Thursday, March 21, 2013

Di suatu petang, dimusim yang laluuu~




Salam. Nak cerita apakah yang telah terjadi pada diri ini pada dua minggu lepas.
Ye sangat lah lapuk citer ni tapi tak kira nak citer jugak.
Aku tengok ramai lah yang up citer kata Rock OoOo tu best gila!
Jadik saya dan kawan-kawan pun bersemangat wajalah untuk menontonnya.
Dah la selamba ikut orang nak ngedate! muahaha.
Aku tak kira, asal dapat tengok movie tu!
See aku sangat gigih kan?!
Jadi ke Mutiara Damansara lah kami.
Nasib kat e-curve tak berapa ramai.
Tapi memang potong mood bila ada orang yang sangatlah tak beretika di dalam panggung.
Ntah kenapa ntah sorang budak pompuan belakang aku ni, terlampau suka gelak agaknya.
Kalau benda tu tak lawak pun dia gelak.
Permasalahan disini adalah, dia gelak yang dibuat-buat ye.
Aku maha tensi kot tu yang rasa cite tu tak brapa best! grrr.
Sampaikan ada geng budak laki pun bahan dia pastu kalau dia gelak, bebudak laki ni pun buat2 gelak jugak! Jadi bukan aku n kengkawan jelah yang tak suka kan?!
Citer ni takde lah teruk sangat cuma sebab aku harapkan citer ni mesti lagi best dari yang sebelum ni tapi hampa.
Tapi kira ada jugak la part2 yang memang klaka.
Terutamanya watak si amy tu, memang tak bley blah!



rocker tapi gaya macam hindustan. apakah?! hahaha


Dah habis tu, jenjalan lah kat street market kat luar e-curve tu.
Sebenarnya memang tak tau pun kewujudan pasar ni.
Tak besar sangat lah, tapi happening gak lah.
Sebab waktu tengah belek-belek scarf, aku dengar cam ada live band, skali bila dah pegi kat ujung pasar tu, tengok orang ramai dok kerumun kat situ, siap ada cameraman sgala.
Rupa-rupanya ada sorang laki ni nak propose gf dia.
Terpegun aku n member. *telan ailio*
Sebelum ni tengok kat you tube je, tapi malam tu tengok secara live ye! =)


Okaylah, itu je la aku nak citer. best kan best kan?! Muahaha. okay bai~








Friday, March 15, 2013

Bila Commander Jong Kook & 2 kids bergabung maka terhasillah










Salam....sapa yang layan citer Running Man

 mesti tau 3 orang ni kan...Jong kook, Haha & Gary....Tadi nampak orang up kan video nih kat fb lantas telah menyukainya... Walaupun bila mula-mula dengar nak gelak pun ada, sebab ye lah, aku memang tak kenal pun dorang ni sebelum tengok RM, walaupun tau dorang memang penyayi, tapi bila dengar dorang nyanyi agak jakun disitu! Bila dua tiga kali dengar cam best plak. Jadi marilah kita sama-sama layannnnnn~






nota kaki: paling suka kat Joong Ki tapi dia dah xda, tapi masih layan citer ni sebab yang lain2 pun best dan sangat lah kecoh!



Thursday, March 07, 2013

Pernah kah kau merasa......



Pernah tak korang rasa bila korang rasa nak marah sbb geraaaaaaaaam sangat kat sesorang tu tapi marah ko tu terkubur begitu sahaja sebab kalau termarah kang gaduh plak atau kalau bagitau direct kang, sentap plak. Eh tapi kalau gtau tak gtau pun dia memang kaki sentap lah. Sesuka hati dan sesedap rasa dia je nak buat ekspresi wajah dia cemana dengan tiba-tiba, bak kata orang 'ikut mood' gitu. Jadiknya, permasalahan tersebut tergantung begitu sahaja.....lagipun, esok-esok dia buat lagi. Jadiknya keje aku ni memang takde lain lah, asik bersabar bersabar, ingat aku takde keje lain ke hape? To Anon, tolong berperangai senonoh lagi beretika sikit bley?


Pernah tak korang jumpa benda pelik-pelik kat toilet *merujuk kepada toilet di ofis ye kawan-kawan*?  Aku pernah okeh, tapi tak bley lah nak gtau sebab sangatlah sensored tapi gila pelik sebab memang tak masuk dek akal camne 'menda' tu bley berada disitu! Sape nak jawab?!


Pernah tak korang alami situasi yang mana bila ko tengah buat sesuatu @ berada di satu suasana tu, ko rasa yang eh, rasa macam pernah jadik @ sama lah bla bla bla, 'dejavu' lah kunun. Aku pernah! *dengan perasaan bangganya gitau muahaha*. Pada yang tak pernah alami mungkin tak paham, hanya mereka yang pernah lalui je yang tahu....


Pernah tak korang rasa nyampah + bengang + stress bila berhadapan dengan orang yang kunun nye takut @ geli tapi sebenarnya lebih kepada gedik! Contohnya macam tetiba ade lipas @ cicak melintas pastu yang si anon ni menjerit ketakutan macam ngan hape je, sampai aku tenung natang tu, tang mana yang seram pun tatau! Haish = stress berganda........... Grrrrrrr


Pernah tak jadik kat korang bila bangun pagi, tetiba nampak ada kesan lebam kat badan? Aku sangat lah selalu jadi camtu. Orang cakap kunun-kunun nya h.a.n.t.u. Ada jugak kata kunun lipas yang gigit @ isap darah ko.....ntah lah aku pun tatau. Tapi kan, kengkadang, kalau aku rasa seram time nak tido tu, bila esoknya tau-tau lebam tersebut sudah ada. Musykil sangat. Ada sapa-sapa tau?




Lima PERNAH yang dah aku senaraikan. Nak wat lelebih kang dikatakan hover plak *sebenarnya dah kering idea*...muahaha. ~Sekian~



Assalamualaikum