Wednesday, October 23, 2013

Kaedah 1 vs Kaedah 2 = ke perut jugak akhirnya.....






Salam semua
aritu kan, ada makcik sorang ni suh aku potong kan buah oren
anje angat kan kengkonon
ai yang baik hati ni pun potong kan lah tuk beliau
dah tu, tengah aku potong tu
dia bley plak kutuk aku kan
cara aku potong salah katanyaaaa
dia siap tunjuk lagi aku cara nak potong
kalau ikut dia, cara potong macam nak belah oren tuk diperah
pastu ai dengan tak puas hati plus busuk hati heheh trus tanya kat opis mate sorang lagi, dia pun potong macam aku
baru rasa legaaaaa sikit
kira ada gak geng aku kan
mengong giler prangai
hahaha
pastu yang makcik ni suh aku gugel cara2 nak potong buah oren
aku pun cari lah
nak tau result?
ni lah diaaaaa







KAEDAH 1



KAEDAH 2



kalau ikut aku, memang lah KAEDAH 1 tu
tapi aku buang/potong lah yang 'benda putih' @ urat kat tengah2 dia tu kan
Yang bak kata makcik sorang nih, yang KAEDAH 2 tu la
Tapi bagi aku dua2 tu sama je
cuma kalau guna kaedah 2 tu macam musykil sikit
bukan ape, bila potong camtu, dah tentu tentu yang 'benda putih' tu ada kat tengah kan, aku cukup pantang lah benda tu, sebab tu aku akan buang siap2, senang nak makan
korang plak cane
KAEDAH 1 vs KAEDAH 2
Potong buah pun macam tak lepas lagi dowh, cane tu?
muahahaha



nota kaki: makcik tu merujuk pada rakan sepejabat dan dia bukanlah berstatus makcik, harap maklum...hihih






Monday, October 21, 2013

Ah Long kawen







salam korang
pada tanggal 22 september baru baru ni
aku g majlis tawen osmet
dah la aritu dia nikah n sanding kat johor aku tak pegi kan
jadiknya haruslah pegi, belah laki pun blasah
lagi pun kat kl je kan
maka kami pun pergilah
dah la dah lambat 
sesat lak tu
macam-macam halll


wat kat Dewan Perdana Pusat Penyelidikan Lembaga Getah Malaysia
cantik gak tempat ni
Kalau majlis kat sini, takyah susah susah gi tempat lain nak photoshoot,
kat situ pun dah cukup
ala taman gitu
aku rasa la


gambo kenangan ngn pengantin




pengantin tengah makan beradap


kalau nak tau
sebenarnya ada dua pasang pengantin 
dua2 pengantin laki adik bradik
disekalikan
pastu dari jauh je la amik gambo nye
sebab itu je yang termampu




semua gedik nak amik gambo ngn pengantin


pastu siot je along si pengantin ni
nampak aku je trus tegur tudung
kata tudung yang aku pakai tu macam kenal je
sebab aku pakai tudung dia
pastu aku tak tau pun sebenarnya itu tudung dia, aku ingat si noli punya (osmet yang lain)
sebab time aku pilih-pilih tudung elok je dia sages amik yang ni yang tu bla bla
lawak lawak



Di akhir kata
Selamat Pengantin Baru
Along aka Yana & Kappa
Moga korang berbahgialah hingga ke akhir hayat k
=)
bertabah lah jadi wiken wifey ye
ajah ajah yana!
:P




dan terimalah gambo kawan pengantin...heheh


walaupun mata macam tgh tido tapi tetappp gak nak letak kat sini tuk tatapan korang muahahah



Friday, October 18, 2013

2 perkara = 1 sedih sikit + 1 sedih banyak




Salam
Selamat Hari Raya Aidil Adha semuaaaaaa
Ingat semalam nak update tapi malas plak
kunun bizi bebenor lah kan
haha
Eh raya korang cane?
kitaorang sedeh je, rasa macam tak raya
Sebabnya, yang balik, aku sorang je
Adik badik lain semua tak balik
Makanya, hanya aku, mak n abah aku je lah yang ado
Malam raya tu aku tanya mak aku, sok dia nak pakai baju ape
Mak aku cakap, hmm pakai bese je la, kain batik n t.shirt
Pastu cara mak aku jawab tu macam kelakar, dah jadi bahan gelak ketawa kitaorang dua beranak ni kan
Mak aku ni memang, klaka kot, memang kalau dengan dia, tak kering gusi, benda kecik pun kekadang bley jadik bahan gelak
dan memang pagi raya kitaorang pakai baju umah je
Menu raya plak
Mak aku masak nasi dagang
Macam malas + bosan plak nak makan lemang rendang ketupat sgala
Tu yang decide nak wat menu tu je, senang sikit keje
Makanya, takde lah koleksi gamba raya famli aku tahun niiii...................


Tu cite pasal raya
Ni nak citer cerita sedih yang kedua plak
Yang ni memang betul2 sedih lah ye
Sebabnya aku dapat tau yang member aku meninggal
Siyes rasa macam tak percaya
Aku g kat wall fb arwah, bca orang dok komen n crita
Yang arwah n husband dia eksiden pagi sabtu kat area penang
Terbabas sendiri kot kalau tak salah la
Terjunam cane ntah pastu terlanggar pokok
Husband dia koma
Tapi tak tau lah status terkini cane kan
Sebenarnya aku kenal arwah ni masa sama2 join prog GEMS
Korang mesti xtau kan GEMS tu ape!
Ke ade je yang pernah join
Kalau nak tau prog ni tuk lepasan graduan yang menganggur  takde keje la sopan sikit, bila lepas grad
Jadi prog ni bagi kualiti diri n kerja masing2 up sikit la kononnya
Tapi best la jugak
dapat ramai kawan *skema*
dapat bf baru pun ye *gedik*
Nanti la kalau rajin aku wat entry pasal gems ni k
Korang, sama2 la kita doakan n sedekahkan al -fatihah banyak2 kat arwah k






Friday, October 04, 2013

~Al Fatihah~ Rara Zikry





salam semua
tadi bukak fb
bila tengok post tu tringat balik kisah tu
korang kenal tak Rara Zikry
yang sebenarnya arwah Rara
yang sebelum ni aku tak kenal pun dia sapa
tapi sejak dia hidap sakit ape ye aku xpasti
tapi sangat menyentuh hati la tengok dia
Dah lupa dah apa yang jadi sebenarnya
yang aku ingat la, kalau xsalah aku
satu pagi tu dorang pegi cycling
tetiba dia cam sesak nafas
dia memang ada asma
so hantar la gi hospital
n sejak tu dia koma
sejak tu cerita pasal arwah ni tersebar siap ada masuk WHI segala
pastu ada buat fb page 'contribution for Rara Zikry'
dan dua tahun lepas dia meninggal
sedih kot
pastu suka engok muka dia
cantik sangat





dan harini rupanya besday dia
n kalau dia panjang umur, tahun ni yang ke 25
al fatihah untuk arwah



Thursday, October 03, 2013

Kisah disebalik Ulu Yam


Salam
Korang ingat tak lagi n3 aku yang pasal picknik tu
Kan aku ada janji nak citer ape sebenarnya yang jadi kan masa sampai kat Pasar Selayang tu
Ok ni kisah dia: -


Tiba-tiba bila sampai kat depan Pasar Selayang tu, ada satu kete malaun mana ntah, telah keluar dari parking dengan sesuka hatinya adoi lagi tiba-tiba
nasib baik lah member aku ni sempat brake
Pastu kami pun gerak lah
Tau-tau member lain yang kat belakang (kete silver) kol cakap yang dorang xcident
Sebab TERlanggar bontot kete orang
yang kitaorang benti kat tepi je sebab ingatkan tak teruk
Memang tak teruk pun tapi PERANGAI pakcik & makcik yang dilanggar tu yang TERUK
Bila dah lama sangat kami tunggu n yang lelain nih asik lah kot bagitau macam-macam maka kami bertiga ni park keta pastu jalan kaki pegi kat dorang sebab nak u turn balik jauuuh
Bila je kitaorang dah kat situ tengok kete pakcik tu alahai sikit je pun
Memang la kita akan marah bila jadik camni *kete kemik sikit*
Tapi cara dia tu
Terus dia 'ngadu" kat kami yang baru sampai cakap 'bebudak' ni refer pada member aku yang bertiga tu
Tak minta maaf pun pastu kete dia nih teruk
Pakcik tu minta 600 henggit ok
Sungguh tak lojik


Bila dah pakcik ni mengarut macam2 sampaikan dia cakap kat member aku "macamana lah awak bawak keta, sampai calar balar, saya ni (pakcik) bawak keta setahun ok je lagi"
Pastu aku pun nek heran celah mana ntah kete member aku ni ada calar balar
Pastu makcik tu (bini pakcik tu la) cakap "eeee dah la no plat johor" (refer kat kete member aku ni)
Yang kitaorang pun hangin lah
Member aku yang lain pun balas lah balik, "kenapa kalau kami orang johor, kita satu malaysia ape bla bla bla"
Dah tetiba semangat patriotik plak jawapan dia kan
Nak tergelak haku bhahah
Terus mokcik tu terdiam
Makanya kami pun decide nak g balai je habis cite
Tu pun memula  pakcik tu tanak
Dipendekkan citer kami pun sampai lah kat balai polis
Polis tu pun tanya kat kitaorang asal tak setel blakang je
Nak tunggu claim lagi lama bla bla bla
Pastu bila kami gtau yang pakcik tu nak 600 hengget, tergelak lah abang2 polis tu bila tengok 'kecederaan' kete pokcik tu
Member aku kena saman rm130
Pastu pulanglah pokcik tu dengan muka tak tahulah nak cakap
Siyes tak paham ada lagi orang cam gini
Kot kalau kitaorang ni kuang aja dengan dia tak pe lah jugak
Ni cakap elok elok kot
Memang lah dari segi law kat mesia ni dah kalau langgar blakang tetappp kita salah walau apa jua sebab kan
Tapi tak payah lah sampai macam tu skali cara nak setel
Korang nak tau, pakcik tu cara cakap macam nak panggg kami sorang sedas
Dan aku pun kena tumbuk 'manja' kat bahu okehTerkezut aku
Memang lah tak sakit tapi dah kenapa aku yang kena
Dah la time tu aku diam tapi sebab aku pandang lain kot, kiranya tak memberikan sepenuh perhatian masa dia cakap kot
tu yang aku kena tu
Siot je, takpe lah pakcik saya maafkan
*sigh*




ini ada lah lakonan semata-mata haha

ni pun lakonan semata, gigih dorang nih nak pose kat atas trak polis, ai is dedulu dah biasaaa nek trak ni gi sekolah kecik kecik dulu lah wei! *belagak*

Dan selepas itu, kami pun gerak lah sesama dengan satu kete
Yang kete xcident tu tinggal kat balai
Member aku tu dah tak bley nak drive dah, trauma
Lagipun esok nye kena datang balik sebab dia kena jumpa sarjan ape ntah tuk setel kan saman
Maka berhimpit himpit lah kami yang bagaikan sadin
Padahal kete member aku Kia forte kot, blakang dia besar
haha
Tapi tulah, kenangan yang tak dapek nak dilupakan
~Sekian~