Salam.......Cane eh nak bermukadimah....xde idea plak. Cuma semangat je berkobar-kobar nak share pasal Pee Mak ni. Sapa dah tengok? Ke ada yang tak tahu pasal Pee Mak ni natang apakah?! Tapi takpe, sebelum ni aku pun tak tahu, main terjah je nak tengok sebab dah takde pilihan. Tapi ini adalah pilihan yang sangaaaaaat bijak. Memula rasa cuak je gak nak tengok sebab kalau cite Siam nih kan kalau wat cite hantu memaaaaaang real pastu seram! Tapi cite ni memang beza gila. Dari mula cite sampai ke titisan terakhir memang lawaaaak je. Macam setiap masa nak gelak, kalau seram tu kekadang je, kira sikit je. Patut lah waktu kat dalam panggung tu punya ramai orang, penuh kot. Ingatkan sebab cuti sekolah rupanya sebab cite ni memang best n menjadi bualan ramai mungkin?!
Cite ni pasal 5 sekawan ni askar pastu pegi berperang. Masa tengah tengok tu patut la rasa macam kenal je geng ni, rupanya diorang belakon cite 'Phobia 2' ( dalam movie ni ada 4-5 cite pendek, kira dorang berlakon yang cite pasal kru shooting filem tu, kira yang ni la paling lawak dan best, yang lelain tu seram). Ok berbalik pada cite, salah sorang dari geng tu nama dia Pee Mak, orang panggil Mark@Mak. *Masa dia nak ajar kengkawan dia sebut Mark tu kelakar gila *sebut Mark sambil tekankan bunyi R tu*, dia ni ada bini ( Nak) kat kampung yang tengah sarat. Pastu dah habis perang, dorang pun balik umah si Mak ni, dan Mak offer kengkawan dia tu dok kat satu umah kosong kat depan umah dia. Masa sampai kampung tu sunyi gila sebab yela mungkin sebab perang kan, tapi padahal orang kampung semua takut kan Nak sebab kononya Nak ni hantu. Kecoh la pasal ni cuma Mak je xpercaya, sape nak percaya bini dah mati sedangkan dia jumpa elok je bini dia sihat walafiat kan. Tapi kengkawan dia yang lain ni la yang dapat agak. Masa dalam proses nak tau sapa sebenarnya hantu ni la yang paling klaka gila, orang ni teka dia ni, yang dia plak teka dia tu.
Antara part kelaka:
* Mak show off yang nama dia nama Inggeris, jadi kena sebut Mark *tekan 'r' lebih sikit
* Masa main game teka-teka tu, si Mak ni suka hati dia je main sebut ikut tekak dia padahal takde kena mengena pun dengan soklan ( Mak ni watak dia naif = lurus n bodo2 skit )
* Masa kengkawan suspek Nak ni hantu, dorang lari nek sampan ( rumah antara Mak n kawan2 dia ni terpisah dengan sungai jadik kena nek sampan ), puas berkayuh tapi tak sampai2 jugak asik dok berpusing-pusing sampan tu, punya cuak la dorang! Lawak bangaaat!
* Masa scene kat dalam rumah hantu kat fun fair
* Lagi yang masa dorang suspek Mak pulak hantu, jadi dorang lari beramai-ramai termasuk bini & anak Mak nek sampan, sampai nak tenggelam lah sampan tu *tengok sendiri tak tahu nak explain haha*
Eh banyak la, banyak sangat2 part2 yang lawak tahap dewa. Sesungguhnya memang tak rugi tengok, kalau yang malas nak gi tengok kat panggung, download sudaaah tapi kena tunggu sebulan dua lagi la kot. Tapi takpe, asalkan dapat tengok! Okay takat tu je la nak cite, sebab kesian kat sesapa yang tak tengok lagi, nanti dah xde feel kan. Sila lah tengok sebab memang best sangat2, aku rate 5/5 wa cakap lu. So pastu bley la tahu sapa sebenarnya hantuuuuuu...Eh rasa nak tengok lagi pun ada!
best best! mmg best bila baca review awk ni. rasanya nak kena pegi tgk jugaklah nnt. hehehe
ReplyDeletesuriaqistina.blogspot.com
tenkiu...hihi. Owh sila lah pegi memang besssst!
DeleteAssalamualaikum. best ek? waaaa sheila tak tahu pula cerita ni jenis kelakar. nak ajak suami, takut beliau tanak tengok je. hehehheeee
ReplyDeleteWslm sheila....ha tu la, nmpk mcm seram padahalll....ajak la beliau secara berhemah! hehe
Deletentah bila dpt tgk citer bru pun tak pasti..huhuh
ReplyDeletexpe nnt Yui dunlod je
Deletebest ker citer ni, KA tgk yg dulu tu neng nak ke pe benda tah !
ReplyDeletebest sgt! ooo yke, sy pun xtau haha
DeleteDah lama tak masuk panggung tunggu anak2 download jelah.
ReplyDeletePun boleh, asal dapat tengok, kan?!
Deletewah mcm menarik je kan citer ni
ReplyDeleteMemang menarik gilosss la MD ;)
DeleteHi Beta Kupu, this coming to you from Canada. I have lost touch with Malaysia, da 26 years....but tengok gambar tu looks interesting.
ReplyDeleteYou have a fun weekend, keep a song in your heart.
Lee.
Ya, the movie is nice and it was a very fun wiken for me. Tq Uncle Lee , n some more u still can speak malay ;)
Deleteyui sggh selasa naa =)
ReplyDeleteMacih Yui ;)
Deletehelo si manis.... kita follow and blogwalking disini....selamat berkenalan
ReplyDeletewww.wannsury.com
helo si cantik...tq ye, slmt bknalan, nnt kta berwalking kat blog awk plak k ;)
Delete