Wednesday, November 14, 2012

Oh My Metro - Berang isteri kerja




Salam. Bila baca metro tadi siyes rasa terkejut. Macam-macam sangat sekarang ni. Pasal bini pegi kerja pun nak jadikan isu sampai pukul2 sgala. Tapi mungkin ada sebab lain yang kita tatau, hanya Allah, si isteri n si suami ajelah yang tahu...


"KUALA LUMPUR: Berang isterinya bekerja pada hari minggu, seorang lelaki berusia lewat 30-an bukan saja menumbuk, malah turut menyepak terajang wanita terbabit dalam kejadian di rumah mereka di Pandan Ria, di Ampang Jaya, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pembantu pengurus di sebuah syarikat swasta disambut suaminya di rumah dengan maki hamun sebelum memukul wanita terbabit hampir 10 minit.Menurut sumber, mangsa terpaksa keluar bekerja pada hari berkenaan disebabkan ada masalah di pejabatnya.
“Si suami (suspek) yang pulang ke rumah kira-kira jam 8 pagi (Ahad) berang selepas mendapati isterinya tiada di rumah.
“Lelaki terbabit menghubungi wanita berkenaan sebelum dimaklumkan mangsa bahawa dia berada di pejabat bagi menyelesaikan beberapa masalah,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang pulang ke rumah kira-kira jam 11 malam menambahkan kemarahan suaminya itu.
“Sebaik tiba di rumahnya, mangsa dimaki hamun suaminya itu. Biarpun cuba ditenangkan wanita berkenaan, suspek yang hilang pertimbangan terus menumbuk dan menyepak terajang wanita terbabit."


Gitu lah petikan pasal berita tu dari metro. Kalau nak tau lebih lanjut silalah bukak website my metro onlie ye. 

~Sekian ~



















sumber : hmetro.com.my 2012/11/14

1 comment: