rasa lapar la awk ni..oohh pasomboq!!!Selamat hari raya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah elec blue! haha sori la tp pasemboq tu klu tgk gambaq ja pun mmg dah tempting!hihi

      Delete
  4. cntik warna baju..

    sedapnya mkn tuuuu..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum yangg, selamat hari raya. maaf zahir dan batin. awak nampak manis sangat bertudung! heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm yang....slmt ari rya juga....macih sheila ;)

      Delete
  6. samalaa kte, tapi kte lg terasa, adk-ik beradik dua org je. hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo yke.....hihih tp teteap meriahhh kan?! ;)

      Delete