Tuesday, December 18, 2012

Dulu kini dan dot dot dot


Assalamuaikum. Mungkin lambat lagi nak masuk ke tahun 2013 tapi rasanya sekarang nih kan aku rasa sekejap je masa berlalu tau-tau je eh dah awal bulan, kelip-kelip mata sekali lagi eh dah ujung bulan. camtu lah hendaknye...... 

Tapi kan, walau bagai mana pun, aku rasa untuk pertama kali nya dalam hidup, aku nak mengumpulkan sedikit list untuk azam di masa mendatang. Owh nampak sangat selama ini aku xde azam kan *sabarjelah*. Bila usia semakin menginjak *aku xde lah tua sangat ye anda anda sekalian* baru aku rasa yang azam ni sangat lah penting. Bukan azam sangatlah tapi lebih kepada apa yang kita target atau nak tuk diri kita. Sebelum ni aku bukan takde langsung perasaan nak buat atau dapatkan sesuatu tapi aku ni jenis yang takut sangat aku akan kecewa bila tak dapat. Ye aku ni mungkin lah keras hati tapi aku tak bley trima kalau ape yang aku nak tak dapat. Sebab tu aku set kan siap-siap dalam kepala otak aku nih jangan mengharap apa-apa yang tak pasti dapat ke tidak. Tapi slalunya bila aku yang takde pape tapi persekitaran yang memaksa. Pening okeh!. 

Jadi sempena tahun baru yang bakal menjelma, aku tak kira aku nak list kan jugak ape yang aku nak, dan nak cuba lalu aku akan memastikan yang ianya akan menjadi nyata. InsyaAllah...amin. Tapi ape yang aku nak tu tak dapek lah nak dikongsikan disini kerana ianya sangat lah peribadi... Tapi aku tahu kamu - kamu di luar sana pun rasa cam yang aku rasa kan, ye lah setiap manusia mesti lah nak yang terbaik untuk diri sendiri. Dah penat tengok orang bahagia lagi berjaya, kita pun nak gak merasainya kannn. Ok jom kita berdoa bersama-sama.



Berikut adalah kronologi hidup sahaya


ni masa umo beberapa hari...saja mengedit sedikit supaya hasilnya tampak lebih comel ;)





ini plak umo 2-3 tahun kot bersama-sama abang yang tersayang bergambar dihapan umah tok wan yang  amat kami sayangi






ini plak bersama kakak yang bley tahan sayang lah dgn rakan-rakan taulan. kami sepakat memilih port depan rumah untuk mengabadikan kenangan zaman kanak-kanak kami. *Aku adalah yg plg kanan itu*






Pastu kemana plak gamba-gamba di kala umo mencecah belasan tahun? takde lah pulak dalam simpanan, balik nanti baru nak geledah sgala album yang ada. Tapi yang pasti semua perubahan dalam diri adalah fizikal sahaja. *hadoi ape pun takde*




Kepada anda semua jika ingin mengongsikan sepatah dua azam, niat anda amat dialu-alukan. Jadi silalah meluahkannya di ruangan komen ya.  ~Salam ~
















12 comments: